KKM

KKM: Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19

Kerajaan bersetuju memperuntukkan bantuan khas kewangan bagi kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat tempatan dan warga asing berjumlah RM10 juta yang memperolehnya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Berikut adalah tujuan dan manfaat berkenaan bantuan khas tersebut.

Tujuan Bantuan Khas Vaksin Covid-19

Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini adalah langkah proaktif Kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin.Namun jangan tersalah erti, pampasan ini bukanlah bermaksud bahawa vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan serius.

Sebaliknya,tindakan kerajaan ni juga menunjukkan KEYAKINAN terhadap Program Immunisasi C19 Kebangsaan, seperti yang dinyatakan oleh Public Health Malaysia. Dengan jaminan dari pihak kerajaan, harapnya lebih ramai penduduk di Malaysia mendaftar untuk menerima vaksin C19

2 Jenis Manfaat Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 terbahagi kepada 2 manfaat berikut:

i) RM50,000 jika kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan dihospital

ii) RM500,000 jika hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.

Permohonan & Penilaian

Bagi yang mengalami kesan sampingan serius dan ingin mendapatkan manfaat melalui bantuan khas kewangan ini perlu dinilai terlebih dahulu oleh 3 jawatankuasa khas yang turut ditubuhkan.

Terdapat 3 Penilai dan pemantau kesan kemudaratan vaksin ini, iaitu:

  1. Jawatankuasa Farmakovigilans Khas – yang memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin
  2. Jawatankuasa Teknikal Perubatan – yang akan menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin
  3. Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin C19 – Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.

Pihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan melalui dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang skim pampasan atau bantuan khas ini, sila rujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pautan berikut:

Website: http://covid-19.moh.gov.my/

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close