News

“Scam Macam Ni Aku Terima” Cara Kelakar Si Cilik Ini Berniaga Mencuit Hati Netizen

Bukan selalu kita dapat lihat anak kecil yang pandai berniaga. Mungkin disebabkan itu jugakah kita tak kisah berikan wang lebih apabila membeli dengan mereka. Yelah, kenalah bagi galakkan supaya dia terus rajin bekerja kan?

Minta Keropok Lekor RM3, Dia Bubuh RM5

Dikongsi oleh @_muhaimin26 di Twitter, kejadian yang lucu ini berlaku semasa dia nak beli keropok lekor di  gerai tepi jalan berdekatan Fitri Fruits di Bukit Baru, Melaka. Salah seorang penjaga kedai tu adalah budak lelaki yang kecil. Bila Muhaimin minta keropok lekor berharga RM3, si cilik ni letak lebih. Bila ditanya harga lagi sekali, eh, dah jadi RM5 pulak. Haih, pening-pening. Nasib baiklah pelanggan tu terhibur dengan kau dik.

Pandai Betul Berniaga

Rupa-rupanya budak ni selalu bantu makciknya berniaga. Kalau bukan meniaga dekat gerai, dia buat Live Shopee pulak. Rajinnya!

Teknik Marketing Tu Kena Betul

Di ruangan komen, memang ramailah yang terhibur dengan kerenah adik ni.

Semoga Terus Rajin Berusaha

Dari kecil lagi dah pandai berniaga, semoga adik ni dapat membesar menjadi seorang usahawan yang berjaya di masa hadapan. Kalau anda berpeluang jumpa kanak-kanak yang rajin berniaga macam ni, jangan lupa untuk support diorang okay?

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close