EventFood

Pusat Beli-belah Toppen Mengajak Anda Berbuka Puasa Gaya Berkelah

Dengan persembahan muzik, persembahan tradisional & banyak lagi

Ramadan sudah tiba dan tentunya berasa teruja untuk menyambut bersama orang tersayang. Tiada perasaan yang lebih baik daripada duduk bersebelahan dan berbuka puasa bersama. Tahukah anda kini anda boleh berbuka puasa dengan gaya berkelah di Pusat Beli-belah Toppen? Yup, ini peluang anda sambil menikmati tawaran istimewa dari Foodpanda!

Jom Iftar Bersama Rakan & Keluarga Anda Di Toppen

Masih ingat tak pada zaman dahulu kita berehat di tikar dan duduk bersila sambil menikmati makanan bersama? Betul tu, sekarang kita boleh berkelah di Toppen, Event Piazza, Aras 3! Berkongsi makanan sambil menikmati persembahan muzik istimewa yang menampilkan instrumen tradisional Melayu, kugiran secara langsung, dan juga menonton filem di pawagam atas bumbung yang terkenal di Toppen. Tambahan pula, kini lebih mudah untuk membeli juadah untuk Iftar apabila terdapat banyak kedai makan yang boleh kita temui di Toppen.

Selain itu, dari sekarang hingga 2 Mei, jika anda mahu berbuka puasa di Toppen, nikmati diskaun istimewa dari Foodpanda. Ini caranya:

  1. Gunakan kod semasa daftar keluar apabila anda memilih untuk mengambil pesanan anda daripada Toppen, ‘USEPICKUP’ untuk menikmati potongan 20%, ahli Pandapro boleh dapat tambahan potongan 5%.
  2. Perbelanjaan minimum RM30, diskaun maksimum RM6.
  3. Promosi ini mulai dari sekarang hingga 2 Mei 2022.

Jumpa anda di sana!

Jadi apa tunggu lagi? Jom ambil makanan anda dan nikmati promo Foodpanda ini sambil anda berbuka puasa bersama rakan dan keluarga di Toppen, Event Piazza, Aras 3. Lebih ramai lagi meriah! Selamat Berbuka puasa, foodies!

Alamat: Toppen Shopping Centre, No. 33A, Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor

Masa Beroperasi: 10AM-10PM (Open Daily)

PautanWebsite | Facebook | Instagram | TikTok | YouTube | Twitter |

Baca Juga: 10 ‘Secret Menu’ Daripada Starbucks Yang Anda Boleh Cuba Sendiri

Now Playing, Catch New Episodes Every Friday At 7PM

New Shopee Deals: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Everyday Low Price https://lzd.la/page

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close