PKP 2.0
MySejahtera: Anda Kini Boleh Mula Daftar Sebagai Penerima Vaksin
Pendaftaran vaksin kini dibuka! Pada waktu ini, pemberian vaksin masih lagi berada di fasa yang pertama dimana hanya petugas barisan hadapan (frontliners) sahaja yang akan menerima vaksin. Fasa ini akan berlangsung bermula Febuari – April 2021. Namun begitu, orang awam juga boleh mendaftarkan nama terlebih dahulu.
Cara Untuk Mendaftar Sebagai Penerima Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera
Sekiranya anda telahpun mengisi maklumat anda sebelum ini didalam aplikasi tersebut, proses pendaftaran akan menjadi lebih mudah. Jangan risau, proses pendaftarannya senang je, anda boleh selesaikan tak sampai 10 minit pun.
Langkah-langkah Mendaftar Sebagai Penerima Vaksin Melalui MySejahtera:
1. Update aplikasi MySejahtera anda di Apple App Store ataupun di Google Play Store.
2. Buka aplikasi MySejahtera dan tekan ikon berlabel “COVID-19 Vaccination“.
3. Pastikan semua butiran anda tepat dan telah dikemas kini. Sekiranya ada maklumat yang salah, anda boleh perbetulkan maklumat tersebut dengan menekan butang “Edit“. Apabila anda pasti maklumat yang diberikan adalah tepat, anda boleh tekan butang “Confirm“.
4. Kemudian anda akan dibawa ke bahagian ini. Tekan “Next” untuk maklumat seterusnya.
5. Anda akan diberi maklumat tentang perkembangan vaksin semasa. Untuk melengkapkan lagi pendaftaran anda, anda boleh tekan “Click here” untuk mengisi maklumat tambahan.
6. Jawab soalan mengikut kesesuian dan tekan “Submit” apabila selesai.
7. Tekan butang “Close” untuk mengakhiri proses pendaftaran.
Mudah Je Kan?
Walaupun vaksin hanya akan diberikan kepada mereka yang sukarela, demi keselamatan masyarakat, semua orang sangat digalakkan untuk mengambilnya. Buat sementara waktu ini, kita masih lagi berada didalam fasa yang pertama. Daripada itu, orang awam dinasihatkan supaya bersabar untuk seketika dan jangan lupa mengamalkan norma baru ketika berada di luar rumah. #kitajagakita
Artikel Berkaitan: