News

ePrasekolah: Pendaftaran & Semakan Prasekolah Online Sesi 2022

Perhatian bagi ibu bapa yang mempunyai anak berusia 4 dan 5 tahun dan berhasrat untuk mendaftarkan mereka ke prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun hadapan (2022), kini anda boleh membuat permohonan dan mendaftar secara online melalui sistem ePrasekolah KPM. Berikut adalah info lanjut tentang syarat kelayakan, tarikh permohonan, serta cara pendaftaran prasekolah melalui laman web ePrasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Fungsi Sistem ePrasekolah

Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, KPM telah membangunkan sistem aplikasi ePrasekolah bagi memudahkan ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang bakal menduduki Prasekolah secara atas talian. Selain membuat permohonan, ada beberapa lagi maklumat penting yang boleh didapati melalui fungsi sistem ePrasekolah iaitu:

1. Permohonan ke Prasekolah KPM

  • Borang permohonan
  • Semak dan kemas kini permohonan
  • Rayuan permohonan

2. Kemaskini Maklumat Pengguna

3. Carian maklumat institusi Prasekolah

4. Semak status pendaftaran

Tarikh Permohonan ePrasekolah

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2022 secara dalam talian dibuka Mulai 1 Mac 2021 Hingga 31 Mei 2021. Bagi murid tahun 1 pula, permohonan Pendaftaran Tahun 1 sekolah boleh dibuat di https://public.moe.gov.my bermula 1 Mac 2021.

Semakan Keputusan Permohonan

Semakan keputusan permohonan ePrasekolah boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021. Semakan boleh dibuat di portal rasmi https://eprasekolah.moe.gov.my Bagi murid yang tidak layak, ibu bapa masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan secara online melalui portal yang sama.

Syarat Kelayakan Kemasukan Prasekolah 2021

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 hingga 15 Januari 2018 sahaja yang layak untuk memohon.

Cara Mendaftar ePrasekolah KPM

Bagi mendaftar ePrasekolah, ikut langkah-langkah berikut:

1. Layari Laman Sesawang ePrasekolah KPM

Layari laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my sama ada melalui komputer atau telefon pintar.

2. Daftar & Login

Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.

*Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif.

3. Lengkapkan Maklumat

  • Muatturun manual dan proses permohonan prasekolah untuk ibu bapa.
  • Pastikan maklumat yang didaftarkan adalah maklumat ibu bapa/penjaga
  • Pastikan nama yang didaftarkan adalah nama penuh dan no Mykad yang betul bagi mengelakkan sebarang masalah ketika pendaftaran.
  • Pastikan pengguna mengingati katalaluan dan tidak mendedahkan katalaluan kepada orang lain.
  • Pastikan alamat email dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.

4. Kemaskini & Cetak

Permohonan yang telah lengkap perlu dicetak dan dihantar ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2021 berserta dokumen yang berkaitan.

NOTA:

  • Kemas kini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus MENUNGGU PENGESAHAN (tindakan pengesahan BELUM dibuat oleh pihak sekolah).
  • Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa/penjaga.
  • Ibu bapa/penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
  • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borang permohonan sahaja.
  • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

5. Semak Status Permohonan

Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2022 Bermula 5 Ogos 2021. Bagi permohonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon, sila cetak surat tawaran. Bagi permohonan yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2021 hingga 20 Ogos 2021 (sila rujuk manual pengguna untuk panduan).

NOTA: Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;

  • Menunggu Pengesahan: Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah / dokumen permohonan sedang disemak.
  • Tidak Lengkap: Permohonan / dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
  • Disahkan: Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
  • Berjaya: Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
  • Tidak Berjaya: Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

6. Rayuan

Permohonan Rayuan bermula 5 Ogos hingga 20 Ogos 2021 (tertakluk kepada pindaan).

  • Bagi permohonan secara dalam talian, permohonan rayuan boleh dibuat sendiri oleh ibu bapa/penjaga melalui laman E-Prasekolah
  • Bagi permohonan secara manual, permohonan rayuan boleh dibuat oleh ibu bapa / penjaga melalui sekolah / institusi yang dipohon semasa permohonan awal atau melalui PPD / PPW / JPN.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan prasekolah yang dimohon, boleh ajukan pertanyaan terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada eprasekolah@moe.gov.my

Sumber: Permohonan.myKPM

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close