Food Recipe
3 Resepi Menggunakan Quaker Oats Yang Anda Pasti Belum Pernah Cuba Untuk Ramadan & Raya
Salam Ramadan, Foodies! Rasa macam nak masak sesuatu yang diluar kotak untuk Ramadan dan Raya tahun ni? Apa kata anda cuba 3 resepi yang sangat unik ini? Pastinya anda sendiri pun tak tahu yang anda boleh masak semua ini menggunakan Quaker Oats. Daripada kek, ke roti bakar ke nasi goreng – kami kumpulkan kesemuanya untuk anda!
Resepi Quaker Oats Yang Wajib Dicuba Ramadan & Raya Ni
Ramai yang sangka tak banyak pun resepi yang boleh dilakukan dengan oat, tapi disini kami ingin kongsikan 3 resepi untuk anda cuba di bulan Ramadan ini! Nikmati Oatmeal Scrambled Egg dengan roti bakar semasa sahur, dan buka puasa dengan Nasi Goreng Quaker. Sementara itu, anda juga boleh sediakan Kek Oat, Kurma & Pistachio istimewa untuk rakan-rakan dan keluarga anda. Supaya mereka juga dapat menikmati keenakkan Quaker Oats.
Pssst… Jangan lupa juga untuk dapatkan set hadiah eksklusif Ramadan ini untuk dihadiahkan kepada mereka yang tersayang!
Oatmeal Scrambled Eggs Dengan Roti Bakar
Bahan-bahan:
- 4 sdb Quaker Oats (mana-mana jenis)
- 1 biji telur + 2 putih telur
- 1/2 sdt lada hitam
- 1/2 sdt garam
- 2 sdt minyak masak
- 1 bawang kecil (dicincang halus)
- 1/2 tomato kecil (dicincang halus)
- 1/4 tauhu (dipotong dadu)
- 1 batang daun bawang (dihiris halus)
- Daun salad, avocado, daun ketumbar atau kacang pain (dicincang) sebagai hiasan
Langkah Penyediaan:
1. Didalam mangkuk yang besar, campurkan Quaker Oats, telur, lada dan garam.
2. Didalam kuali leper ‘non-stick’, tuang minyak, bawang, dan tomato dan tumis untuk seketika.
3. Masukkan tauhu dan daun bawang.
4. Seterusnya, masukkan campuran telur, tutup kuali dan reneh.
5. Apabila telur sudah semakin memekat, kacau sehingga hancur.
6. Susun daun salad diatas pinggan, dan hidangkan telur hancur diatas roti bakar.
Kek Oat, Kurma & Pistachio
Bahan-bahan kering:
- 2 cawan (160g) Quaker Quick Cook Oats (dikisar menjadi serbuk)
- 2 sdt serbuk penaik
- 1/4 sdt soda bikarbonat
- 1/4 sdt garam
Bahan-bahan basah:
- 3/4 cawan minuman yogurt (perisa asli)
- 1/4 cawan minyak sayur atau minyak kelapa
- 1/4 cawan gula perang (boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing)
- 2 biji telur
- 1 sdt ekstrak vanila
- 1/2 sdt serbuk buah pelaga
- 150-200g pes/inti kurma
Hiasan:
- 10-11 biji kurma (dibuang biji dan dipotong separuh)
- Kacang pistachio atau kacang pecan (tidak diwajibkan)
Langkah penyediaan:
1. Panaskan oven terlebih dahulu pada 175°C. Lapiskan bahagian dalam dulang kek 9-inci dengan ‘baking paper’ dan minyak.
2. Didalam mangkuk bersaiz sedang, campurkan kesemua bahan kering sehingga sebati dan letakkan disebelah.
3. Didalam satu lagi mangkuk lain, pukul kesemua bahan basah sehingga sebati. Kemudian, tuangkan bahan kering kedalam mangkuk dan kacau rata.
4. Tuang separuh daripada adunan kek ke dalam dulang. Kemudian, penyekkan kurma menggunakan jari (anda mungkin perlu sapu minyak di jari) dan susun diatas adunan, pastikan ada jarak lebih kurang ½ inci diantara inti dan dulang.
5. Ulang sehingga anda dapat lapisan kurma yang sekata, seterusnya sudukan adunan kek sedikit demi sedikit keatas lapisan kurma tadi. Ratakan menggunakan belakang sudu sehingga adunan kek rata.
6. Akhir sekali, bakar didalam ketuhar untuk 30 minit pada suhu 175°C.
Nasi Goreng Quaker
Bahan-bahan:
- 1 cawan Quaker Whole Oats
- 1 sdb minyak masak
- 1 bawang kecil (dicincang halus)
- 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 sdt halia (dicincang halus)
- 1/2 cawan tomato (dipotong dadu)
- 1 cili hijau (dihiris halus, tidak wajib)
- 1/2 sdt serbuk masala
- 1/4 sdt garam
- Secubit saffron (tidak wajib)
- 2 cawan air/ stok ayam
Hiasan:
- 1 sdb bawang goreng (ditumis atau menggunakan penggoreng udara)
- 1 sdb badam panggang
- 1 sdb daun ketumbar (dihiris)
- Ikan bilis yang digoreng ranggus dengan cili kering (tidak wajib)
Langkah Penyediaan:
1. Didalam kuali leper, tumis bawang kecil, bawang putih, halia, tomato dan cili menggunakan api perlahan.
2. Perisakan dengan serbuk masala, garam dan safron.
3. Masukkan air ataupun stok ayam dan masak sehingga mendidih.
4. Masukkan oat dan kacau selama 5 minit sehingga bahan-bahan masak dan memekat.
5. Hiaskan dengan bawang goreng, ikan bilis, badam dan daun ketumbar. Boleh dimakan dengan serta merta!
Kenapa Rakyat Menggemari Quaker Oats
Sebagai jenama Oat No.1 Di Dunia, memang tidak boleh dinafikan bahawa Quaker Oats merupakan oat pilihan ramai. Kalau tak percaya tengoklah ni! Quaker Oats mengandungi beta-glucan yang tinggi dengan fiber dan mengandungi 7 kali LEBIH BANYAK fiber berbanding nasi putih, yang juga boleh membantu untuk:
- Tingkatkan rasa kenyang dan memberikan anda tenaga untuk melalui hari yang panjang!
- Mengekalkan usus yang sihat.
- Memberi sokongan untuk mengurangkan kadar kolestrol anda apabila digunakan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.
- Tingkatkan rasa kenyang sekaligus mengurangkan pengambilan kalori.
- Makanan tambahan untuk sumber protein yang baik.
Dengan 7 kali lebih banyak fiber dan rendah lemak, tenaga anda pastinya akan meningkat apabila anda gunakan Quaker Oats dalam kehidupan harian anda. Sudah semestinya ia juga dapat menambah baik gaya hidup sihat anda di bulan Ramadan ini!
Apa Lagi Resepi Kegemaran Anda Yang Boleh Dimasukkan Quaker Oats?
Cubalah resepi-resepi mantap ini bersama orang tersayang pada musim Ramadan dan Raya ni. Tak kisahlah untuk sarapan, makan tengahari ataupun makan malam – anda kini boleh menikmati Quaker Oats sepanjang hari! Salam Ramadan dan selamat mencuba Foodie!
Artikel Berkaitan: Pusat Beli-belah Toppen Mengajak Anda Berbuka Puasa Gaya Berkelah
–
Now Playing, Catch New Episodes Every Friday At 7PM
New Shopee Deals: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Everyday Low Price https://lzd.la/page
Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways), dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!