PKP 2.0

PKP 2.0: Senarai Bantuan Rakyat Kuala Lumpur Bagi Tahun 2021

Apa kahabar semua! Dengan kehadiran PKP 2.0, boleh dikatakan hampir semua jenis pekerjaan terjejas. Kebanyakkan daripada kita sedang mengalami masalah kewangan dan sebagainya dan ianya sangat merisaukan. Daripada itu, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan telah berusaha untuk menyediakan bantuan dalam pelbagai bentuk supaya masalah yang ada dapat diringankan.

Senarai Bantuan Bagi Rakyat Kuala Lumpur 2021

Dengan itu, disini kami sediakan senarai bantuan yang boleh dipohon oleh penduduk yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur. Diantara bantuan yang ada termasuklah program 5MY, My30 Plus 30, dan lain-lain.

1. MyJobs@Wilayah

Menurut laporan daripada Perkeso, sebanyak 6,805 orang kehilangan pekerjaan bagi bukan Disember 2020 berpunca daripada penularan pandemik Koroanvirus (Covid-19). Program Kemiskinan Bandar My5 menawarkan 3,529 peluang pekerjaan setakat ini kepada mereka yang memerlukan.

Program ini adalah kerjasama dengan lebih 30 pemaju di Wilayah Persekutuan. Selain daripada itu, lebih 500 kekosongan jawatan PSH adalah disediakan oleh DBKL. MYJob@Wilayah bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dengan gaji minima sebanyak RM2,000. Terutamanya kepada warga kota yang terjejas akibat COVID-19 dalam 6 bidang pekerjaan termasuk;

  • perkhidmatan,
  • pembinaan,
  • penyelenggaraan,
  • pembersihan,
  • pembuatan dan
  • pembungkusan
Sumber: EduBestari

2. My Grocer@Wilayah

Program MYGrocer@Wilayah berkonsepkan pasar bergerak menggunakan trak jualan sebagai platform yang menjual barangan keperluan asas seperti ayam, ikan, sayur, buah dan barang kawalan bersubsidi seperti minyak masak, gula, tepung gandum serta beras.

Barang yang ditawarkan adalah pada harga 5%-20% lebih murah daripada harga di pasar awam dan akan beroperasi di 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi (PPR/PA DBKL) di sekitar ibu negara. Tambahan pula, program ini akan menyediakan 10 unit trak yang akan beroperasi mengikut jadual.

Sumber: Facebook

3. My Medic@Wilayah

MYMedic@Wilayah menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan. Program ini akan membawa perkhidmatan kesihatan ke PPR di 178 tempat yang sudah dikenal pasti.

Berikut adalah ciri-ciri program PROGRAM MyMEDIC:

  • Setiap kawasan menerima rawatan perkhidmatan sekali seminggu
  • 4 jam sehari untuk hari Sabtu dan Ahad
  • 10 Van Medic disedikan

Klinik bergerak ini akan beroperasi pada hujung minggu iaitu pada hari Sabtu dan Ahad, daripada 9.00 pagi – 1.00 tengahari. Tambahan pula, rawatan asas dan pemeriksaan kesihatan akan diberikan secara percuma kepada semua Warganegara Malaysia. Anda boleh rujuk pada jadual bulanan dibawah untuk tarikh yang lebih tepat.

Sumber: Facebook

4. MySchoolBus@Wilayah

MYSchoolBus@Wilayah yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid. Dengan ini, penghuni dapat jimatkan perbelanjaan dan masa berbanding menghantar sendiri anak ke sekolah.

Berikut adalah ciri-ciri program PROGRAM MyBUS:

  • 900 kenderaan terlibat
  • 450 pengendali bas
  • 295 sekolah terlibat di kl
  • Melibatkan 24,832 orang pelajar menerima manfaat

Sumber: Facebook

5. MyFood@Wilayah

Sumbangan beras menerusi program MyFood@Wilayah akan dilaksanakan mulai 1 Feb sehingga Jun tahun ini bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat COVID-19. MyFood iaitu memberi bantuan berkonsepkan foodbank yang lebih tersusun. Memberi bekalan makanan percuma kepada golongan miskin tegar di Wilayah Persekutuan dengan kerjasama syarikat swasta dan NGOs.

Untuk permulaan sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan. Program ini diberi nama MyBeras@Wilayah. Bantuan yang diberikan adalah satu (1) kampit beras 5 kilogram bagi setiap keluarga yang layak.

Berikut adalah ciri-ciri program PROGRAM MyFOOD:

  • 178 kawasan melibatkan 120,000 unit rumah
  • Pemberian barangan asas seperti sayur-sayuran,makanan dalam tin,gula,minyak dan beras
  • Mengurangkan kos sara hidup di pangsapuri kos rendah

Bantuan akan dimulakan pada 1 Februari 2021 bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Tempoh agihan sumbangan akan dilanjutkan sehingga Jun 2021. Rakyat yang layak boleh memohon kupon daripada wakil MPPWP zon masing-masing. Setiap minggu kupon yang berlainan warna dengan tempohsahlaku yang berbeza akan dikeluarkan. Setelah menerima kupon tersebut, rakyat boleh ke lokasi pengagihan mengikut tarikh yang tertera di kupon.

Sumber: Yayasan WP | Facebook

6. My30 Plus 30

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) membuka tawaran istimewa pakej ‘My30 Plus 30 – Beli 1, Percuma 1’ bagi pembelian pas perjalanan tanpa had My30. Pengguna perkhidmatan tren dan bas Rapid KL boleh menggunakan pakej percuma itu untuk pembaharuan pada bulan berikutnya dan tempoh penebusan adalah diantara 15 Jan 2020 – 31 Mac 2020.
Pembelian My30 boleh dilalukan di semua kaunter khidmat pelanggan tersebut:
  • Semua stesen LRT
  • Semua stesen MRT
  • Semua stesen Monorail
  • Semua stesen BRT
Selain lima hub bas yang tersenarai dibawah:
  • Pasar Seni
  • Seksyen 2, Shah Alam
  • Sri Nilam
  • Greenwood
  • Terminal Kajang

Pas perjalanan tanpa had My30 membolehkan warga Malaysia menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam rel dan bas Rapid KL berulang kali tanpa had untuk 30 hari dengan hanya berbelanja RM30.
Sumber: Facebook | MyRapid

Semoga Bermanfaat Untuk Semua

Dengan adanya bantuan-bantuan ini, tidak mustahil untuk kita berjaya mengharungi PKP 2.0 ini dengan lebih baik daripada tahun 2020 yang lepas. Jangan lupa untuk sebarkan maklumat ni ya!

Artikel berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close