Food

McDonald’s Memperkenalkan Wajah Baru Burger Daging

McDonald’s sentiasa mengeluarkan menu yang terbaik. Daripada menu perayaan tahunan seperti Prosperity Burger kepada ciptaan unik seperti Macarons dan Strawberry Custard Pie, tidak hairanlah mengapa kita sentiasa menyukainya.

Jadi, kali ini, McDonald’s menambah baik dan memperkenalkan wajah baru burger daging ikoniknya – Spicy Double Beef with Cheese, Double Cheeseburger & Big Mac!

Mengekalkan Yang Klasik

Semestinya daging burger McDonald’s diperbuat daripada 100% daging lembu tulen dan dijamin Halal dari Australia, New Zealand & Brazil. Tambahan lagi, keju cheddar McDonald’s di import dari New Zealand mempunyai tekstur yang lebih baik dan keju yang cair melimpah.

McDonald's

Double Cheeseburger

McDonald's

Double Cheeseburger BARU kini lebih tebal dengan roti berkilat yang sedap untuk dimakan! Roti lebih lembut dan dibakar sehingga perang keemasan. Inti bahagian dalam pula, menggunakan resipi baru yakni hirisan bawang dimasak bersama daging. Daging lebih berperisa dan lazat. Apatah lagi, hirisan keju import New Zealand memberikan sensasi yang lebih cair yang seperti dijanjikan! Sungguh #BeefPerfection!

McDonald's

Spicy Double Beef With Cheese

Jika anda meminati rasa pedas pada Double Cheeseburger, Spicy Double Beef With Cheese “baru” masih disapu dengan sos tomato pedas yang menyegarkan. Apa yang baru? Roti daging lembu diperisa dan dipanggang dengan sempurna dalam jumlah yang lebih kecil untuk mengekalkan keempukan daging dan semestinya lebih sedap!

McDonald's

Big Mac

McDonald's

Menu terkenal, Big Mac yang paling laris ditambah baik dimana daging nya di letakkan sos Big Mac yang melimpah, kepuasan setiap gigitan. Disusun di antara dua roti perang keemasan, bawang karamel dengan dill rangup, daging yang penuh perisa, dipanggang dengan sempurna! 

Apa kami rasa? Beef Burgers “baru” ini pastinya lebih panas, lebih empuk dan lebih sedap!

McDonald’s Mencatat Rekod Jualan Tertinggi Burger Daging Yang Berwajah Baru Dalam 24 Jam

“McDonald’s Malaysia telah mencapai satu lagi kejayaan dengan menetapkan Malaysia Book of Records untuk ‘Burger Daging Terbanyak Dijual Dalam 24 Jam’. Pencapaian ini diiktiraf secara rasmi apabila McDonald’s Malaysia berjaya menjual lebih 200,000 burger daging pada 15 Oktober 2022 bersempena dengan pengenalan burger daging lembu klasik yang berwajah baru”.

McDonald's

#BeefPerfection #TasteTheChange #DahMekdi

Pautan: Facebook | Instagram

Baca Juga: 6 Benda Berkaitan Dengan Kopi Yang Orang Malaysia Boleh Faham

 

Tonton Siri Dokumentari – Foodie Originals

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close