Food

10 Snek Popular Malaysia Anda Perlu Cuba Sekurang-Kurangnya Sekali

Sejujurnya, kita rakyat Malaysia amat gemar akan makanan. Lihat meme makanan Malaysia yang di Internet? Tepat sekali. Negara kita kan tempat di mana masakan dan budaya diwarisi daripada warisan tradisional Melayu, Cina dan India. Itulah yang membuatkan makanan kita begitu istimewa. Jadi, hari ini jom kita berbual tentang makanan ringan, termasuk snek kegemaran zaman kanak-kanak kita. Teruskan membaca untuk ketahui sama ada anda telah mencuba kesemuanya!

10 Snek Terbaik di Malaysia Anda Perlu Tahu Untuk Buktikan Anda Rakyat Malaysia: 

#1 Keropok Lekor

Snek Malaysia

Snek istimewa yang berasal dari wilayah Terengganu, kebanyakan rakyat Malaysia membesar dengan makan Keropok Lekor atau, sekurang-kurangnya pernah mencuba sekali. Ia kebanyakannya terdiri daripada ikan kisar, seperti Herring, Ikan Selayang, Ikan Tamban dan dicampur dengan tepung sagu untuk dibentuk menjadi seperti sosej. Sosej ikan ini kemudiannya direbus dan dibekukan sebelum digoreng sehingga warna keemasan. Sangat lazat dan lebih rangup apabila dihidangkan panas. Anda boleh dapati di pasar malam atau gerai tepi jalan.

#2 Murukku

Salah satu makanan ringan kegemaran Malaysia yang berasal dari benua kecil India. Perkataan ‘Murukku’ berasal daripada bahasa Tamil yang bermaksud ‘dipintal’. Dan ya, salah satu bentuk Murukku yang paling asas ialah snek goreng dalam yang dipintal, bulat, berbentuk lingkaran. Bahan-bahannya mudah saja: rempah ratus, beras dan tepung urad dal dicampur sama ada biji jintan manis atau biji bijan. Terdapat banyak jenis Murruku yang terdapat di pasaran, dan kegemaran kami ialah potongan mi yang dicampur dengan kacang tanah. Snek jenis ini boleh didapati sepanjang tahun, dan juga merupakan salah satu snek utama perayaan Deepavali.

#3 Biskut Roda

Snek Malaysia

Salah satu snek kegemaran zaman kanak-kanak kami, keropok putih pudar ini kelihatan betul-betul seperti roda. Sebeb itulah namanya Biskut Roda! Biskut Roda sangat rangup, berasa sedikit masin. Satu tak pernah cukup! Sejenis snek yang bila “Dah mula memang susah nak berhenti.” Kami tak tahu tentang anda, tapi kami suka hisap dulu salutan perisa sebelum mula mengunyah. Snek ini selalunya dibungkus dalam beg plastik jernih yang boleh anda dapati di kedai biskut nostalgia, pasar malam atau kereta tolak.

#4 Karipap

Anda bukan rakyat Malaysia jika anda tak pernah makan Karipap. Karipap adalah snek pastri goreng paling kerap dinikmati dan boleh didapati dengan mudah di gerai tepi jalan, kedai roti dan juga kafe. Walaupun ada banyak versi, jenis yang paling ikonik berisikan ayam kari dan kentang, dibalut dengan kulit pastri dan digoreng sempurna. Lebih spesial dengan tambahan telur dalam poket pastri goreng ini.

#5 Haw Flakes Asam Duit

Snek Malaysia

Angkat tangan jika anda peminat setia Haw Flakes, yang juga dikenali sebagai Shan Zha Bing dalam bahasa Mandarin. Ingat tak kita pernah beli snek ini di kiosk sekolah dengan harga kira-kira 10-20 sen saja setiap satu ketika itu? Snek popular ini juga kita selalu dapat semasa Hari Kanak-kanak dalam beg cenderahati kan! Diperbuat daripada pokok Hawthorn Cina, memberikan perasa Haw – sedikit manis dan masam. Cara paling kerap untuk nikmati snek ini adalah dengan mengupas bungkusan kertas sedikit demi sedikit dan nikmati snek ini satu persatu.

