Food
DON DON DONKI Melancarkan Azuki Bar, Aiskrim Jepun BARU & Halal (Beli 1 PERCUMA 2)
Makanan dari Jepun sangatlah digemari oleh ramai Foodies di Malaysia tapi, susah juga untuk cari yang Halal, bukan? Oleh itu, kami akan memperkenalkan satu desert yang sangat digemari ramai di serata dunia. Apa itu? Mestilah aiskrim! Lebih-lebih lagi, aiskrim ini adalah aiskrim asli dari Jepun dan merupakan aiskrim Jepun pertama yang disahkan Halal di Malaysia. Ha, tertarik tak? Tunggu apa lagi, jom kita lihat!
Azuki Bar: Aiskrim Jepun Halal Pertama Di Malaysia
Kalau anda ingin nikmati pencuci mulut yang bukan saja dapat sejukkan badan pada hari-hari panas, tapi juga menyegarkan dan kaya dengan pelbagai rasa, anda mungkin ingin cuba aiskrim Azuki Bar ini. Aiskrim yang pertama dihasilkan pada 1973 menjadi kegemaran ramai orang Jepun. Kalau anda ke Jepun dan teringin nak makan aiskrim kacang merah, mereka mesti akan suruh cuba Azuki Bar. Ia bukan saja berintikan kacang merah Azuki, tetapi dibuat untuk tahan lebih lama supaya tidak mudah cair.
Anda tahu tak? Terdapat lebih dari 100 kacang merah dalam setiap aiskrim Azuki Bar! Kacang merah Azuki ini merupakan antara makan sihat di Jepun sebab ia mengandungi kandungan protein dan serat yang tinggi, dan kurang lemak. Bukan itu saja, ia juga kaya dengan Vitamin B, mineral seperti zat besi dan calcium, saponin dan polifenol – yang terbukti dapat melegakan sembelit dan anemia, di samping meningkatkan kecantikan dan diet.
Lebih-lebih lagi, Azuki Bar ini dibuat dari gabungan resipi-resipi asli dari Jepun dan diolah mengikut citarasa orang Malaysia. Ya, sudah tentu perkara-perkara ini diambil berat oleh oleh konfeksi terkenal, Imuraya Group supaya kita boleh dapat nikmati desert ini dengan lebih SUGO-I (luar biasa). Patutlah aiskrim ini telah terjual sebanyak 90% di pasaraya Jepun dan 292 million di seluruh dunia pada tahun 2020.
3 Perisa Azuki Bar Yang Lazat:
Nak tahu perisa apa yang ditawarkan? Azuki Bar aiskrim ada tiga perisa lazat yang anda perlu cuba – kacang merah, matcha dan susu – berharga RM4.50 setiap satu. Azuki Bar Kacang Merah adalah aiskrim klasik dengan varian kacang merah, menawarkan rasa Jepun yang asli. Azuki Bar Matcha pula disaluti dengan Uji Matcha premium dari Kyoto kegemaran ramai dan berintikan kacang merah Azuki. Manakala, Azuki Bar berperisa susu berkrim yang diadun dengan kacang merah ini adalah kombinasi sempurna yang amat popular dalam kalangan orang Jepun!
Beli 1 PERCUMA 2!
Kejap, Foodies! Ada lagi satu berita ni. Selain di Shopee, JONETZ by DON DON DONKI akan menjadi kedai pertama yang melancarkan aiskrim Azuki bar ini. Jadi, dari 30 September 2021 hingga 3 Oktober 2021 (4 hari), anda boleh dapatkan ketiga-tiga perisa Azuki Bar dengan harga DUA aiskrim saja – Beli 1 PERCUMA 2! Tapi, kalau anda ke DONKI, jangan lupa lihat tawaran harga slash di Big Discount Area mereka!
Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram
Alamat: Ground Floor, Lot 10, 50, Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur
Tel: (+60)3 2303 1211