Food

Cawangan Bekalan Bakeri No.1 Kini Buka Superstore Di Taman Megah Dengan Lebih 3000 Item!

Nak cari bahan untuk kesemua keperluaan baking di satu tempat saja memang susah. Mungkin, sebab itulah Bake With Yen, peruncit bekalan bahan bakeri terbesar di Malaysia menjadi pilihan ramai dan sangat terkenal di seluruh negara. Sekarang, anda boleh lupakan masalah itu dan beli apa saja yang anda perlukan sebab Bake With Yen Superstore di Taman Megah ini ada lebih dari 3000 produk untuk dipilih!

Bake With Yen Baru Saja Buka Superstore di Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

Ditubuhkan pada tahun 1987, Bake With Yen memang sudah dikenali ramai orang Malaysia disebabkan oleh kemampuan dan kebolehcapaian mereka. Cita-cita mereka untuk menjadikan proses baking lebih mudah, berpatutan dan menyeronokkan untuk semua orang, disedari ramai dari semua peringkat umur dan bangsa.

Sekarang, Bake With Yen mempunyai 92 cawangan di seluruh negara dengan lebih 4000 produk termasuk mentega, tepung, pra-campuran, coklat, buah-buahan kering & kekacang – malah peralatan pembakar dan hiasan! Bake With Yen ini juga mesra agama dan kaum, dengan produk dan pracampuran untuk perayaan seperti Tahun Baru Cina, Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

Baru-baru ini mereka membuka superstore baharu di Taman Megah dengan bekalan lebih dari 3000 barangan yang mempamerkan suasana seperti di pasaraya. Bukan setakat peralatan membakar saja, mereka juga ada bahan untuk membuat kuih yang digemari ramai untuk anda dengan promosi Harga Rendah Setiap Hari! Tak salahlah, kedai ini sememangnya kedai impian setiap pembakar kuih.

Inilah Yang Anda Boleh Temukan Di Bake With Yen:

1. Mentega

Ausicows

Jenama dalaman Bake With Yen, Ausicows, adalah mentega yang paling murah di pasaran pada harga RM7.90 saja setiap pek 250g.

Satu lagi jenama mereka adalah Butterich, diperbuat daripada campuran lemak susu.

2. Coklat & Keju

Cottura, jenama dalaman Bake With Yen, untuk coklat dan keju! Coklat cip, coklat butang dan kepingan coklat mereka datang dalam pilihan coklat susu, coklat putih atau coklat gelap.

Ada juga pelbagai jenis keju seperti Cheddar dan Mozzarella.

3. Buah-buahan, KeKacang & Bijian

Dapatkan pelbagai jenis buah-buahan kering pada harga yang tiada tandingan – kranberi, kismis, kurma dan banyak lagi!

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

Ada pelbagai jenis kekacang juga – badam, gajus, kacang tanah dan banyak lagi pada harga mesra poket. Dan mereka datang dalam semua bentuk – keseluruhan, dihiris, dicincang. Jadi, walaupun anda datang bukan untuk mencari bahan bakeri – mesti ada juga sesuatu di BWY untuk anda sebab produk di BWY sangatlah berpatutan untuk anda yang sedang menjalani gaya hidup sihat.

Bake With Yen Taman Megah

Good Earth, juga jenama dalaman mereka, menampilkan biji rami, biji chia dan juga quinoa!

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

4. Pra-campuran / Adunan

Bake With Yen Taman Megah

Masih baru dalam bidang baking  atau kesuntukan masa? Bake With Yen mempunyai 52 pra-campuran untuk aktiviti baking yang cepat dan menyeronokkan! Pilihan menarik mereka termasuk Kuih Bahulu, Brownies Brittle, Donut, Roti Arang dan Nasi Lemak Crunchy Cookie yang baharu. Pra-campuran asli BWY ini kerap menampilkan perisa baharu – jadi pastikan anda tak terlepas ya!

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

5. Tepung

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen mempunyai, oh begitu banyak jenis tepung untuk dipilih! Pilihlah sama ada tepung Hong Kong, tepung Nisbah Tinggi, tepung Pau atau tepung Biskut dan banyak lagi.

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

6. Madu

Selain rangkaian Good Earth mereka, Bake With Yen juga menawarkan Wild Flower Honey dan Golden Syrup!

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

7. Peralatan Baking

Bake With Yen juga menawarkan pelbagai perkakas dan peralatan baking  – oh, tak lupa juga ketuhar! Lihatlah rangkaian peralatan silikon mereka, termasuk spatula dan acuan kek, semuanya pada harga yang sangat berbaloi dan diluluskan oleh FDA dengan kualiti yang tahan lama.

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

Bake With Yen Taman Megah

Ada juga pelbagai hiasan untuk semua jenis sambutan dan perayaan.

Masa Untuk Membuat Kuih! 

Dah banyak yang kami senaraikan tapi item di sini masih berterusan! Bake With Yen sememangnya membuatkan membakar kek dan biskut menjadi lebih menarik. Dan, dengan Harga Rendah Setiap Hari mereka, anda bolehlah dapatkan dengan harga yang berbaloi!

Satu lagi, mereka juga menawarkan harga belian pukal untuk pembakar kuih profesional atau pemilik perniagaan sambilan. Anda hanya perlu tanya kakitangan kedai runcit dan mereka akan dengan senang hati membantu anda!

Bake With Yen Taman Megah

Alamat: 57, Jalan SS 24/8, Taman Megah, 47301 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 8 pagi – 8 malam (setiap hari)

Telefon: 03-78049361

Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram

Baca Juga: Pembaharuan Pasport Kini Hanya Boleh Dilakukan Secara Atas Talian! Begini Caranya

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close