Food
Resipi Char Keuy Teow Ini Hanya Perlukan 10 Minit Masa Memasak Saja
Apa yang lebih menyenangkan kalau bukan dapat masak dengan waktu yang singkat saja? Selain, makan ya. Makan sudah tentu senang, tapi proses nak sediakan makanan tu kadang-kadang boleh ambil masa yang sangat lama. Untuk meminat Char Keuy Teow, kami telah jumpa satu resipi yang hanya perlukan 10 minit saja untuk sediakan makanan kegemaran anda ini. Jom kita lihat resipi Char Keuy Teow 10 minit dari Puan Ameera (Facebook) ini.
Resipi 10 Minit Char Keuy Teow:
Bahan-Bahan
- Bawang besar (dipotong dadu)
- Bawang putih (dipotong dadu)
- 2 sudu besar cili giling: https://shp.ee/m3srkpp
- 2 biji telur
- Udang
- Ayam
- 5 sudu besar kicap manis: https://shp.ee/ykx57pt
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kicap masin
- Kucai
- Taugeh
- Kuey teow: https://shp.ee/gzkp2db
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak di dalam kuali atas api sederhana.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili giling, tumis hingga naik bau.
3. Masukkan telur dan goreng sehingga separuh masak.
4. Masukkan udang dan ayam.
5. Kemudian, masukkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram. Gaul sehingga sebati dan masukkan kuey teow.
6. Tambahkan kucai dan taugeh. Jangan biarkan atas api terlalu lama untuk elak sayur-sayuran layu. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!
Sekejap saja kan nak siapkan Char Keuy Teow ini? Cepat pun cepat, sedap pun sedap. Siapa yang suka makan keuy teow untuk makan petang senanglah lepas ini. Bahan-bahan yang digunakan juga semestinya ada dalam peti ais, dan kami ada sediakan pautan untuk mudahkan anda dapatkan bahan yang tak cukup. Jadi, jangan lupa cuba resipi ini dan tunjukan gambar masakan anda di bahagian komen di bawah untuk kami lihat. Selamat mencuba, foodies!
Sumber: Ameera (Facebook)
Artikel Berkaitan:
–
Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V