#6 Biskut Bunga Aising

Snek Malaysia

Satu lagi snek zaman kanak-kanak yang kebanyakan rakyat Malaysia! Juga dikenali sebagai ‘Biskut Tentera Laut,’ ia sebenarnya adalah biskut bersaiz gigitan yang dihiasi aising dalam pelbagai warna. Bahagian kegemaran kita semestinya bahagian aising. Akui saja, kita selalu pilih warna kegemaran kita dan akan makan bahagian aising terlebih dahulu sebelum makan biskutnya. Sama seperti Biskut Roda, Biskut Bunga Aising biasanya boleh ditemui di rak kedai biskut nostalgia, diantara biskut-biskut zaman kanak-kanak yang lain di dalam tin aluminium yang besar.

#7 Kuih-Muih

Bila sebut pasal Kuih, pilihannya memang takkan habis. ‘Kuih’ ialah perkataan Melayu yang digunakan untuk menerangkan sesuatu makanan ringin bersaiz gigitan. Terdapat pelbagai jenis Kuih, yang diwarisi daripada warisan Melayu tradisional dan Peranakan. Banyak sangat pilihan kalau sebut pasal Kuih, dari Kuih Talam ke Kaya Kuih, Onde-Onde, Kuih Ubi Bengka dan banyak lagi. Kebanyakan kuih ini berwarna-warni yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan, seperti Daun Pandan dan Bunga Telang. Mereka dimasukkan ke dalam tepung ubi kayu dan kebanyakannya dicampur dengan santan.

#8 Rojak

Snek Malaysia

Campuran elektik buah-buahan dan sayur-sayuran dalam satu pinggan, Rojak paling biasa dikenali sebagai salad tempatan. Ia adalah pencuci mulut atau snek unik yang saluti dengan pes udang tempatan yang melekit, kacang tanah yang dicincang, pes cili (pilihan), kapur makan dan gula. Walaupun hidangan ini sangat biasa di Malaysia, ada yang menyukainya dan ada yang tak dapat menghadam rasa kompleksnya. Walau bagaimanapun, ia masih snek yang patut dicuba sekurang-kurangnya sekali!

#9 Roti Pisang

Satu sentuhan manis kepada roti tradisional Malaysia, Roti Pisang pada asasnya ialah doh roti yang diuli nipis, digabungkan atau berisikan pisang. Doh itu kemudiannya digoreng hingga keemasan dan dipotong menjadi kepingan bersaiz gigitan, ditaburi gula dan susu pekat. Manis dan masam pada masa yang sama, sesuai untuk anda yang mencari keseimbangan sempurna pencuci mulut dan pastri.

#10 Snek Goreng

Snek Malaysia

Siapa yang boleh menolak snek goreng yang rangup dan enak ini? Jika anda berjalan-jalan di Malaysia dan terhidu sesuatu yang lazat dan beraroma, kemungkinan besar ia adalah salah satu gerai snek goreng yang anda boleh lihat dari jauh. Gerai-gerai ini menawarkan pelbagai jenis snek goreng, daripada Pisang Goreng, kepada Goreng Keladi, Bebola Bijan, Kuih Lobak dan banyak lagi.

Snek Malaysia

Snek goreng kegemaran kami semestinya Nian Gao goreng, iaitu hirisan kek pulut manis yang diapit dengan ubi keledek, disalut dengan adunan tepung dan digoreng hingga keemasan. Hei, walaupun makanan ringan yang digoreng adalah baik, makan dengan porsi terlalu banyak boleh menyebabkan ‘yit hei’ (panas dalam badan). Ha, kalau nak tahu petua bagaimana nak kurangkan ‘yit hei’: Cubalah Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak (Nin Jiom Pei Pa Koa), jenama ubat yang dipercayai sejak 1964 yang membantu mengurangkan ‘yit hei’, melegakan sakit tekak dan batuk.

Jadi Foodies, daripada sepuluh snek yang kami senaraikan, yang manakah anda pernah atau belum anda cuba? Pasti ada lebih daripada sepuluh pilihan snek di luar sana, jadi beritahu kami dalam komen apakah snek Malaysia kegemaran anda! Walaupun snek tradisional kita lazat digoreng, jangan makan secara berlebihan ya.

Pautan: Website | Facebook | Instagram

Juga Baca: MICHELIN Guide 2023 Kuala Lumpur & Penang Kini Di Malaysia Dengan 97 Pemenang

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close