Food

Resipi Viral Cakoi Gebu Dengan Sos Sekaya Pandan Yang Lazat

Bila sebut pasal cakoi, teringat kedai Cakoi di Batu Ferringhi Pulau Pinang atau Cakoi Panas Haiyat Kuala Lumpur. Tapi, alangkah seronoknya kalau kita boleh buat kuih kegemaran kita ini sendiri, kan? Baru-baru ini, kami ada terjumpa resipi viral kuih cakoi yang gebu, lengkap dengan sos sekaya pandan sekali! Resipi ini dikongsi oleh Puan Sha Roziah Al Yahya (Facebook). Jom kita lihat cara membuat cakoi dengan sos sekaya pandan!

Resipi Cakoi Gebu Dengan Sos Sekaya Pandan Lazat:

A. Cakoi:

Gambar: Sha Roziah Al Yahya (Facebook)

Bahan-Bahan

Cara Penyediaan

1. Satukan tepung, yis, serbuk penaik, minyak, gula dan garam dalam bekas besar. Gaul rata dan pastikan semua bahan sebati.

2. Masukkan campuran air & telur sedikit demi sedikit ke dalam bekas besar. Uli doh sehingga tidak melekat pada jari anda. Adun sehingga menjadi lembut.

3. Kemudian, uli doh memanjang hingga setebal 1cm. Potong kecil-kecil secara melintang. Basahkan bahagian tengah doh dan lekatkan dua bahagian bersama.

4. Biarkan doh berehat sehingga saiznya berganda.

Gambar: Sha Roziah Al Yahya (Facebook)

5. Panaskan minyak dengan api sederhana. Untuk menggoreng, tarik doh memanjang dan masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas.

6. Biarkan hingga adunan berwarna perang keemasan. Kemudian, angkat dari minyak dan biarkan sejuk.

B. Sekaya Pandan:

cakoi sos sekaya pandan
Gambar: Sha Roziah Al Yahya (Facebook)

Bahan-Bahan

  • 1 1/2 sudu tepung kastard
  • 1 cawan susu segar (atau santan)
  • 3 sudu susu pekat manis (atau gula)
  • Sedikit pes pandan (atau air pandan)

Cara Penyediaan

1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana.

2. Terus kacau perlahan hingga pekat sedikit. Kemudian, biarkan sejuk.

cakoi sos sekaya pandan
Gambar: Sha Roziah Al Yahya (Facebook)

3. Sedia untuk dihidangkan bersama cakoi!

Selamat Mencuba!

Macam itu la cara nak buat kuih cakoi gebu dan sos sekaya pandan yang lazat yang viral ini. Sesuai sangat untuk makan petang dengan teh o’ panas. Kombinasi perfek! Jangan lupa juga lihat resipi makan petang yang boleh anda cuba dan juga resipi manisan di bawah. Jangan lupa komen hasil masakan anda untuk kami dan selamat mencuba, Foodies!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close