Berita

Sebaknya Tengok Bapa Ni Gigih Bungkus Buah-Buahan Untuk Anak Diperantauan

Hampir dua bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung di seluruh Malaysia dan sememangnya telah menjarakkan perhubungan ahli keluarga. Ramai anak-anak perantau yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menziarahi ibu dan bapa disebabkan tidak boleh merentas negeri.

Tular Sebuah Video Seorang Bapa Sedang Membungkus Buah-Buahan Untuk Anak-Anaknya Yang Berada Diperantauan

Bukan sahaja sambutan perayaan yang terlepas untuk dirai bersama, musim buah-buahan seperti durian, rambutan, manggis dan lain-lain yang sering ditunggu anak-anak untuk pulang ke kampung turut tidak dapat dirasai.

Namun, menerusi perkongsian dari seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @shopeekaa, dia telah memuat naik video bapanya sedang membungkus buah-buahan dan asam keping yang dibuat sendiri untuk adik-beradiknya yang sudah lama tidak dapat pulang ke kampung.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat bapanya mengutip sendiri buah rambutan dan menimbang setiap satu kotak buah tersebut agar adil untuk diagihkan kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Dia juga turut mengeringkan sendiri asam keping dan dibungkus serta dihantar bersama buah rambutan tersebut.

Sikap Seorang Ayah Yang Cekal

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memaklumkan seorang bapa sememangnya sebegitu. Mereka juga berasa sebak melihat usaha bapa kepada @shopeekaa yang tetap gigih memberi anak-anak rasa buah-buahan di kampung walaupun terpaksa menghantarnya menerusi pos memandangkan kekangan PKP.

#KitaJagaKita

Demi menghapuskan wabak ini, marilah kita jaga diri kita dan orang sekeliling supaya dapat mengurangkan kes Covid di negara ini. Duduk dirumah sekiranya tidak ada perkara yang penting untuk dilakukan dan amalkan pemakaian pelitup muka berganda diluar. Semoga kita dapat keluar daripada pandemik ini dengan segera.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close