Perumahan

3 Sebab Anda Boleh Dapatkan Rumah Pertama Anda Dengan Mudah – Rumah Sedia Didiami IJM Land

Adakah anda ingin memiliki rumah sendiri? Sudah tentu! Ia merupakan salah satu matlamat yang penting untuk mempunyai tempat tinggal sendiri. Kini dengan kempen IJM Land First Home Made Easy, impian anda dapat direalisasikan dengan begitu mudah sahaja!

Rumah Pertama Anda Lebih Mudah Dimiliki Dengan Pelbagai Insentif IJM Land

IJM First Home Made Easy

IJM Land Berhad adalah pemaju hartanah yang terunggul di rantau Malaysia sejak 1989 dan mempunyai perbandaran yang pesat di negeri seperti Selangor, Johor, Penang, Sabah dan banyak lagi. IJM Land juga mempunyai pembangunan hartanah bertaraf global yang terletak di United Kingdom.

Kini anda boleh memiliki rumah IJM Land pertama anda dengan mudah melalui promosi First Home Made Easy. Inilah sebabnya:

1. Mudah Dimiliki

Projek-projek yang tersenarai ini hanya memerlukan deposit yang rendah (yuran tempahan minimum). Kempen ini juga menawarkan ansuran tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan bayaran ansuran bulanan serendah RM1,226!

2. Sedia Untuk Didiami

Sudah tertarik dengan mana-mana perbandaran di IJM Land? Jika ya, ada berita lebih baik iaitu kesemua projek tersenarai telah pun siap dibina dan hanya menunggu untuk dipindah masuk sahaja.

3. Mampu Milik 

Dengan promosi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2021 yang telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021, anda boleh menikmati pelbagai insentif seperti 10% diskaun atas harga pembelian hartanah, pengecualian duti setem atas Memorandum Pemindahan (MOT) dan pengecualian duti setem atas Instrumen Perjanjian Pinjaman.

*Hartanah terpilih saja.Tertakluk pada Terma & Syarat.

4 Projek Popular Yang Anda Boleh Miliki:

1. Centra Residences, Desa Palma, Johor Bahru

IJM Centra Residence
Terletak di lokasi yang strategik dengan akses mudah melalui Lebuhraya Utara-Selatan | Gambar: IJM Land

Centra Residences merupakan sebuah pangsapuri servis pegangan kekal yang mempunyai lokasi strategik di Desa Palma, Johor Bahru. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Utara-Selatan dan jaraknya hanya 15km dari bandar Johor Bahru dan Kompleks CIQ Sultan Iskandar yang dapat memudahkan perjalanan harian. 

IJM Centra Residence
Setiap unit mempunyai balkoni yang mempunyai pemandangan indah | Gambar: IJM Land

2. Suria 1 @ Sebana Cove, Pengerang, Johor

Suria1@SebanaCove
Rumah teres dua tingkat di Suria 1 dengan halaman yang luas | Gambar: IJM Land

Suria 1 yang terletak di Pengerang, Johor adalah sebuah kawasan perumahan dalam perbandaran resort Sebana Cove. Ia merupakan sebuah rumah teres yang mempunyai reka bentuk yang luas serta dikelilingi dengan pelbagai kemudahan awam seperti gelanggang bola keranjang, gim terbuka dan banyak lagi.

Suria1@SebanaCove
Taman permainan terbuka di Suria 1 ini sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga | Gambar: IJM Land
Suria1@SebanaCove
Gambar: IJM Land
Suria1@SebanaCove
Laluan refleksologi di Suria 1 untuk peminat akupunktur | Gambar: IJM Land

3. Kalista 2, Seremban 2, Negeri Sembilan

IJM Kalista Residences
Kolam renang di Kalista 2 untuk aktiviti luar rumah yang menyeronokan | Gambar: IJM Land

Projek ketiga di bawah kempen ini adalah Kalista 2 di Negeri Sembilan. Kalista 2 adalah pangsapuri eksekutif pegangan kekal yang berkeluasan 1,182 kaki persegi dan terletak dalam sebuah perbandaran yang telah memenangi pelbagai anugerah. Di sini, terdapat kemudahan komprehensif dan kemudahan bertaraf dunia seperti Rooftop Sky Garden, gim, dewan serbaguna, stesen BBQ dan banyak lagi untuk mengisi masa lapang anda.

IJM Kalista Residence
Gambar: IJM Land

4. Riverine Diamond, Kuching, Sarawak

IJM Riverine Diamond
Riverine Diamond pemandangan sungai Sarawak | Gambar: IJM Land

Projek yang keempat dikenali sebagai Riverine Diamond terletak di Kuching, Sarawak. Riverine Diamond merupakan kediaman tertinggi di pusat bandar Kuching yang menawarkan permandangan sungai Sarawak atau pusat bandar yang tiada tandingan. Setiap unit dilengkapi dengan perabot lengkap dan barangan berjenama seperti penghawa dingin, alat pemanas air dan banyak lagi.

IJM Riverine Diamond
Unit Riverine Diamond siap lengkap dengan bahan bermutu tinggi dan berjenama | Gambar: IJM Land
IJM Riverine Diamond
Gambar: IJM Land
IJM Riverine Diamond
Gambar: IJM Land

Ayuh Daftar Sekarang Sebelum Disember 2021 Untuk Menikmati Insentif-Insentif Ternyata!

Tunggu apa lagi? Hubungi IJM Land hari ini jugak untuk memiliki rumah pertama anda dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut, klik disini.

Baca JugaWanita M’sia Ini Berkongsi Penggunaan Herba Dalam Masakan Hariannya

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close