NewsPKP 2.0

YTL Foundation: Maklumat Dan Cara Memohon Telefon Percuma Untuk Pelajar B40

Buat pengetahuan semua, YTL Foundation telah melancarkan kaedah atau cara memohon telefon percuma dengan data melalui Inisiatif “Belajar Dari Rumah” pada bulan Mac tahun lalu bagi golongan B40 bagi tujuan pembelajaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

YTL Foundation: Belajar Dari Rumah

Sebelum ini juga, YTL Foundation telah menawarkan data internet percuma sebanyak 40GB bersama-sama konten pembelajaran iaitu daripada YES dan juga Frogasia. Anda boleh ketahui lebih lanjut dengan layari ytlfoundation.org/learn. Kesemua bantuan yang diberi oleh pihak YTL Foundation ini bertujuan bagi menyahut seruan Kerajaan bagi menggalakkan terutamanya golongan pendidikan dan pelajar untuk berada di rumah sekali gus belajar di rumah.

Cara Memohon Telefon Dan Data Internet Percuma

Hari ini sekali lagi pihak YTL Foundation memberi inisiatif kepada golongan pelajar B40 untuk dapatkan telefon percuma bersama data internet bagi tujuan pembelajaran atas talian (online) di ytlfoundation.org/learnfromhome-b40. Permohonan dilanjutkan sehingga 30 Jun 2021.

Tawaran ini khas kepada golongan B40 sahaja. Untuk memohon anda perlu sediakan beberapa butiran seperti dibawah:

  • Nombor MyKad/MyKid murid
  • Nombor MyKad ibubapa
  • Status B40 ibubapa di portal BPN (https://bpn.hasil.gov.my) masukkan nombor kad pengenalan ibubapa, kemudian klik ‘Semak’

Kemudian anda perlu isi borang secara online di pautan dibawah ini. Anda boleh juga dapatkan maklumat murid keluarga B40 yang lain betul-betul memerlukan dengan cara yang sama:

Sekiranya berjaya, ibubapa yang dicalonkan akan menerima e-mel dengan pautan untuk mendaftar. Mereka sekali lagi perlu sediakan :

  • Salinan MyKad/MyKid murid
  • Salinan MyKad ibubapa

Akhir sekali, jika berjaya barulah pihak tersebut akan menghantar telefon percuma tersebut kepada ibubapa dan anak-anak boleh mula belajar di rumah. Anda juga boleh semak kelulusan secara online di lcs.yes.my/

Sumber: YTL Foundation

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close