PKP 2.0

Pakej Data Khas 2021: Memudahkan Pembelajaran Online Bagi Pelajar SPM/STPM

Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Kerajaan melalui KKM telah melancarkan satu inisiatip melalui syarikat-syarikat telco iaitu Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 bagi pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun 2021.

Memudahkan Pembelajaran Online Bagi Pelajar SPM/STPM

Pakej Data Khas ini dilancarkan dengan kerjasama MCMC dan disokong oleh syarikat-syarikat telco lain yang boleh didapati di Malaysia seperti Digi, U Mobile, TM, Maxis, dan Celcom. Sudah hampir setahun calon-calon SPM dan SPTM menjalani pembelajaran secara online. Jadi sudah tentulah ramai yang memerlukan pakej data internet yang cukup dan laju untuk menuntut ilmu sebelum sesi persekolahan dimulakan semula.

Dengan harapan inisiatif ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung oleh ibu bapa sepanjang sesi pembelajaran online.

Semua Pelajar Yang Menduduki SPM / STPM 2021 Layak Memohon

Pakej yang ditawarkan adalah sebanyak 15GB kuota data dengan 30 hari tempoh sah dengan haraga RM20 sahaja. Tambahan pula, tanpa mengira status, semua calon SPM dan STPM layak untuk memohon pakej istimewa ini.

Sesi Langganan Sudah Dibuka

Pakej Data Khas SPTM/STPM 2021 ini sudah mula dilancarkan sejak 6 Januari dan akan terus dibuka sehingga 30 April 2021. Syarikat telco yang terlibat adalah Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile. Sementara itu, TM pula dilancarkan pada 11 Januari 2021.

Cara-cara Untuk Melanggan / Membeli Pakej Data Khas Ini

1. Celcom

Pakej istimewa SPM/STPM 2021 daripada Celcom XPAX ini hanya untuk mereka yang lahir antara 2001 hingga 2004.

Pengguna Baru
  1. Dapatkan Starter pack daripada Celcom Online, outlet Bluecube atau mana-mana peniaga sah
  2. Aktifkan Starter pack (Subcription)
  3. Akan menerima SMS berkaitan kempen ini dalam tempoh 4 hari
Pengguna Sediada
  1. Dapatkan informasi kempen daripada Celcom melalui SMS
  2. Log On di aplikasi Celcom Life
  3. Subscribe pas Internet pada bahagian “Subcription”
  4. Mesej berjaya melalui SMS akan dihantar

Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my/personal/prepaid/plans/internet-plans

2. Digi

Digi memperkenalkan Pakej Data Khas SPM/STPM 2021 ntuk semua warganegara Malaysia berumur daripada 16 hingga 19 tahun (lahir tahun 2001-2004).

Aplikasi MyDigi
  1. Langgan melalui ‘Add-ons’ pada aplikasi MyDigi pada bahagian Internet
  2. Klik “Confirm”

UMB Codes
  1. Taip kod UMB *128#
  2. *128*2# untuk “monthly internet”
  3. *128*2*1# untuk pilih pakej data khas spm/stpm 2021
  4. Selesai
  5. Untuk maklumat lanjut, layari www.digi.my/spm-stpm

3. Maxis

Seperti biasa, untuk melanggan pakej data khas SPM/STPM 2021 sama seperti syarikat telco yang lain. Anda boleh langgan dengan RM20 sebulan untuk 15GB kuota internet melalui aplikasi Hotlink (PlayStore | AppStore | AppGallery)

Bagi mereka yang menggunakan plan Hotlink Prepaid Unlimited, pakej istimewa ini akan digunakan terlebih dahulu.

Untuk ketahui lebih lanjut, layari www.hotlink.com.my/en/support/internet/spm-stpm-2021-package

4. U Mobile

Menerusi plan internet yang diperkenalkan melalui U Mobile. Calon SPM dan STPM boleh dapatkan pakej internet serendah RM20/sebulan untuk 15GB kuota data. Anda boleh langgan melalui 2 cara:

Aplikasi MyUMobile
  1. Download aplikasi MyUmobile di Android | iOS | Huawei
  2. Buka aplikasi dan pilih “Add-Ons”
  3. Pilih “Pakej Data SPM/STPM” dan klik “Buy Now”

Melalui UMB
  1. Dail *118*3*12*2#
  2. Sahkan langganan anda

Untuk maklumat lanjut, layari u.my/spmstpm

5. TM

Seperti yang diberitahu, pakej data khas spm/stpm 2021 ini boleh mula dilanggan bermula 11 Januari 2021.  Kini boleh dapatkan pakej Khas SPM/STPM 2021 dengan harga RM20 sebulan untuk 15Gb data internet.

Untuk maklumat lanjut, layari www.unifi.com.my/personal/mobile/bebas

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close