Food

Donat Unik Ini Diinspirasikan Daripada Chocojar Dan Dipenuhi Dengan Bebola Coklat Ranggup Sesuai Untuk Peminat Coklat

Bosan kan asyik ulang makan manisan yang sama? Nampaknya sudah sampai untuk anda penuhi nafsu anda dengan Chocolate Festival Donuts daripada Big Apple Donuts & Coffee! Disini kami ingin memperkenalkan donat coklat yang cukup nikmat, dipenuhi dengan bebola coklat dan macam-macam lagi!

Manjakan Diri Dengan Chocolate Festival Donuts Yang Cukup Sempurna Ini

Big Apple Donuts & Coffee kini memperkenalkan donat coklat yang paling mewah! Jenama donat yang berasal dari Malaysia ini memang tak asing daripada mengeluarkan perisa donat yang baru dan kali ini – mereka tujukan khas kepada semua peminat coklat diluar sana.

Bersiap sedialah untuk menikmati empat Choco Festival Donuts yang baru ini! Yang pastinya, ia akan membuat anda menjerit kegembiraan.

Donat Chocojar Yang Lain Daripada Yang Lain

Anda suka makan Choco Jar tak kat rumah? Kalau ya, Donat Chocojar ni  tidak akan mengecewakan. Semuanya diperbuat daripada coklat! Daripada doh coklat kepada inti ranggup melimpah, anda boleh pilih diantara dua inti yang berbeza iaitu Dark Chocolate atau White Chocolate. 

Gandingan Choco Jar dan Donat kegemaran ramai ini bukan sahaja unik tetapi ia akan buat anda termimpi-mimpi untuk makan lagi! Sudah pastinya ini adalah snek coklat yang mewah sesuai untuk dinikmati dimana sahaja.

Selain daripada itu, anda boleh tambah lebih banyak coklat kedalam pesanan anda dengan Donat Coklat ini. Donat Choco Dolly dan Choco Holly ini akan membawa anda ke tahap yang seterusnya. Doh coklat istimewa ini dipenuhi dengan krim dan di hias dengan coklat pilihan anda – coklat putih atau coklat gelap.

Bawa Cinta Anda Kepada Coklat Ke Tahap Yang Seterusnya Dengan Big Apple Donuts Hari Ini

Siapa je yang boleh tahan daripada cuba donat coklat yang boleh cair dalam mulut macam ni? Kami pun tak boleh! Jadi tunggu apa lagi, penuhi keinginan anda untuk menikmati coklat dengan Choco Festival Donuts di Big Apple Donuts hari ini. Boleh didapati bermula daripada

14 February 2022. Jangan lepaskan peluang ni untuk cuba tau! 

 

Boleh dipesan melalui  Foodpanda, Beepit dan Smartbite

Senarai penuh cawangan Big Apple Donuts & Coffee

Pautan: Website | Facebook | Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close