Food
10 Hidangan Menu Rahmah Yang Tersedia Di Seluruh Malaysia
Salam Ramadan, Foodies! Bulan puasa ini mesti ada saja yang kita ngidam. Sama ada kita memasak atau membeli di luar, mesti semua sudah terasa peningkatan harga sekarang kan? Disebabkan itulah kami ingin bantu golongan sasar dalam situasi ini untuk dapatkan makanan yang lebih mesra poket untuk kemudahan semua. Jom kita bercakap serba sedikit tentang Menu Rahmah yang sangat terkenal sekarang.
1,000 Lebih Peniaga Penyertai Inisiatif Menu Rahmah Untuk Kemudahan Rakyat
Rakyat Malaysia tak asinglah dengan Menu Rahmah ini kan? Inisiatif dibawah kempen Payung Rahmah ini diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan digerakkan oleh peniaga secara sukarela ini telah mendapat sambutan ramai rakyat Malaysia dan syarikat makanan besar. Sehinggalah kini, lebih daripada 1,000 peniaga telah menyertai inisiatif ini untuk menyediakan juadah makanan yang sesuai dan berharga hanya RM5 ke bawah saja untuk membantu golongan sasar. Antara inisiatif lain di bawah Payung Rahmah termasuklah Bakul Rahmah, Kafe Rahmah, Jualan Murah Rahmah, dan Barangan Rahmah.
Pada mulanya set makanan Menu Rahmah merangkumi nasi, sumber protein dan juga air. Tapi sekarang, makin banyak pilihan makanan yang ada untuk dinikmati! Jom sama-sama kita lihat antara Set Makanan Menu Rahmah yang ada:
10 Hidangan Menu Rahmah Yang Tersedia Di Seluruh Negara
#1 MYDIN
Antara peniaga PERTAMA yang memperkenalkan Menu Rahmah dengan menu yang bertukar setiap hari, merangkumi nasi, air, daging dan sayur-sayuran.
#2 McDonald’s
Nikmati set hidangan Bubur Ayam, McEgg atau Burger Ayam yang dipadankan dengan Teh Ais Limau segar di semua cawangan McDonald’s Malaysia dengan harga berpatutan.
#3 Manhattan FISH MARKET
Setiap hari, pilih antara 4 Menu Rahmah dari Manhattan FISH MARKET ini dari jam 10 pagi – 5 petang saja.
#4 OLDTOWN White Coffee
Peminat Nasi Lemak boleh nikmati kepelbagaian Nasi Lemak OLDTOWN White Coffee dengan Air Limau dari RM4.50 – RM5 saja.
#5 A&W
Tengoklah kepelbagaian Rooty Rahmah dari A&W ini – mesti ada satu untuk semua dengan harga RM5 saja!
#6 Domino’s Pizza
Teringinkan piza untuk berbuka nanti? Macam-macam perisa ada untuk harga RM5, tinggal pesan takeaway saja! Oh, kalau hari Selasa kan ada Super Tuesday – jadi harga pun akan turun ke RM3.90!
#7 Marrybrown
Nikmati MB Chicken Burger atau Nasi Kari dipadankan dengan satu botol air minuman Dasani – sama ada dine-in atau takeaway pun boleh.
#8 Burger King
Pilih BK Chick’N Crisp or Cheesy Beef dengan sebotol air mineral berharga RM5 saja!
#9 Texas Chicken
Ada tiga combo dari Texas Chicken yang anda boleh dapatkan – Spicy Korean Rice Bowl, Buttermilk Rice Bowl atau Smoky BBQ Flatbread.
#10 Plus
Tahu tak kedai di R&R pun menyediakan Menu Rahmah, jadi sesiapa yang balik kampung nanti boleh dapatkan Menu Rahmah!
Semangat Saling Bantu-Membantu, Kekuatan Malaysia!
Sebenarnya, banyak lagi kedai makan yang menyediakan Menu Rahmah, anda boleh dapatkan lokasi penuh restoran-restoran tersebut di sini. Sejuk sangat hati melihat ramai yang turut membantu menjayakan inisiatif ini. Semangat saling bantu-membantu ini sememangnya kekuatan negara kita dan kami harap senarai dan maklumat ini dapat membantu anda sebaik mungkin. Selamat berpuasa dan selamat menyambut Aidilfitri buat semua!
Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram
Baca Juga: Raikan Ramadan Dengan Barangan Berbaloi Dari Bake With Yen, “Great Value, More Choices”!
–
Tonton Siri Dokumentasi Kami – Foodie Originals
–
Jom join Group Telegram BAHARU kami! Kami akan selalu kongsi tentang makanan lazat, promosi, giveaway dan penemuan menarik di Malaysia.