PKP 2.0

mySIKAP: Cara Untuk Perbaharu Lesen JPJ Dan Bayar Road Tax Secara Online

Tidak mustahil ramai lagi dia antara kita yang masih belum tahu dengan kewujudan Portal JPJ Online @ mySIKAP. Walaupun PKP 2.0 telah dilonggarkan, adalah lebih baik sekiranya kita cuba untuk kekal berada di dalam rumah sebanyak yang mungkin. Dengan portal ini, kita tidak lagi perlu beratur dengan panjang di pejabat pos ataupun pejabat JPJ.

Portal mySIKAP: JPJ Online

Banyak pekara yang boleh diselesaikan melalui portal ini. Anda boleh renew lesen JPJ dan Roadtax secara atas talian. Selain daripada itu, transaksi lain yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu juga boleh dilakukan di sini.

Senarai Transaksi Portal mySIKAP

Berikut adalah senarai transaksi yang boleh dilakukan secara online di Portal mySIKAP:

1. Kenderaan:

  • memperbaharui dan membatalkan lesen kenderaan motor (LKM),
  • memohon atau membatalkan kenderaan anda sementara waktu,
  • pindah milik sukarela,
  • membatalkan pendaftaran kenderaan untuk berpindah ke negara lain serta
  • kemaskini atau memohon untuk memperolehi pek maklumat kenderaan.

2. Lesen Memandu:

  • Pembaharuan lesen boleh dilaksanakan di portal mySIKAP serta permohonan lain seperti permit memandu antarabangsa,
  • rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh,
  • penukaran lesen dari asing / tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia,
  • kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh anda.

3. Kesalahan dan Penalti:

  • Semakan boleh dilakukan bagi saman/notis serta penalti kenderaan anda dan seterusnya pembayaran atas talian.
  • Selain itu, semakan-semakan lain yang boleh dilakukan adalah status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.

4. Pengurusan Profil:

  • Pengemaskinian butir-butir peribadi anda dan menukar kata laluan.

5. Perkhidmatan Lain:

  • Permohonan pendaftaran kereta klasik dan vintaj,
  • kemalangan dan kelulusan membaiki serta rayuan jika gagal pemeriksaan PUSPAKOM.

Untuk pendaftaran kali pertama, orang awam boleh mendaftar sebagai pengguna Standard tanpa perlu hadir ke JPJ.

Di sini kami kongsikan langkah selanjutnya dengan mudah untuk renew lesen JPJ online di Portal MySikap.

Syarat Kelayakkan mySIKAP

Untuk mendaftar sebagai ahli mySIKAP, anda perlulah memenuhi semua syarat-syarat ini:

  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Orang Awam yang memiliki myKAD yang sah
  • Penduduk tetap Malaysia yang sah (myPR)
  • Mempunyai 1 rekod urusan dengan JPJ Malaysia. Contohnya: lesen memandu, rekod kenderaan dan saman.

Cara Daftar mySIKAP Untuk Pengguna Kali Pertama

Terdapat 2 jenis pengguna iaitu eID Standard dan eID Advanced.

  • eID Standard:
    • Tak perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan hanya urusniaga tertentu sahaja boleh dilakukan. TIDAK perlu hadir ke JPJ untuk daftar
    • Boleh menggunakan 27 daripada 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.
  • eID Advance:
    • Perlu pengesahan biometrik (cap jari) dan semua urusniaga yang tersenarai boleh dilakukan. PERLU hadir ke JPJ termasuk JPJ UTC untuk mendapatkan no rujukan.
    • Boleh menggunakan kesemua 38 perkhidmatan di Portal JPJ Online.

Tapi jangan risau, setakat urusan yang biasa-biasa contohnya nak renew lesen JPJ online (Lesen Memandu), roadtax (Lesen Kenderaan Motor), tempah no plate kenderaan (Tempah Nombor Pendaftaran), semuanya boleh dilakukan oleh pengguna eID Standard.

Di bawah ni senarai perkhidmatan yang boleh dilakukan oleh pengguna Standard vs Advance.

Langkah-langkah Pendaftaran

  1. Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  2. Isikan butiran yang bertanda * sahaja
  3. Masukkan kod sekuriti yang dipaparkan
  4. Klik Teruskan
  5. Semak dan sahkan maklumat yang telah dihantar.
  6. Klik Teruskan.
  7. Notifikasi Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan.
  8. ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.

Sila rujuk panduan bergambar di bawah.

Pengguna yang telah berjaya mendaftarkan (untuk pendaftaran peribadi) atau mengesahkan (untuk pendaftaran syarikat) profilnya di dalam mySIKAP akan menerima e-mel pengesahan yang mengandungi maklumat ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara.

