Taiwan, pulau yang penuh dengan budaya, sejarah dan keindahan alam, merupakan destinasi impian ramai dan mesra pelancong Muslim! Ye, Taiwan menang tempat ketiga dalam Global Muslim Travel Index 2023. Dari bangunan pencakar langit yang moden hingga kampung nelayan yang penuh warna, Taiwan ada segalanya. Kalau anda merancang percutian ke Taiwan, jangan lupa singgah di tempat-tempat menakjubkan ini!
10 Spot Bucket List Taiwan
1. Taipei 101
Siapa yang tak kenal Taipei 101 kan? Bangunan tertinggi di Taiwan ini bukan saja akan buat mata korang terpana dengan pemandangan bandar yang luas, tapi juga jadi tempat ikonik yang tak boleh korang lepaskan bila melawat Taipei. Naik ke dek pemerhatian di tingkat atas untuk menikmati pemandangan bandar yang sangat menakjubkan, terutama waktu malam. Memang pengalaman yang berbaloi!
Pst, ingat ‘escalator trend’ dah tak boleh buat ye, kawan-kawan.
Alamat: No. 7, Section 5, Xinyi Rd, Xinyi District, Taipei City, Taiwan 110
Waktu Operasi: 10am – 9pm (setiap hari)
Tel: +886 2 8101 8898
2. Maokong
Naik cable car ke Maokong memang pengalaman yang tak boleh dilepaskan. Bayangkan korang melayang atas bukit-bukit hijau sambil tengok pemandangan cantik seluruh Taipei. Sampai je kat atas, suasana tenang dan udara segar buat Maokong ni tempat yang sesuai untuk korang chill sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Bagi korang yang suka nature, Maokong memang tak menghampakan!
Alamat: Wenshan, Taipei, Taiwan
Waktu Operasi: 9am – 9pm (Isnin – Jumaat), 9am – 10pm (Sabtu & Ahad)
Tel: +886 2 2181 2345
3. Ximending
Ximending, juga dikenali sebagai ‘Harajuku of Taipei’! Kalau siapa yang pernah pergi Korea, Ximending jugak boleh dikatakan seperti Myeondong! Ini kawasan paling hip di Taiwan, penuh dengan kedai fesyen, restoran, dan street food. Kalau korang nak shopping, sinilah tempatnua. Suasana kat sini memang happening, especially waktu malam dengan lampu neon yang meriah.
Alamat: Wanhua District, Taipei City, Taiwan 108
Waktu Operasi: 24 jam
4. Taipei Double Decker Bus
Kalau korang nak explore Taipei dengan cara paling mudah, naik je Taipei Hop On Hop Off City Tour. Dengan bas dua tingkat ni, korang boleh turun dan naik di mana-mana destinasi yang menarik, termasuk Taipei 101, Ximending, dan banyak lagi. Tak perlu pening fikir transport, just relax dan enjoy perjalanan korang.
Alamat: 100, Taiwan, Taipei City, Zhongzheng District
Waktu Operasi: 9am – 6pm (setiap hari)
Tel: +886 2 8791 6557
5. Songshan Cultural Creative Park
Kalau korang minat benda-benda seni dan kreatif, Songshan Cultural Creative Park ni mesti ada dalam list korang. Dulunya bekas kilang tembakau, sekarang tempat ni jadi pusat seni dengan pelbagai pameran kreatif. Setiap sudut kat sini ada vibe unik untuk korang ambil gambar dan inspirasi. Sesuai sangat kalau nak layan mood artsy sambil jalan-jalan.
Alamat: No. 133號, Guangfu S Rd, Xinyi District, Taipei City, Taiwan 11072
Waktu Operasi: 8am – 10pm (setiap hari)
Tel: +886 2 2765 1388
6. Masjid Agung Taipei
Terletak di hadapan taman terkenal di Taipei, Taman Da’an, Masjid Agung Taipei adalah masjid terbesar dan tertua di Taiwan. Ia juga merupakan struktur Islamik paling penting di negara ini. Masjid ni bukan sahaja simbol keagamaan, tapi juga pusat komuniti Islam di Taiwan. Seni bina klasik dan lokasinya yang strategik menjadikan ia satu destinasi wajib bagi pelancong Muslim.
Alamat: No. 62號, Section 2, Xinsheng S Rd, Da’an District, Taipei City, Taiwan 10650
7. Dadaocheng
Nak rasa vibe lama-lama yang klasik? Dadaocheng adalah tempatnya. Terkenal sebagai antara bandar terpaling tua di Taiwan, kawasan ni penuh dengan bangunan-bangunan lama yang dipelihara dengan baik, kedai herba tradisional, dan barang-barang antik. Tempat ni memang sesuai untuk korang yang suka sejarah dan budaya klasik. Jalan-jalan sini, memang rasa macam balik ke masa lalu.
Alamat: Dadaocheng, Datong District, Taipei City, Taiwan
8. Kampung Nelayan Zhenbing
Bayangkan kampung nelayan kecil yang bangunan-bangunannya dicat dengan warna-warni ceria—itulah Kampung Nelayan Zhenbing. Tempat ni memang penuh warna dan ceria, sesuai sangat untuk korang yang suka ambil gambar. Spot Instagrammable kat sini memang tak terkira, setiap sudut ada keunikan tersendiri. Tak sah kalau tak ambil gambar banyak-banyak!
Alamat: Zhongzheng District, Keelung City, Taiwan
9. Shen’ao Rail Bike
Untuk korang yang suka outdoor adventure, mesti cuba 1.3km She’ao Rail Bike ni. Bayangkan korang kayuh basikal atas landasan lama sambil tengok pemandangan laut yang memukau. Angin laut yang segar dan view yang cantik buat pengalaman kat sini memang berbaloi. Sesuai sangat untuk escape dari kesibukan bandar.
Alamat: No. 121號, Section 2, Jianji Rd, Ruifang District, New Taipei City, Taiwan 224
Waktu Operasi: 10am – 5pm (setiap hari)
Tel: +886 2 2406 2200
10. Wufenpu Nightmarket
Buat kaki shopping, Wufenpu memang tempat wajib pergi! Terkenal dengan pakaian borong pada harga yang berbaloi, kat sini korang boleh cari macam-macam gaya fesyen. Dari streetwear sampai ke pakaian formal, semua ada. Kalau nak update wardrobe dengan koleksi baru, Wufenpu adalah syurga membeli-belah yang tak boleh dilepaskan.
Alamat: Alley 9, Lane 443, Yongji Rd, Xinyi District, Taipei City, Taiwan 110
Waktu Operasi: 1:30pm – 11pm (setiap hari)
Masa Untuk Tick Bucket List!
Ha, korang dah ready ke nak ke Taiwan? Ini pun belum habis lagi! Kalau korang nak tahu apa nak senaraikan lagi dalam bucket list Taiwan korang, nantikan senarai kedua kami nanti dan video ni!
Baca Juga: 8 Restoran Halal Di Taiwan – Mi Daging 50an, Hidangan Yunnan & Banyak Lagi! [Edisi Taipei]