Berita
JONETZ by DON DON DONKI Kini Buka Cawangan Kedua Yang Terbesar Di PJ Dengan Seksyen Barangan Halal
Nampaknya penantian kita telah berakhir Foodies! Kedai barangan runcit Jepun yang dikenali sebagai JONETZ by DON DON DONKI kini dengan rasminya telah buka cawangan kedua mereka di Tropicana Gardens Mall! Dengan produk yang memenuhi dua tingkat, cawangan ini merupakan yang terbesar di ASEAN. Wah! Memang oleh buat orang teruja! Dengar cerita, mereka siap ada bahagian yang luas untuk barangan Halal, medan selera dan pelbagai jenis promosi. Jadi pastikan anda baca sampai habis untuk tahu lebih lanjut!
Cawangan Terbesar JONETZ by DON DON DONKI Kini Dibuka Di Tropicana Gardens Mall:
Berikutan kejayaan kedai pertama mereka di Malaysia (Lot 10, Bukit Bintang), JONETZ by DON DON DONKI akhirnya melebarkan sayap mereka ke Petaling Jaya! Terletak di Tropicana Gardens Mall, cawangan kedua mereka telahpun dibuka dan dikenali sebagai KEDAI DON DON DONKI TERBESAR DI ASEAN!
Susunan kedainya sama sahaja dengan yang sebelum ini, tetapi ditambah lagi dengan bahagian baru seperti CosmeDONKI, Yatai (gerai makanan/kiosks) dan seksyen Halal. Bersiap sedialah Foodies sebab anda pasti akan jatuh cinta dengan pilihan produk menarik yang ada!
Seksyen Halal Yang Akan Membuatkan Anda Rambang Mata
Syioknya bila kedai runcit Jepun ni mula menawarkan pelbagai makanan yang telah disahkan Halal. Jadi kita semua dapat cuba produk-produk yang dijual! Tengoklah semua makanan ringan dan barang-barang runcit yang anda boleh dapat di sini! Yang pasti, semuanya disahkan Halal oleh Badan Pensijilan Halal Antarabangsa yang turut diterima oleh JAKIM.
Punyalah luas seksyen makanan Halal dalam kedai ni, silap-silap boleh sesat! Daripada snek, ke manisan, ke minuman, semuanya ada.
Dapatkan Daging Wagyu Halal Disini!
Selain daripada barangan runcit dan makanan ringan, anda juga boleh dapatkan daging Wagyu A5 dan Australian Black Angus Beef yang Halal dekat sini!
Daging Omi yang berkualiti tinggi ini berasal dari kawasan yang kaya dengan hasil semulajadi di Wilayah Shiga. Memang setanding dengan daging wagyu Kobe dan Matsusaka. Yang pastinya daging ini semuanya di potong dengan peralatan yang terkini dari Jepun dan diuruskan oleh tukang sembelih yang terlatih.
Potongan Ikan Segar Yang Diterbangkan Terus Dari Jepun
Macam yang kita tahu, Negara Jepun memang terkenal dengan sumber makanan lautnya yang berkualiti tinggi dan segar. Jadi kalau anda teringin nak rasa kelainan makanan laut dari negara terbit matahari ni, bolehlah pilih makanan laut yang disediakan disini. Kebanyakkan pilihan yang disediakan sudahpun diperap jadi balik rumah boleh terus goreng!
Cubalah Singgah Hari Ini!
Jadi apa yang anda tunggu lagi? Pergilah ke JONETZ by DON DON DONKI di Tropicana Gardens Mall sekarang untuk membeli belah makanan Jepun kegemaran anda!
JONETZ by DON DON DONKI @ Tropicana Gardens Mall
Alamat: Level CC-G, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu buka: 10 a.m.-12 a.m.
DONKI Mobile App: IOS | Android
Pautan: Website | Facebook | Instagram
Artikel Berkaitan: