Food
Kopi Lokal Kegemaran Korang, Gigi Coffee Kini Bersijil Halal!
Korang dah tahu belum? Gigi Coffee baru je buat announcement! Yeee, diorang dah berjaya dapat pensijilan Halal! Tak cukup dengan tu, dorang tengah all-out nak pastikan semua cawangan dapat sijil Halal ni jugak. Jadi sekarang, korang bolehlah ngopi di Gigi Coffee dengan lebih tenang dah tahu dorang memang jaga standard Halal.
Gigi Coffee Kini Bersijil HALAL!
Serius la, ini bukan main-main tau. Dari Gigi Buttercream Latte popular mereka yang creamy, sampai ke Pecan Praline Latte yang rich – semua minuman signature Gigi Coffee sekarang bukan je sedap, tapi korang boleh nikmati dengan penuh yakin. Kalau nak on-the-go, frappe dorang pun memang the bomb, lagi-lagi Dark Choco Mocha Frappe! Sedap! Ketua Pegawai Operasi Gigi Coffee, Ts. Au Soon Yong, pun nampak happy sangat dengan pencapaian ni berkata, “Kami rasa bangga sangat dapat umumkan yang kami dah dapat pensijilan Halal secara rasmi. Ini menunjukkan usaha berterusan kami untuk jaga kualiti dan capai customer base yang lebih besar.” Dia tambah lagi, Gigi Coffee memang fokus untuk pastikan piawaian tertinggi di semua cawangan, supaya semua pelanggan boleh minum kopi dengan yakin.
Bukan je Gigi Coffee ni sedang menaik dikenali ramai, dengan pensijilan Halal ni makin melonjak naiklah jenama lokal kita. Tambahan lagi dengan personaliti proaktif mereka yang selalu cuba untuk terokai menu kreatif dan inovatif. Dari menu bermusim, kerjasama dengan jenama-jenama lokal besar – diorang tak pernah berhenti bagi kejutan! Paling best, ada Loyalty Program yang bagi korang kumpul mata dan dapat ganjaran menarik.
Kalau korang jenis malas nak beratur panjang, chill je—diorang ada aplikasi untuk order online. Mudah sangat! Tinggal order dan pick-up je.
Dah Boleh Berlatih Sebagai Barista Di Gigi Coffee!
Lagi satu yang buat barista Gigi Coffee ni next level, diorang juga dah rasmi jadi institusi yang diiktiraf untuk Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Barista kat sini dilatih dengan kemahiran bukan je untuk buat kopi sedap, tapi juga untuk bagi servis pelanggan yang tip-top.
Nak jadi barista pro? Gigi Coffee ada program khas yang bagi korang sijil SKM Perkhidmatan Barista Tahap 2. Lepas tu, korang boleh terus upgrade ke Tahap 3. Memang power!
Belum Cuba, Belum Tahu!
Dengan segala usaha Gigi Coffee – dari pensijilan Halal sampai inisiatif program barista—dorang memang tak main-main nak berikan kita semua pengalaman kopi terbaik. So, kalau korang nak lepak kat kafe yang Halal, sedap, dan penuh vibe, Gigi Coffee la tempatnya. Jom singgah, rasa sendiri minuman signature diorang yang akan buat korang datang lagi!