Kita bolehlah gunakan maklumat ini untuk login ke laman web JPJ online.

Di bawah ini ditunjukkan caranya.

Cara Login MySikap Kali Pertama

Langkah-langkah Login Kali Pertama

  1. Layari laman web https://public.jpj.gov.my/
  2. Masukan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara yang diberikan melalui e-mel
  3. Masukkan Kata Laluan SementaraKata Laluan Baharu dan Sahkan Kata Laluan Baharu untuk setkan password baru
  4. Pilih Soalan Sekuriti mengikut keutamaan
  5. Masukkan jawapan pada semua soalan sekuriti
  6. Klik Simpan. Selesai.

Bolehlah kita renew lesen JPJ online, renew roadtax, check saman dan sebagainya melalui portal ni tanpa perlu ke kaunter lagi. Mudah kan?

Cara Renew Lesen JPJ Online Di Portal MySikap

  1. Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
  2. Pilih menu Lesen Memandu
  3. Pilih Pembaharuan Lesen Memandu
  4. Isikan maklumat pembaharuan lesen
  5. Buat bayaran
  6. Semak dan buat pengesahan
  7. Selesai!

Cara Renew RoadTax Online Di Portal MySIKAP

  1. Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
  2. Pilih menu Kenderaan
  3. Pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor
  4. Isikan maklumat pembaharuan lesen
  5. Buat bayaran
  6. Semak dan buat pengesahan
  7. Selesai!

Waktu Operasi Kaunter JPJ Dalam Tempoh PKP

Seperti yang kita tahu, waktu operasi JPJ dalam tempoh PKP sangat terhad, kaedah pembayaran pula hanya menggunakan kad debit/kad bank atau kad kredit sahaja. Pembayaran secara tunai tidak diterima.

Waktu urusniaga :
Isnin – Jumaat.
9.00 pagi – 1.00 tgh hari
1.00 tgh hari – 2.00 ptg (TUTUP)
2.00 ptg – 4.00 ptg

Sabtu & Ahad: TUTUP

Urusniaga hanya terhad kepada pembaharuan lesen memandu serta Roadtax kenderaan bagi urusniaga perdagangan sahaja iaitu termasuk teksi, kereta sewa dan E-Hailing.

Urusan persendirian boleh dilakukan secara atas talian melalui mySIKAP. Urusniaga persendirian juga boleh dilakukan di platform rakan niaga JPJ seperti MyEG.

mySIKAP : Senarai Perkhidmatan JPJ Online

Berikut adalah senarai urusan yang anda boleh lakukan melalui ID Portal Orang Awam mySIKAP Kenderaan:

  1. Permohonan Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  2. Permohonan Salinan Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  3. Permohonan PEK Maklumat Kenderaan
  4. Permohonan Tempahan Nombor Pendaftaran Kenderaan
  5. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
  6. Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Baharu)
  7. Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor (LKM)
  8. Semakan Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini

Lesen Memandu

  1. Permohonan Permit Memandu Antarabangsa (IDP)
  2. Permohonan Cabutan dan Pengesahan Lesen Memandu (LMM)
  3. Permohonan Salinan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  4. Permohonan Pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  5. Permohonan Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  6. Rayuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) tamat tempoh
  7. Semakan Pertukaran Lesen Memandu
  8. Semakan Keputusan Ujian Memandu Bahagian 1/ Vokasional/ Praktikal
  9. Semakan Tarikh Ujian di Institut Memandu / Sekolah Memandu
  10. Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu Malaysia
  11. Semakan Pertukaran Lesen Memandu Luar Negara
  12. Semakan Tempoh Permit Institut Memandu / Sekolah Memandu

Kesalahan Dan Penalti

  1. Bayaran Saman JPJ
  2. Pertanyaan Senarai Hitam
  3. Pertanyaan Saman / Notis
  4. Pertanyaan Tempoh Lesen Digantung / Batal
  5. Pertanyaan Mata Demerit

Kejuruteraan Automotif

  1. Permohonan Status Kenderaan Vintaj / Klasik
  2. Permohonan Mendapatkan Kelulusan Membaiki Kenderaan Akibat Kemalangan
  3. Permohonan Cop Semula No.Casis
  4. Permohonan Cop Semula No. Enjin
  5. Permohonan Pemasangan Lampu Mata Arah (Beacon Light)
  6. Permohonan Pengubahsuaian Kenderaan

#KitaJagaKita

Wahhh!! Nampaknya mudahlah untuk kita menguruskan hal dengan JPJ lepas ni. Marilah kita memanfaatkan portal ini sebaikanya dan menjalankan urusan kita secaras atas talian sahaja. Ingat ya, kita masih belum menang. #kitajagakita

Sumber: Harianpost.my

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *