News

eGUMIS: Seluruh Rakyat Malaysia Digalakkan Periksa Wang Tak Dituntut (WTD) Dengan Segera

Jumlah wang tidak dituntut kini mencecah RM8.75 bilion. Wang tersebut dipegang oleh kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia digalakkan untuk periksa sekiranya anda ada wang yang tidak dituntut di eGUMIS.

Pernahkah Anda Kehilangan Wang Simpanan Anda Yang Telah Lama Ditinggalkan?

Jangan risau kerana wang tersebut tidaklah hilang begitu sahaja.

Bahkan semuanya termasuk didalan kategori Wang Tak Dituntut (WTD). Wang ini telah selamat disimpan oleh kerajaan dibawah Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Wang tidak dituntut ini bukan sahaja datang dari akaun bank yang terlah lama tidak digunakan, tetapi ia juga boleh datang daripada majikan, insyurans, pasaran saham dan lain-lain.

JANM Membahagikan Sumber Wang Tidak Dituntut Kepada 3 Kategori:

1. Wang yang harus dibayar di sisi undang-undang kepada pemiliknya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari 1 tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  • Gaji, upahan, bonus, komisyen, dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan.
  • Dividen
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan.
  • Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran.
  • Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput.
  • Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang.
  • Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  • Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  • Akaun simpanan.
  • Akaun semasa.
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

  • Akaun pemiutang dagangan
  • Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Tak Susah Pun, Anda Cuma Perlu Nombor IC Untuk Periksa Secara Online

Anda boleh juga periksa bagi pihak ahli keluarga anda adalakan anda ada nombor IC mereka. Nak ambilkan pun boleh, tapi anda perlu hadir bersama dokumen sokongan. Langkah ini digalakkan untuk menuntut hak ahli keluarga yang telah meninggal atau uzur dan mungkin telah lupa tentang wang mereka yang masih lagi disimpan oleh kerajaan.

Menurut The Malaysian Reserve, sejak Disember 2020, JANM telah menyimpan RM7.75 bilion wang tak dituntut dan masih lagi menanti rakyat untuk menuntut hak mereka. Sehingga Disember 2019, jabatan tersebut hanya berjaya pulangkan RM2.13 bilion sahaja.

Difahamkan, jumlah wang yang banyak tidak digunakan ini boleh menganggu ekonomi kerana pemilik tidak boleh menggunakan simpanan mereka untuk menjana ekonomi negara.

Seperti yang dilaporkan oleh The Star, pada November tahun lepas, pakar telah menggesa kerajaan untuk mula menggunakan wang tidak dituntut menampung perbelanjaan melawan COVID-19.

Tambahan lagi, wang yang disimpan itu merugikan pemilik kerana ianya tidak akan bertambah seperti wang yang dilaburkan. Maksudnya disini, wang RM5,000 yang anda telah hilang pada 30 tahun yang lalu akan masih berharga RM5,000 tanpa faedah walaupun nilai matawang telah meningkat.

Untuk Menangani situasi ini, JANM telah membuka sebuah portal dipanggil eGUMIS (Electronic Government Unclaimed Moneys Information System) dimana orang awam boleh periksa status wang mereka yang tidak dituntut.

12 Langkah Untuk Dapatkan Wang Tak Dituntut Anda

1. Lawati eGUMIS dan daftar akaun baru

Klik disini untuk terus ke laman utama eGUMIS

Anda boleh alih bahasa website dengan klik pada “Bahasa Melayu”.

2. Sahkan pendaftaran akaun eGUMIS anda

Apabila anda selesai mengisi maklumat, sila tekan “Yes”.

Anda akan diberi notifikasi menunjukkan yang akaun anda telah berjaya dicipta.

3. Log masuk ke akaun eGUMIS anda

Butang “Login” boleh ditemui pada bahagian atas kanan laman utama eGUMIS.

