EventFood

Birthday 7DAYS Ke-7 Dengan Perisa Double Cream BAHARU, Roadshow & Banyak Lagi!

Korang tahu tak event apa paling gempak tahun ni? YES! Mestilah Birthday Roadshow 7DAYS~ Wah, 7DAYS dah genap 7 tahun! Rasa macam baru je kenal dulu kita dengan perisa-perisa sedap diorang. Ha, ulang tahun kali ni sangat istimewa tau – nak tahu apa terjadi tak?

Perisa Double Cream BAHARU Menggoda Selera

Foto: Halal Foodie

Sempena ulang tahun istimewa ni, 7DAYS keluarkan bukan 1 tapi DUA perisa baharu yang akan buat korang terliur.

Double Cream Chocolate Vanilla

7DAYS Birthday Roadshow
Foto: Halal Foodie

Memang sesuai untuk korang yang suka rasa klasik tapi dengan sentuhan yang lebih mewah. Bayangkan, krim coklat yang kaya dengan rasa coklat pekat digabungkan dengan kelembutan rasa vanila. Memang satu kombinasi perfect!

Double Cream Forest Berries

7DAYS Birthday Roadshow
Foto: Halal Foodie

Ha, siapa suka rasa fruity? Gabungan vanila yang berkrim dengan campuran beri hutan seperti strawberi, blueberry, dan rasperi. Rasa vanila yang lembut bertemu dengan rasa masam-masam manis beri yang fresh – korang boleh bayangkan tak flavour bomb dalam mulut dengan setiap suapan?

Aktiviti Gempak Sepanjang Roadshow!

7DAYS Birthday Roadshow
Foto: Halal Foodie

Ha, macam kami cakap tadi – event paling gempak tahun ni mestilah birthday celebration 7DAYS iaitu Gandingan Gempak Roadshow yang berlangsung pada 25-28 Julai baru-baru ni. Ada banyak booth menarik seperti Mini Golf, Mix-Bead Keychain Making, Camera 360, Popcorn dan Chocolate Fountain!

Foto: Halal Foodie

Nak tahu apa lagi best? Kami dapat jumpa Naim Daniel dan Bunga! Haha, jealous tak?

Kerjasama 7DAYS dengan MyCARE

7DAYS Birthday Roadshow
Foto: Halal Foodie

Korang tahu tak? Sejak 2020, 7DAYS dah banyak berkolaborasi dengan MyCARE dalam projek kemasyarakatan termasuk filem dokumentari ALIVE with Covid-19 yang mempersebahkan realiti di barisan hadapan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). MyCARE adalah organisasi yang bantu golongan yang memerlukan. Sempena ulang tahun ke-7, Memorandum Persefahaman (MOU) akan ditandatangani oleh kedua-dua pihak untuk kolaborasi lebih banyak yang akan bantu masyarakat Malaysia.

Happy Birthday, 7DAYS!

Untuk semua yang terlepas Roadshow 7DAYS, jangan sedih. Jangan lupa follow social media 7DAYS untuk tahu aktiviti gempak diorang yang seterusnya, okay? DAN jangan lupa cuba kedua-dua perisa BAHARU mereka yang lazat dan beritahu kami perisa mana mengamit hati. 

Pautan: Laman Web | Facebook | Instagram

Baca Juga: 4 Fakta Menarik DuitNow QR Yang Akan Tukar Kehidupan Seharian Korang!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close