MySejahtera

Cara-Cara Mudah Mendapatkan Kod QR MySejahtera Untuk Rumah Anda Raya Nanti

8 langkah mudah sahaja

Ekoran daripada pandemik Covid-19 ketika ini, penggunaan aplikasi MySejahtera dapat memudahkan pengesanan kontak rapat di premis-premis seluruh negara. Penggunaan aplikasi ini juga akan diwajibkan di semua premis seluruh negara, melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Daripada itu, untuk keselamatan bersama menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini, apa salahnya kalau kita daftarkan satu untuk rumah kita, ye tak?

Apa Itu MySejahtera Check-In?

Kebanyakkan premis perniagaan seperti pusat membeli belah sudahpun menggunakan aplikasi ini. Tapi, tahukah anda yang anda boleh juga buat kod ini untuk sekolah, pejabat dan rumah sendiri? Bahkan untuk kenduri pun boleh!

Bagi yang belum tahu, MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak Covid-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, bagi mendapatkan dan memaparkan Kod QR MySejahtera.

Elakkan Daripada Menggunakan Buku Log

Pengguna MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipaparkan. Jika anda masih menggunakan buku log bagu merekodkan nama dan butiran pelanggan, ini adalah cara mudah bagi menghasilkan sendiri kod QR MySejahtera untuk premis anda.

8 Langkah Mudah Untuk Mendapatkan Kod QR MySejahtera

1. Pergi ke laman web MySejahtera dengan KLIK DISINI

2. Anda akan dibawa ke paparan seperti yang boleh dilihat di dalam gambar dibawah. Klik “Perkhidmatan“.

3. Kemudian klik “MySejahtera Check-In“.

4. Anda akan dibawa ke menu MySejahtera Check-In. Klik “Daftar MySejahtera Check-In“.

5. Isi nombor telefon anda di ruang yang telah disediakan dan klik “Register“.

6. Nombor pengesahan OTP akan dihantar melalui mesej ke telefon pintar anda. Taip masuk 6 digit tersebut ke ruangan yang telah disediakan dan klik “Submit” Sila lakukan pengesahan ini dalam jangka masa 5 minit.

7. Anda boleh isi maklumat anda ke ruangan yang telah disediakan. Bermula dengan nombor telefon, nama premis/perniagaan, kategori premis, nama anda, dan alamat premis tersebut. Setelah selesai, anda boleh klik “Submit“.

8. Anda akan terima kod QR untuk dipaparkan di premis anda. Kod ini boleh di cetak, muat turun atau dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh mendapatkan paparan ini di dalam Bahasa Melayu. Sila cetak kod QR ini dan paparkan di pintu masuk premis anda.

Amalan Terbaik Semasa Mencetak Kod QR

1. Ukuran kod QR

Ukuran dan jarak adalah yang menentukan sama ada kod QR boleh dibaca atau tidak. Nisbah jarak pengimbasan dengan ukuran kod QR haruslah menghampiri dengan nisbah 10:1

Contoh: 1-inci kod QR (2.5 cm) yang dicetak akan mempunyai jarak imbasan yang berkesan sekitar 10 inci (25cm)

2. Kedudukan kod QR

Elakkan menampal Kod QR dibelakang permukaan yang reflektif misalnya dibawah permukaan berlamina, meja kaca atau tingkap. Cahaya yang dipantulkan mungkin akan menggangu proses pengimbasan.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada kita semua. Tidak mengapalah sekiranya raya kali ini pun tidak semeriah tahun-tahun yang lalu. Yang penting kita dapat melindungi mereka-mereka yang kita sayang. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan!

Pautan: MySejahtera 

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close