Food

Adunan Kuih Sempurna Untuk Moreh Pada Ramadan Ini Dengan Betty Crocker!

Setiap hidangan tak lengkaplah tanpa pencuci mulut. Bagi bulan Ramadan, moreh semestinya dinanti-nantikan sebab waktu itulah boleh paling seronok nikmati pelbagai manisan dan kuih! Membuat kuih mungkin agak sukar bagi sesetengah orang, tapi jangan risau sebab kami sentiasa cari sesuatu yang boleh membantu anda nikmati kegembiraan dan keseronokan membuat kuih dengan cara anda tersendiri. Masa itulah teringat Betty Crocker! Anda bertuah terjumpa artikel ini sebab ada sesuatu yang istimewa Ramadan ini! Jom kita tengok sama-sama!

Betty Crocker Baharu – Pencuci Mulut Paling Sesuai Untuk Ramadan Ini!

Kalau tengah beli barang dapur mesti terjumpa adunan kuih Betty Crocker! Sejak 1921 lagi, Betty Crocker dah berjaya buka jalan ke hati semua orang. Terkenal dengan pelbagai campuran (pancake, kek, brownies, biskut dan muffin), Betty Crocker direka untuk membantu kita dengan ciptaan adunan yang terhasil cepat, mudah dan lazat. Tak hairanlah Betty Crocker digelar First Lady of Food! Tahu tak, mereka kini datang dalam pembungkusan BAHARU? Cantik sangat!

Gambar: Betty Crocker Malaysia (Facebook)

Makanlah kenyang mana sekalipun, kita tetap ada ruang untuk pencuci mulut! Tapi membuat kuih bukannya mudah sebab perlukan banyak bahan dan mungkin ambil masa yang agak lama. Oh, tidak dengan Betty Crocker. Dengan 3 langkah mudah, anda boleh membuat kuih dan kek yang sangat lazat untuk orang tersayang Ramadan ini!

Betty Crocker
Gambar: Halal Foodie

Sebenarnya, kami dah cuba guna adunan Betty Crocker yang baru. Serius, mudah sangat dan wow, sangatlah sedap!

#1 Chocolate Chip Cookie:

Gambar: Halal Foodie

Bahan-bahan:

  • Adunan Kuki Coklat Cip Betty Crocker
  • 110g mentega
  • 1 biji telur

Langkah-langkah:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 190°C. Campurkan semua bahan dalam mangkuk sederhana sehingga menjadi doh lembut.

Betty Crocker
Gambar: Halal Foodie

2. Bulatkan 27-30g doh dan susun atas dulang yang tidak bergris dalam jarak 2 inci berasingan.

Betty Crocker
Gambar: Halal Foodie

3. Bakar selama 8-10 minit sehingga berwarna perang. Sejukkan selama 5 minit sebelum angkat dari dulang dan sejuk sepenuhnya.

Gambar: Halal Foodie

#2 Chocolate Fudge Brownie

Gambar: Halal Foodie

Bahan-bahan:

  • Adunan Betty Crocker Chocolate Fudge Brownie
  • 85ml water
  • 50g mentega
  • 1 biji telur

Langkah-langkah:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Gariskan loyang bersaid 9 inci dengan mentega.

Betty Crocker
Gambar: Halal Foodie

2. Masukkan semua bahan dan adun hingga sebati. Tuang ke dalam loyang.

Betty Crocker
Gambar: Halal Foodie

3. Bakar selama 20-25 minit atau hingga lidi yang dicucuk di tengah-tengah brownie keluar bersih. Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidang [boleh hidang bersama sirap karamel dan buah strawberi].

Gambar: Halal Foodie

Itu sahaja! Mudah, kan? Untuk menjadikan bulan puasa ini lebih istimewa, Betty Crocker akan memberi ganjaran sehingga RM11,000 kredit TnG kepada anda!

Anda hanya perlu:

  1. Cipta hidangan istimewa tambahan menggunakan mana-mana produk Betty Crocker.
  2. Siarkan ciptaan anda dengan kotak Betty Crocker di Facebook atau Instagram.
  3. Tag @bettycrockermalaysia dan menggunakan hashtag #BettySpecialSnacktime.

10 pemenang bertuah dengan snek istimewa yang paling terinspirasi akan memenangi kredit TnG bernilai RM500 manakala 30 pemenang akan memenangi kredit TnG bernilai RM200 setiap seorang! Jadi, boleh mula cipta resipi sekarang!

Luangkan Ramadan Yang Amat Bermakna Bersama Orang Tersayang

Betty Crocker
Gambar: Halal Foodie

Tiada yang lebih sempurna daripada meluangkan masa bersama orang tersayang dengan masakan sendiri, dan Betty Crocker semestinya adunan yang paling sempurna! Bukan saja mudah dibakar, tapi juga sedap untuk dijadikan kudapan! Jika berminat untuk sertai peraduan diatas, lawati Facebook dan Instagram mereka untuk beberapa idea resipi dan dapatkan Betty Crocker sekarang dari Lazada atau mana-mana pasaraya terdekat! Selamat berbuka puasa, Foodies!

Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram

Baca Juga: 5 Jenis Hidangan Yang Anda Boleh Buat Dengan Lebihan Makanan Hari Raya

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close