PKP 2.0

Program PenjanaKerjaya 2.0: Bantuan RM1000 Kepada Belia Berumur 18-30 Tahun

Seperti yang kita tahu, bermula 1 Januari 2021, Kementerian Sumber Manusia (PERKESO) telah melancarkan satu program untuk belia iaitu ProgramPenjana Kerjaya 2.0. Program ini dijalankan untuk membolehkan para belia yang menganggur danĀ  tidak mempunya pekerjaan tetap, menimba pengalaman bekerja dan meningkatkan kemahiran melalui “on-the-job-training”.

Program PenjanaKerjaya 2.0

Program Penjana Kerjaya 2.0 dilancarkan bagi memberi pengalaman bekerja jangka pendek sepenuh masa sekurang-kurangnya 3 bulan kepada para belia. Objectif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran belia dalam alam pekerjaan melalui “on-the-job-training”, Dengan cara ini, belia boleh meningkatkan lagi kebolehpasaran mereka apabila mereka ingin mencari kerja di masa hadapan.

Insentif Perantisan

Insentif yang diterima bagi majikan/perantis program ini termasuklah:

  • Bayaran RM1,000 kepada majikan yang mengambil lepasan sekolah dan graduan bagi Program Perantisan.
  • Tempoh bayaran adalah selama 3 bulan dangan syarat kontrakperkhidmatan minimum 3 bulan.
  • Gaji/elaun minimum adalah RM1,200 sebulan
  • Majikan hanya boleh memohon 1 kursus latihan untuk perantis dengan kos maksimum RM4,000.
  • Pekerja juga layak menerima elaun kesediaan kerja/bantuan.

Syarat Kelayakan Bantuan RM 1,000

  • Mestilah warganegara Malaysia.
  • Individu yang masih menganggur serta tidak bekerja.
  • Individu yang lepasan sekolah ataupun graduan yang berumur 18 – 30 tahun.
  • Individu yang mengikuti program perantisan yang telah berdaftar di mana-mana syarikat.

Tarikh Permohonan Prohram PenjanaKerjaya 2.0

Permohonan dibuka pada 1 Januari 2021 – 40 Jun 2021.

Cara Membuat Permohonan

Bagi majikan yang ingin permohonan program penjanakerjaya 2.0 boleh dibuat secara online melalui laman web sesawang PERKESO. Selain daripada itu, anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan KLIK DISINI.

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close