Resipi

Harga Roti Putih Sandwic Massimo Kekal Sama! (Jom Lihat 3 Resipi Anda Boleh Cuba)

Roti, terutamanya roti putih, merupakan makanan ruji pilihan rakyat Malaysia pada bila-bila masa dan tempat. Massimo, terkenal dengan produknya yang sihat, sesuai untuk masa sepanjang hari. Inilah yang anda mesti tahu tentang Roti Putih Sandwic Massimo kegemaran anda!

Harga Roti Putih Sandwic Massimo Tak Akan Naik 

Massimo Recipe

Massimo adalah salah satu jenama roti yang tak akan menaikkan harga asas Roti Putih Sandwic Massimo, untuk membantu mengurangkan tekanan inflasi ke atas isi rumah Malaysia. The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar rangkaian roti dan kek Massimo  telah mengumumkan bahawa harga Roti Putih Sandwic Massimo akan terus kekal pada RM2.80 (400g) dan RM4.00 (600g) dan ini menjadikannya roti yang boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Terima kasih kepada Massimo!

Kelazatan Yang Sama Dengan Kualiti Yang Cemerlang 

Massimo Recipe

Roti Putih Sandwic Massimo ini sangat lembut, gebu dan lazat, serta sesuai dengan semua jenis makanan sapuan. Roti Massimo diperbuat  dengan bahan-bahan berkualiti di bawah jaminan kualiti yang ketat untuk memberikan kepuasan kepada pengguna dengan rasa yang lazat dan sihat. Tambahan pula, kita masih boleh nikmati rasa hebat yang sama dan kualiti yang sangat baik pada harga berpatutan!

Pembungkusan Roti Tamper-Evident Pertama di Malaysia

Beg roti di Malaysia secara tradisinya diikat dengan tag roti Kwik Lock boleh dibuka dan ditutup  tanpa dikesan, menjadikan roti sebagai sasaran mudah untuk bahan gurauan dan serangan jahat . Massimo adalah yang pertama di Malaysia yang melancarkan pengedap keselamatan Tamper-Evident beg roti , yang ditutup menggunakan laser untuk menampakan sebarang perubahan lebih jelas. Periksa sajalah ‘seal’ untuk menikmati roti kegemaran anda tanpa ragu-ragu.

Massimo Recipe

Boleh Disertakan Ke Dalam Pelbagai Resipi

Sebuku Roti Putih Sandwic Massimo ini sangat serbaguna sehingga anda boleh makannya sendiri atau sertakan dengan  resipi baru yang lazat. Tengoklah resipi di bawah!

1. Telur Separuh Masak atas Roti Bakar

Massimo Recipe

Bahan-Bahan

  • 2 biji telur
  • 2 keping Roti Putih Sandwic Massimo 
  • Garam dan lada hitam, secukup rasa

Langkah

  1. Didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan telur ke dalam air yang telah mendidih dan rebus selama 4-5 minit (Untuk separuh  masak)
  3. Pindahkan telur yang sudah direbus ke dalam mangkuk berisi air ais
  4. Bakar Roti Putih Sandwic Massimo 
  5. Letakkan sebiji telur rebus di atas setiap roti yang telah dibakar.
  6. Tambahkan secubit garam dan lada hitam secukup rasa. Sedia untuk dinikmati!

2. Makan Tengah Hari: Sandwic Ayam Korea 

Massimo Recipe

Bahan-bahan

  • 3 keping Roti Putih Sandwic Massimo 
  • 100g ayam atas dada dibakar & dihiris 
  • 1 tomato, dihiris 
  • 2 daun kubis
  • 1 sudu teh  mayonis

Langkah

  1. Bakar kepingan Roti Putih Sandwic Massimo.
  2. Potong dada ayam dan tomato.
  3. Sapukan mentega pada sekeping roti; susun dada ayam, hirisan tomato, dan daun salad diatasnya.
  4. Sapukan 1/2 sudu teh mayonis pada keping roti bakar lain, dan letakkan bahagian mayonis di atas salad. Ulang, susun ayam sebelum salad. 
  5. Sapukan 1/2 sudu teh mayonis pada kepingan terakhir; letak bahagian mayonis di sebelah bawah.
  6. Potong sandwic kepada empat bahagian dan sedia untuk dinikmati!

3. Sardin Tumis dengan Roti Massimo White Sandwich

Massimo Recipe

Bahan-bahan

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Cili padi
  • 1 tin Sardin 
  • 2 keping Roti Putih Sandwic Massimo 

Langkah

  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Masukkan bawang merah dan bawang putih, tumis sehingga berwarna keemasan. 
  3. Masukkan cili padi dan sardin. 
  4. Kacau sehingga semua bahan sebati. 
  5. Tambahkan garam secukup rasa.
  6. Sedia untuk dijamah dengan Roti Putih Sandwic Massimo.

Inilah beberapa resipi mudah dan lazat  yang boleh anda cuba untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam menggunakan Roti Putih Sandwic Massimo. Selamat mencuba dan kongsi bersama kami resipi kegemaran anda! 

Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram

Baca Juga: 10 Snek Popular Malaysia Anda Perlu Cuba Sekurang-Kurangnya Sekali

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close