IPT

Bantuan IPT 2021: Laptop Percuma Dan Pelan Data Percuma

Sememangnya semua pihak terkesan dengan pandemik COVID-19, tidak terkecuali juga pelajar-pelajar IPT/IPTS.  Disebabkan oleh covid-19, mereka tidak dapat meneruskan pengajian mereka di pusat pengajian dan terpaksa meneruskan pembelajaran daripada rumah secara online (atas talian). Dimana kekangan lain pula yang timbul seperti kekurangan kemudahan asas seperti rangkaian internet yang kuat dan laptop untuk mengadiri kelas dan melakukan tugasan atas talian.
Gambar: @pendidikan4all

Bantuan Laptop Dan Pelan Data Percuma 2021 Untuk Golongan B40

Seperti yang kita tahu, tidak semua pelajar datang dari keluarga yang senang. Oleh kerana itu, Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Dr. Noraini Ahmad telah mengumumkan untuk memberikan bantuan laptop dan internet percuma bagi pelajar B40 pada 30 Oktober lepas.

Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu pelajar yang terjejas dari segi pembelajaran disebabkan penularan pandemik Covid-19. Mudah je nak memohon bantuan laptop percuma B40 dan internet percuma ni, Begini caranya.

Cara Mohon Bantuan Laptop (Komputer Riba) Percuma B40

Untuk bantuan ini, pihak universiti akan menghubungi mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan. Pelajar tidak perlu memohon.

Mereka yang layak, akan menerima:

  • Komputer riba percuma
  • Pemberian Wang Tunai
  • Pinjaman Laptop Sepanjang Pengajian
  • Bantuan pinjaman kewangan istimewa bagi pelajar memperolehi laptop

Pemberian laptop telahpun bermula secara berperingkat sejak November 2020 lalu.

Cara Mohon Bantuan Pelan Data Percuma B40

Sama seperti laptop percuma, anda tidak perlu untuk membuat permohonan. Namun begitu, pihak HEP Universiti akan menghubungi pelajar tersebut berdasarkan kelayakannya. Anda juga boleh untuk menghubungi terus pihak HEP Universiti anda untuk menyemak syarat kelayakan.

Anda akan menerima bantuan dalam bentuk kad sim sekiranya anda layak. Tetapi, ada juga segelintir pihak universiti yang akan memberikan bantuan dalam bentuk wang tunai atau memasukkan terus ke akaun bank.

Harga Istimewa Pelan Data dan Laptop Untuk Pelajar Universiti

Sekiranya anda tidak melepasi syarat sebagai pelajar B40, setiap pelajar masih lagi akan layak untuk menerima bantuan harga istimewa bagi pelan data dan juga laptop. Harga istimewa akan ini diberikan kepada semua pelajar universiti awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti.

Mohon Harga Istimewa Laptop Bagi Pelajar

Sekiranya anda ingin membeli laptop dengan harga istimewa sebagai pelajar, terdapat 3 syarikat yang boleh dipilih iaitu Acer, Samsung dan Apple Online Store. Untuk memohon, anda juga perlu sediakan kad pengenalan dan kad pelajar atau surat tawaran kemasukan IPT.

Acer

Anda hanya perlu masukkan kod diskaun untuk menikmati pakej istimewa dengan pembelian di acer store store.acer.com/en-my/promotion/students. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 016-3603635 atau 03-8026 6333

Samsung

Jika universiti anda ada buat pengurusan bersama pihak Samsung, anda boleh nikmati dan menerima kadar diskaun Education Online Store melalui shop.samsung.com/my/samsung-education-store. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5191 1515 atau emel kepada my_shop@samsung.com.

Apple Online Store

Anda juga boleh nikmati pakej istimewa daripada pihak Apple Online Store dengan buat pembelian melalui Apple Store di www.apple.com/my/education/higher-education/. Untuk sebarang persoalan boleh hubungi pihak Apple Online Store di 1800-80-6419

Mohon Harga Istimewa Pelan Data Internet Pelajar

Anda ingin jaringan internet yang baik untuk mengadakan kelas online? Tapi dengan harga yang lebih murah dan berbaloi? Anda boleh untuk terus ke kedai telco seperti Digi, Celcom dan Maxis dengan mengemukakan:

  • Kad Pengenalan 
  • Kad ID Pelajar

Celcom

Maxis

Digi

TM (Unifi Mobile)

Postpaid – Pendaftaran pakej istimewa ini akan dibuka bermula 16 November 2020 iaitu secara online di unifi.com.my/studentpack atau pergi mana-mana TM Point.

Prepaid – Manakala untuk prepaid, boleh pergi ke mana-mana TM point untuk mendaftar atau melalui aplikasi mobile@unifi.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh terus ke facebook Kementerian Pengajian Tinggi untuk bertanyakan soalan. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dan melancarkan proses pengajian anda. Selamat berjaya!

Sumber: Jawatan Malaysia | Kementerian Pengajian Tinggi | Hello Kerja

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close