Food

8 Aiskrim Yang Mengembalikan Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Hi Foodie! pasti ramai dalam kalangan pembaca yang ada kisah atau nostalgia tersendiri apabila bercerita tentang aiskrim, sekurang-kurangnya ada yang teringat kembali kenangan di bangku sekolah menikmati aiskrim itu setelah tamat sesi persekolahan. Buat peminat aiskrim, ini 8 jenis aiskrim zaman kanak-kanak yang membuatkan korang mengimbau nostalgia lama!

1. Aiskrim Malaysia

Ini adalah aiskrim yang paling lejen di Malaysia! Ia mudah dijumpai di mana-mana, sama ada di kedai runcit, pakcik ais krim, ataupun kantin sekolah! Dah lah murah je, dulu boleh dapat dalam 20 hingga 50 sen sebatang! Antara perisa paling popular ialah anggur, oren, bandung, dan Milo.

2. Aiskrim Pong

Ada yang panggil Aiskrim Pong Pong dan ada yang panggil Ais pop! Aiskrim ni terdapat dengan pelbagai warna dan perisa! Ada yang suka yang sejuk boleh diminum begitu sahaja dan ada yang suka jenis beku. Masa sekolah dulu, biasa kalau beli sebatang, boleh patahkan dua kongsi dengan kawan.

3. Ais Krim Roti

Gambar: @malayfoodlicious

Satu lagi aiskrim yang korang boleh beli lepas balik sekolah je ialah aiskrim roti. Memang mengenyangkan! Tak puas makan satu perisa aiskrim? Boleh nikmati pelbagai perisa sekaligus.

4. Aiskrim Viennetta

Dulu selalu ada iklan aiskrim ni kat TV. Siapa yang selalu dapat makan ni dikira anak orang kaya, sebab orang selalu anggap aiskrim ni aiskrim mahal. Setelah sekian lama menyepi, aiskrim ni akhirnya kembali!

5. Solero Shots

Siapa yang rindu ais krim ini? ketulan biji-biji berperisa limau yang sangat meyegarkan! Paddle Pop telah mengeluarkan Shots Fruity Power, yang konsep nya sama seperti Solero Shots cuma ia datang dalam pelbagai perisa dalam satu bungkusan.

6. Ais Krim Potong

Ini antara ais krim yang terdiri di barisan ais krim lejen, kini sudah hadir dengan pakej baru dan juga design baru. Malah perisa pun sudah ditambahkan kepada beberapa perisa yang kita tidak akan dapat ketika kecil dahulu. Kami tahu, anda yang sedang membaca ini merupakan peminat ais krim ini bukan?

7. Nestlé Neapolitan

Ais krim kegemaran untuk seisi keluarga! Makan di dalam mangkuk atau bersama kon memang syok rasa makan beramai-ramai. Anda bernasib baik jika buka tub dah jumpa ais krim di dalam nya dan bukannya ikan. Dan perisa coklat mesti habis dulu kan?

8. Aiskrim Wafer

Siapa yang balik sekolah je terus terjah pak cik ais krim depan sekolah? Ais krim wafer ni agak rare untuk jumpa sebab selalunya dapat ais krim potong dengan roti je kan? Yang wafer rasa rangup dengan ais krim yang mencair. Antara perisa popular ialah vanila dan coklat, sedapnya!

Ais krim mana yang anda paling suka semasa zaman kanak-kanak? Jom share dengan kami!

Artikel Berkaitan:

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close