RMR 2021

RMR 2021: Cara Untuk Mohon Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Secara Online

Seperti yang kita tahu, tidak semua orang mampu untuk memiliki rumah sendiri. Lebih-lebih lagi dengan peningkatan golongan B40 didalam Malaysia sejak pandemik coronavirus melanda negara ini. Namun begitu, sekiranya anda berminat untuk memiliki rumah sendiri, kerajaan telah melancarkan program Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang hanya memerlukan bayan bulanan serendah RM300 sahaja.

Permohonan Bantuan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Kini Dibuka Secara Online

Nampaknya sekarang kita sudah boleh mohon RMR secara atas talian. Tapi apakah yang dimaksudkan dengan Rumah Mesra Rakyat (RMR)? Program RMR ini telah lama diperkenalkan bagi membantu golongan-golongan yang tidak mempunyai kediaman sendiri, ataupun duduk di rumah yang usang atau daif untuk memiliki kediaman idaman sendiri.

Perkara ini sejajar dengan misi SPNB yang berhasrat untuk melaksanakan pembangunan perumahan mampu milik yang mampan serta menepati kepuasan pelanggan melalui budaya kerja cemerlang serta menjadi pemaju yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap tanggungjawab sosial. Dengan harapan supaya program ini dapat mengalakkan warganegara Malaysia untuk mempunyai rumah sendiri.

Permohonan Rumah Rakyat 2021

Berikut adalah beberapa info yang anda perlu penuhi untuk melayakkan diri anda sebagai pemohon:

Syarat Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Jumlah pendapatan seluruh isi rumah mestilah tidak melebihi RM5,000.
  • Pemohon atau pasangan suami isteri mestilah tidak memiliki rumah sendiri / menduduki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tanah yang disediakan adalah bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya.
  • Sekiranya pemohon bukan tuan tanah, pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik tanah tersebut.
  • Keluasan tanah mestilah tidak kurang daripada 3,600 kps
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan yang diperlukan.

Nota Tambahan:

  • Untuk pemohon Semenanjung Malaysia yang berumur lebih daripada 42 tahun, anda memerlukan pemohon kedua yang berumur diantara 18-42 tahun.
  • Untuk pemohon Sabah, Sarawak dan pulau lebih daripada umur 38 tahun, anda memerlukan pemohon kedua yang berumur diantara 18-38 tahun.

Harga Dan Rekabentuk Rumah Mesra Rakyat

Dibawah merupakan kos dan senibina RMR:

  1. Bahagian Semenanjung Malaysia:

  • Keluasan Tanah: 1000 KPS
  • Harga diperuntukkan: RM75,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman diluluskan: RM55,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300

2. Bahagian Semenanjung Malaysia di (Pulau)

  • Keluasan Tanah: 850 KPS
  • Harga Diperuntukkan: RM85,000
  • Subsidi pembinaan: RM20,000
  • Jumlah pinjaman diluluskan: RM65,000
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM350

3. Bahagian Sabah & Sarawak

  • Keluasan Tanah: 750 KPS
  • Harga Anggaran:RM75,000 – RM106,500
  • Subsidi pembinaan:RM20,000
  • Jumlah pinjaman diluluskan: RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran bayaran bulanan 16 tahun: RM300 – RM470

Cara Untuk Memohon RMR Secara Atas Talian (Online)

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat Permohonan RMR secara online:

  1. Layari laman web Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB seperti berikut: http://rmr.spnbonline.com.my
  2. Klik ‘Pendaftaran Baru’
  3. Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  4. Terima ID Login & Kata Laluan
  5. Log Masuk ke Laman Utama
  6. Lengkapkan Borang Online
  7. Isi maklumat ke dalam sistem
  8. Selesai Mengisi Borang Online
  9. Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  10. Hantarkan Borang dan Dokumen Kepada SPNB
  11. Menghantar borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB. Tekan link ini bagi mendapatkan lokasi Pejabat Cawangan SPNB Negeri.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Menyediakan Sekurang-kurangnya 4 Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan bagi yang berstatus suami isteri
  2. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Menyertakan slip gaji terkini (3 bulan) /surat pengesahan pendapatan pemohon /surat akuan sumpah pendapatan / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan daripada tuan tanah
  8. Menyediakan sekurang-kurangnya 4 salinan sijil nikah pemohon
  9. Meyediakan Borang laporan tapak bergambar

Nota Tambahan:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Semakan Status Kelulusan

Mengikut prosedur, maklum balas akan diberikan dalam tempoh tiga (3) bulan.

Manakala kelulusan hanya dibuat tertakluk kepada perutukan kewangan tahunan. Bagi pembinaan rumah pula, tempoh yang diperuntukan adalah selama lapan belas (18) bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong / perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Tanggungjawab Pemohon

  • Pemohon Rumah Mesra Rakyat adalah bertanggungjawab untuk:
  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info tambahan berkaitan Rumah Mesra Rakyat SPNB, anda boleh pergi terus ke cawangan SPNB berhampiran atau menyemak secara atas talian di laman web rasmi SPNB https://spnb.com.my/

Sumber: My Info Semasa | SPNB

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close