GKPNews

GKP PERMAI: Bantuan Tambahan RM1,000 Untuk Peniaga Malaysia (PKS)

Para peniaga dan penjaja adalah golongan yang sangat terjejas pendapatannya semenjak PKP ini dilaksanakan bermula daripada PKP1.0 sehinggalah sekarang. Namun demikian, kerajaan sedar dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh golongan peniaga ini. Kerajaan tampil dengan satu cara untuk membantu dan meringankan beban golongan peniaga. Beberapa perkara di bawah ini merupakan penjelasan yang perlu anda tahu tentang GKP Tambahan.

Apakah Itu GKP Tambahan?

GKP Tambahan adalah bantuan kewangan tambahan secara one-off yang disediakan oleh Kerajaan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini.

Sebanyak RM650 juta peruntukan tambahan untuk inisiatif GKP Tambahan ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Kerajaan juga akan memperluaskan GKP Tambahan ini kepada 800,000 ribu peniaga kecil dan sederhana (PKS).

Jumlah Bayaran Untuk GKP Tambahan

Jumlah nilai bantuan yang akan diterima oleh mereka yang memohon dan diluluskan ialah sebanyak RM1,000 secara one-off bagi mereka yang berada di negeri PKP. Manakala bagi mereka yang berada di negeri lain pula adalah sebanyak RM500.

Syarat Kelayakan

GKP Tambahan akan diberikan kepada penerima yang lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan. Penerima dari kalangan PKS mikro yang telah pun menerima GKP 1.0 dan 2.0, mereka tidak perlu mendaftar semula dan bantuan RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun masing-masing. Syarat-syaratnya sebagaimana berikut:

a. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan

ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan

d. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ; atau

ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Cara Memohon Geran Khas Prihatin

Untuk GKP Tambahan, tiada lagi permohonan baharu dikeluarkan. Sebaliknya, jumlah RM1,000 akan terus dikreditkan ke dalam akaun pemohon sebelum ini. Semakan boleh dibuat di laman: https://gkp.hasil.gov.my

Nota: Permohonan baharu tidak lagi dibuka setakat ini.

Tarikh Permohonan Geran Khas Prihatin

GKP tambahan disediakan untuk PKS yang telah menerima bantuan sebelum ini termasuk rayuan.

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan GKP (Rayuan)

Dalam satu kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul memaklumkan, proses semakan permohonan baharu dan rayuan bagi GKP 2.0 di bawah KITA PRIHATIN sedang dalam proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, keputusan permohonan akan diumumkan dalam masa terdekat, dan menjangkakan tarikh pembayaran bagi rayuan GKP 2.0 akan dibuat pada MAC ini.

Tarikh Pembayaran GKP

Tarikh pembayaran GKP dijangkakan akan dibuat pada Mac 2021.

Cara Pembayaran GKP

Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan GKP 1.0 dan GKP 2.0.Pembayaran untuk GKP akan dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa pemohon yang didaftarkan pada permohonan GKP. Oleh yang demikian, akaun bank pemohon mestilah aktif bagi tujuan pembayaran ini.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat terkini berkaitan dengan Geran Khas Prihatin Tambahan ini, anda boleh melayari laman web gkp.hasil.gov.my untuk mendapatkan info terkini.

Sumber: GKP

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close