4. Isi maklumat anda selanjutnya.

Setelah anda berjaya log masuk, anda perlu terus isi semua maklumat anda yang seterusnya. Setelah selesai mengisi maklumat, anda boleh klik “Save”.

5. Mula periksa wang tidak dituntut anda menggunakan nombor IC.

Klik “Click here to search for unclaimed money”.

Anda kemudian akan dibawa ke laman baru. Anda boleh isi kotak yang ditunjukkan dengan nombor IC anda.

Anda perlu tahu yang eGUMIS cuma boleh periksa dua nombor IC dalam satu hari.

Sekiranya anda tidak aktif, anda akan log keluar sesara automatik. Jadi anda digalakkan untuk selesaikan semua langkah dalam satu sesi.

6. Setelah anda masukkan nombor IC, anda akan diberikan dua jenis maklumat.

Sekiranya pemilik IC tidak mempunyai wang tidak dituntut, anda akan menerima mesej yang bertulis”No records found for the identification no.[…]”

Namun begitu, sekiranya orang tersebut ada wang yang tidak dituntut, anda dapat melihat maklumat yang lebih terperinci tentang wang tersebut. Seperti punca wang, tahun ia diambil dan jumlah wang tersebut.

7. Pilih semua entri untuk menuntut wang anda

Anda boleh piih entri yang anda mahu dengan menekan kotak kosong yang berada di kolum kedua.

Setelah selesai, anda boleh klik “Proceed to Application”.

8. Pilih “Add Payee”

9. Isi maklumat anda dan akaun bank anda yang anda ingin terima wang tersebut.

Sekiranya anda penerima wang tersebut, anda boleh klik pada kotak yang ditemui dia atas. Ini akan membantu anda isi sektor pertama borang tersebut untuk anda.

Setelah anda masukkan nama bank, anda perlu mengisi nombor akaun yang anda mahu.

Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan bank akaun yang sudah tersedia ada penyata akaun, ini kerana anda perlu menghantar penyata tersebut sebagai dokumen sokongan nanti.

10. Muat naik dokumen sokongan

Skrol ke bawah laman tersebut dan lihat pada kolum “Mandatory”. Sekiranya ditulis “Yes”, anda perlu memuat naik dokumen sokongan.

Untuk menghantar dokumen sokongan tersebut, anda boleh klik “Upload” dan pilih fail yang berkenaan dari komputer anda.

Tekan “Save” apabila anda telah selesai dan ulang semula proses untuk semua barisan “mandatory”

Apabila anda sudah selesai, skrol ke bawah dan klik “Next”.

Tekan “Yes” apabila soalan ini keluar.

11. Tada! Dah selesai. Sekarang anda boleh simpan salinan permohonan anda.

Setelah anda selesai menghantar semua dokumen yang diperlukan, anda akan dibawa ke laman yang menyatakan anda telah selesai membuat permohonan.

Skrol ke bawah dan klik “Print” untuk simpan salinan permohonan anda. Klik “Save” untuk muat turun salinan PDF tersebut.

12. Anda boleh periksa status permohonan anda di “Application List”.

Anda akan menerima wang tak dituntut anda dalam beberapa bulan.

Ada Dua Peringkat Pengesahan Permohonan

  1. Apabila anda dokumen sokongan anda telah disahkan, anda akan menerima mesej yang bertulis “The process of calidating the documents supporting for your WTD application was successful”.
  2. Anda turut akan terima “Your WTD application is being processed” dan “The payment will be credited to your accound within 30 working days from the date of this notification” bergantung kepada peringkat permohonan anda.

Selain itu, anda perlu tahi yang akaun eGUMIS yang melebihi tempoh 6 bulan anda terpadam secara automatik jadi anda perlu ingat untuk sentiasa periksa permohonan anda.

Untuk maklumat lebih lanjut sila tekan sini.

Untuk mula memohon wang anda yang todak dituntut, sila tekan sini.

Sumber: SAYS

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close