Food
Resipi Mudah Chili Crab, Hanya Guna Sos Tiga Sekawan Saja
Orang cakap, ketam paling sedap kalau ditangkap masa bulan penuh sebab isi dia pun penuh macam bulan. Alang-alang kita cakap tentang ketam, kami ada terjumpa resipi chili crab yang dikongsi oleh Puan Azlina Ina di laman Facebook. Bagi sesiapa yang belum pernah cuba memasak chili crab, resipi ini sangatlah mudah untuk diikuti dan bahan-bahannya pun senang dicari. Jadi, mari kita lihat bagaimana cara memasak ketam cili ini.
Resipi Chili Crab Dengan Sos Tiga Sekawan:
Bahan-Bahan
- 1kg ketam: https://shp.ee/7j853px
- 1 keping asam keping
- Garam
- Limau kasturi / limau nipis
Bahan A:
- 1 labu bawang besar bombay
- 1 inci halia
- 3-4 ulas bawang putih
- Cili padi (ikut tahap kepedasan anda)
- 3-4 sudu besar cili kering blend (tidak wajib)
Bahan B: https://shp.ee/7k3jjbx
- 8-9 sudu besar sos cili
- 5 sudu besar sos tomato
- 3 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar gula (tidak wajib)
- Garam
- Secukup Rasa
Bahan C:
- 1 biji tomato (dicincang)
- Bawang holand (dihiris)
- Cili padi
Cara Memasak
1. Rebus ketam yang dicuci bersih dengan sedikit air, asam keping dan garam. Tutup api bila ketam bertukar ke warna merah.
2. Kemudian di atas kuali lain, tumis bahan A hingga naik bau.
3. Masukkan bahan B dan sedikit air rebusan ketam tadi.
4. Besarkan api dan masukkan bahan C.
5. Tambah ketam dan gaul sehingga rata.
6. Setelah masak, perahkan limau kasturi atau limau nipis. Siap!
Selamat Mencuba!
Ha, mudah kan, Foodies? Jom kita sama-sama buka peti ais dan cari kalau-kalau ada ketam tersimpan di dalam. Tapi, kalau tak ada pun jangan risau sebab resipi ni boleh guna untuk masak ikan juga. Cubalah dan jangan lupa beritahu kami di bahagian komen di bawah. Selamat mencuba!
Sumber: Azlina Ina Fans (Facebook)
Artikel Berkaitan:
–
Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V