Food
“Mudah Dan Sedap!” Seronok Tengok Chef TikTok Ni Ajar Resepi Masakan Cina Cara Halal
Seperti yang kita tahu, masakan Cina memang sedap! Tapi tak semua restoran yang menyajikan masakan Cina adalah Halal dan sesuai untuk Muslim. Oleh sebab itu, chef TikTok ini kongsi cara yang senang untuk menyediakan masakan Cina di rumah masing-masing.
Jom Belajar Resepi Masakan Cina Cara Halal
Kalau anda perasan, semenjak dua menjak ini video masakan daripada Jia Le Woh (23 tahun) semakin popular di media sosial. Manakan tidak, bukan selalu kita dapat belajar resepi masakan Cina cara halal daripada orang Cina itu sendiri. Tambahan lagi bila chefnya ramah dan fasih berbahasa Melayu (walaupun sedikit broken, hehe). Tapi yang penting dia berusaha okay??
@jialewohMakanan Cina Blh Dimelayukan EP11 Hokkien Mee?##myfoodie ##tiktokmalaysia ##MCBD ##resepi ##makanan ##chinesefood ##johor ##FYP ##sedap ##masak ##food ##chef♬ Old town road – Stimon
Resepi Memang Menjadi Dan Sedap
Rupa-rupanya chef yang berasal daripada Johor ini mempunyai pengalaman selama 4 tahun. Bila ditanya kenapa buat video masakan untuk orang Melayu (Muslim)? Beliau balas, “Sebab, kawan-kawan Melayu saya selalu susah nak cari makanan Cina yang halal”. Kalau anda teringin nak cuba resepi yang dikongsi oleh beliau, anda wajib cuba Nasi Ayam Hainan! Resepinya mudah dan ringkas.
@jialewohMakanan Cina Blh Dimelayukan EP05 Hainan Chicken Rice ? ##myfoodie ##tiktokmalaysia ##MCBD ##resepi ##makanan ##chinesefood ##johor ##sedap ##masak ##food♬ Lagi Syantik(改版) – 张一阳
Terima Kasih Kerana Perkongsian Yang Bermanfaat!
Sudah semestinya beliau juga sangat berterima kasih dengan para peminat yag setia menonton videonya. “Saya nak banyak terima kasih ramai kawan support dan faham saya punya broken Bahasa Melayu dan saya pun dapat banyak semangat dari kawan-kawan. Jadi saya akan lebih berusaha buatkan konten yang lebih banyak untuk kawan-kawan.”
Anda boleh ke Facebook, Instagram ataupun TikTok beliau untuk tambah “sediiiiikit MSG” dalam hidup anda.
@jialewohMakanan Cina Blh Dimelayukan EP14? Hock Chew Telur Sup ##tiktokmalaysia ##myfoodie ##MCBD ##resepi ##myfoodiesharing ##pkp ##chinesefood ##makan ##makanan
Pautan: Facebook | Instagram | TikTok
Artikel Berkaitan: