Food

Resipi Mudah Donut Ayam KrupKrapKrupKrap, Dengan Sos Cheesy Garlic

Hi, Foodies! Makan petang apa hari ini? Kalau masih tengah fikir, kami ada resipi Donut Ayam yang dikongsikan oleh Puan Ena Mohd Arip (Facebook). Katanya, resipi ini dia dapat dari Tiktok @/sibungbung. Ha, donut ini bukan sebarang donut. Donut ini kita akan campur dengan ayam dan kentang, lepas tu kita salut dengan tepung dan serbuk roti. Dengar tak? Hasilan krupkrapkrupkrap donut ini. Tambahan lagi, kalau dimakan dengan sos cheesy garlic. Ha, tunggu apa lagi. jom kita lihat cara membuat Donut Ayam KrupKrapKrupKrap dan Sos Cheesy Garlic ini!

Resipi Donut Ayam KrupKrapKrupKrap:

A. Donut Ayam:

Bahan-Bahan

  • 400 gram ayam (dicincang)
  • 2 biji kentang (direbus & dilenyek)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 kiub pati ayam
  • Serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan serbuk roti
  • 2 biji telur (dikacau)
  • Tepung jagung
  • Tepung bistari
  • Serbuk roti

Cara Penyediaan

Gambar: Ena Mohd Arip

1. Masukkan ayam, kentang, bawang besar, bawang putih, kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan ½ cawan serbuk roti didalam mangkuk.

resipi donut ayam
Gambar: Ena Mohd Arip

2. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan masukkan ke dalam piping bag.

resipi donut ayam
Gambar: Ena Mohd Arip

3. Paipkan inti ayam keatas dulang. Paipkan supaya dapat menjadi bentuk donut.

4. Bekukan donut didalam peti ais selama 1 jam.

Gambar: Ena Mohd Arip

5. Untuk menggoreng, ambil donut yang sudah dibekukan tadi dan salutkan dengan campuran tepung, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti.

resipi donut ayam
Gambar: Ena Mohd Arip

6. Masukkan kedalam air fryer dengan suhu 180C selama 7-10 minit ATAU goreng biasa sehingga donut menjadi warna perang keemasan.

PerySmith 8.5L Dual Speed Air Fryer BARU:
Gambar: Ena Mohd Arip

7. Siap dan boleh dihidang!

B. Sos Cheesy Garlic:

Bahan-Bahan

  • 2 keping keju cheddar
  • 1 sudu mayonis
  • 2 sudu mentega
  • 1 cawan susu
  • 1 sudu serbuk bawang putih
  • Lada hitam

Cara Penyediaan

resipi donut ayam
Gambar: Ena Mohd Arip

1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga pekat menggunakan api perlahan.

2. Siap untuk dihidang!

Selamat Mencuba!

Ha, resipi dah pun kita lihat? Walaupun resipi bukan macam donut biasa, tapi senang kan? Tambah lagi dengan Sos Cheesy Garlic tu, memang sesuai untuk dimakan bukan masa makan petang saja. Late night snackpun boleh! Jadi, jangan lupa cuba dan kongsi resipi ini dengan rakan-rakan anda! Selamat mencuba, Foodies!

Sumber: Ena Mohd Arip (Facebook)

Artikel Berkaitan:

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close