Info

3 Alat Penting Ada Di Rumah Untuk Pantau Gejala Awal Covid-19

Dengan jumlah kes keseluruhan hampir mencecah lebih 1 juta, kita boleh lihat hari ini orang yang terdekat dengan kita positif Covid-19. Dengan erti kata lain kita mungkin hidup dalam kalangan mereka yang positif. Berikut adalah 3 alat penting yang perlu ada di rumah untuk pantau gejala awal covid-19.

Alat Pantau Gejala Awal Covid-19

Menurut Dr Izzar Anwari, Sekiranya anda positif Covid-19 dan tidak bergelaja dan tidak berisiko tinggi, anda tidak perlu ke CAC untuk membuat penilaian kesihatan. Anda cuma perlu menjalani kuarantin di rumah sahaja. Bukan saja yang positif COVID-19, jika tidak positif pun tetap perlu ada tiga benda berharga ini iaitu

  • Pulse Oximeter – Ukur spo2 & pulse rate
  • Blood pressure monitor
  • Thermometer – Ukur suhu badan

1- Pulse Oximeter

Pulse oximeter ialah alat untuk memantau paras oksigen dalam darah (SpO2) dan kadar denyutan jantung (pulse rate).

Photo: @izzar (Instagram)

Setiap isi rumah digalakkan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah, ‘Pulse Oximeter‘ kerana pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19. Untuk mendapatkan pulse oximeter yang berdaftar dengan MDA, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan melalui pautan berikut sebelum membuat pembelian; SEMAK PULSE OXIMETER BERDAFTAR

Klik link ini untuk dapatkan Pulse Oximeter di Shopee

2 – Blood Pressure Monitor

Tahukah anda sebanyak 58.3 peratus pesakit Covid-19 yang dirujuk ke rawatan kritikal mempunyai sejarah penyakit tekanan darah tinggi. KKM dalam satu kenyataan media menyarankan supaya rakyat di negara ini mengawal tekanan darah khususnya bagi mengelak terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Berikut jadual bacaan tekanan darah yang betul:

Klik link ini untuk dapatkan Blood Pressure Monitor di Shopee

3 – Thermometer

Antara alat wajib ada dalam setiap rumah walaupun bukan musim pandemik semestinya thermometer. Jika boleh elakkan beli thermometer murah yang hanya tunjuk suhu yang sama.

Klik link ini untuk dapatkan Thermometer di Shopee

Dengan adanya tiga alat ni, anda dan petugas kesihatan boleh mengetahui status kesihatan anda dengan lebih tepat dan tindakan awal boleh dilakukan. Apa-apa pun. Sila dapatkan vaksinasi dan jaga SOP. Stay safe semua.

Sumber: @izzar (Instagram)

Artikel Berkaitan

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close