Food

“Sayang Nak Buang Minyak Baru Pakai Sekali” Tiktoker Ini Kongsi Cara Bersihkan Minyak Goreng, Senang Sangat!

Minyak yang biasanya guna untuk goreng ayam, ikan, udang dan segala bagai tu, buang atau simpan? Kalau kurang kotor tu mungkin boleh gunalah sekali lagi untuk goreng makanan yang sama. Tapi kalau dah kotor sangat tu, menangis sajalah sambil buang. Eh, stop! Sebenarnya, kami dah jumpa cara yang sangat mudah untuk bersihkan minyak goreng! Jom kita lihat cara yang dikongsikan oleh @richard_is_cooking (Tiktok) ini.

Cara Mudah Untuk Bersihkan Minyak Goreng:

Gambar: @richard_is_cooking (Tiktok)

Dalam video itu, Richard telah ajar cara yang sangat mudah untuk bersihkan minyak goreng. Jadi, tak perlulah anda menangis lagi di tepi sinki sambil buang minyak satu plastik. Bergurau, saja. Jangan marah ya. Maksud kami, sayanglah kan baru guna sekali saja. Jadi, caranya mudah saja. Anda perlu ada dua (2) bahan ini saja:

  • 100gm tepung jagung
  • 150ml air
Cara Bersihkan Minyak Goreng
Gambar: @richard_is_cooking (Tiktok)
Cara Bersihkan Minyak Goreng
Gambar: @richard_is_cooking (Tiktok)

Campurkan tepung jagung dengan air dan kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan adunan tepung jagung tadi itu dalam minyak panas baru tutup api. Biarkan saja selama 15 minit dah boleh angkat campuran tepung jagung tu. Anda boleh lihatlah campuran tepung yang dah serap semua sisa kotoran dalam minyak goreng itu akan bertukar warna dari putih ke warna keemasan. Lagi kotor minyak tu, lagi gelaplah warna campuran tepung itu. Tengok hasilnya, dah bersih berkilat minyak macam baru beli!

Cara Bersihkan Minyak Goreng
Gambar: @richard_is_cooking (Tiktok)

Jangan Buang Bekas Minyak Goreng, Bersihkan Saja!

Ha, dah tahu cara ini boleh la jimat sikit duit beli minyak masak tu. Sekarang, nak deep fry semua makanan pun boleh dah. Tak perlu fikir dua tiga kali guna minyak masak yang banyak. Makanan pun digoreng sekata, minyak masak pun jimat! Kalau anda suka artikel macam ni, jangan lupa beritahu kami di bahagian komen dibawah ya? Dan, jangan lupa kongsikan tips yang sangat membantu ini!

Sumber: @richard_is_cooking (Tiktok)

Artikel Berkaitan:

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close