Food

Resipi Berbuka 15 Minit, Cepat & Mudah Yang Anda Semua Perlukan Ramadan Ini!

Sama ada korang bekerja atau masih belajar, antara perkara yang paling mencabar di bulan Ramadan ini semestinya Iftar. Bukan senang nak masak selepas beraktiviti seharian. Kalau korang setuju dengan kami, ha kami ada jalan penyelesaian yang terpaling tepat untuk korang! Inilah Tyson Chicken dan resipi berbuka Ayam Masak Kicap yang sangat mudah dan cepat untuk anda. Tyson Ada, Mudah Berbuka!

Resipi Ayam Masak Kicap Mudah Untuk Berbuka Ramadan Ini Menggunakan Tyson Foods

Tyson ada untuk bantu sediakan penyelesaian yang cepat dan lazat serta memudahkan pengalaman buka puasa anda di rumah, dengan pelbagai jenis ayam frozen 100% Halal. Sedia untuk dimasak melalui microwave atau air fryer terus dari peti sejuk, anda kini hanya perlukan kurang daripada 15 minit untuk nikmati hidangan berbuka! Dengan Tyson menyajikan pelbagai jenis ayam frozen yang lazat dimasak sepenuhnya, mestilah ada satu untuk semua. Termasuklah Buffalo Wing Stick dan BBQ Roasted Drumstick yang sesuai untuk semua perayaan dan majlis, mengekalkan kelazatan dan kelembutannya yang pastinya sentiasa menjadi kegemaran ramai.

Tyson Foods

Bila bercakap tentang memasak selepas seharian berpuasa, mestilah kita mahukan resipi yang mudah, cepat dan bermutu kan? Hebatnya Tyson ini sebab mereka ada semua yang kita mahukan – tak perlu nyahbeku dan korang boleh selesaikan memasak secepat 15 minit saja!

Tyson Foods

Cubalah Resipi Cepat & Mudah Ayam Masak Kicap Hari Ini! 

Jom sama-sama kita lihat resipi Ayam Masak Kicap yang sangat cepat dan mudah untuk anda hidangkan semasa berbuka dengan Tyson BBQ Roasted Chicken Drumstick.

Bahan-bahan:

  • Tyson BBQ Roasted Chicken Drumstick
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Kicap manis
  • Cili merah kecil
  • Bawang besar, dihiris bulat

Bahan kisaran:

  • 3 bawang putih
  • 4 bawang kecil
  • 2 halia

Tyson Foods

Langkah-langkah:

  1. Microwave Tyson BBQ Roasted Chicken Drumstick dan ketepikan.

Tyson Foods

2. Dalam kuali dengan minyak panas, masukkan bahan yang dikisar halus dan tumis sehingga naik bau.

Tyson Foods

3. Masukkan cili kisar, sos tiram, sos tomato dan Tyson BBQ Roasted Chicken Drumstick. Kacau hingga sebati.

Tyson Foods

  1. Masukkan kicap manis, cili merah dan air.

Tyson Foods

Tyson Foods

5. Tutup dan biarkan ayam mendidih, kemudian masukkan bawang besar. Kacau rata sehingga bawang sedikit layu, kemudian tutup api.

Tyson Foods

6. Dah siap!

Tyson Foods

Tyson Ada, Mudah Berbuka!

Senangkan? Memandangkan korang dah baca resipi ini sampai ke penghujungya, tibalah masanya untuk korang cuba sendiri! Ha, jangan lupa bekal stok produk Tyson Foods! Tyson akan mengadakan Tyson Ada, Bazar Ramadan Mudah Berbuka dari 23 Mac – 16 April 2023, di seluruh Lembah Klang. Jadi nantikan gerai Ramadan Tyson di lokasi berikut:

Perkarangan Matrade, Mont Kiara (3 petang – 12 malam) 

Stadium Shah Alam (2 petang – 8 malam)

Tyson Foods

Bazar ini akan membawakan pengalaman sebenar bulan berpuasa ini untuk semua rakyat Malaysia menikmati dan menjamu selera, terutamanya pada menu istimewa Chef – Cheesy Korean Kaarage Chicken.

Produk Tyson boleh didapati di semua pasar raya utama dan peruncit pasar raya besar. Produk lazat Tyson juga tersedia online. Untuk maklumat lanjut, ikuti Tyson di Instagram dan Facebook .

Baca Juga: Menang Honda Alpha & Hadiah Sehingga RM20K Dengan Peraduan Beli & Menang Produk Good Virtues Co. & Bad Lab!

Tonton Siri Dokumentasi Kami – Foodie Originals

Jom join Group Telegram BAHARU kami! Kami akan selalu kongsi tentang makanan yang lazat, promosi, giveaway dan penemuan menarik di Malaysia.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close