Food

Nutella Memperkenalkan Balang Ramadan Edisi Terhad Dengan Resipi Berbuka Puasa Yang Mudah Dan Sedap!

Tak lengkaplah waktu berbuka kalau tak dimulakan dengan pencuci mulut!  Nikmati saat-saat keluarga bahagia dengan Nutella. Psst…Sapuan coklat kacang hazel terkenal ini juga mengeluarkan balang Ramadan edisi terhad untuk musim perayaan ini.

Balang Ramadan Nutella Edisi Terhad Boleh Didapati Sehingga Bulan Mei ini!

Nutella hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi untuk menghasilkan sapuan coklat yang lazat. Sapuan coklat hazelnut kegemaran seluruh Malaysia dan dunia ini pastinya akan memberi tenaga buat keluarga anda semasa Ramadan ini!

3 balang Nutella Ramadan edisi terhad berwarna-warni boleh didapati dalam berat 680g. Cepat dapatkannya di semua kedai peruncit utama sehingga Mei 2022 ini sahaja!

Cuba Nutella Hacks A.K.A Resipi Mudah Pada Ramadan Ini

Serasi dengan slogan, “rasa kebahagiaan, rasa kebersamaan”, Nutella juga memperkenalkan resipi-resipi mudah dan lazat, sesuai untuk berbuka puasa dengan seisi keluarga. Tekstur berkrim Nutella yang lembut membolehkan ia disapu dengan mudah dan sesuai untuk dipadankan dengan pelbagai jenis makanan.

Terdapat pelbagai resipi lazat pada balang Ramadan edisi terhad yang anda boleh cuba, seperti Roti Goreng, Mini Tart dan Breakfast Bite! Pastinya digemari oleh anak-anak anda!

Bukan itu sahaja, untuk ibu (dan ayah) di luar sana, Nutella adalah bahan yang anda perlukan kerana ia sesuai digunakan dalam menu harian atau sambutan hari istimewa bersama keluarga. Terdapat lebih daripada 50 resipi kreatif dan mudah yang boleh anda cuba sendiri menggunakan Nutella.

Anda boleh dapatkan resipi Nutella disini

Sertai Peraduan Foto Facebook Nutella Dan Menangi Hadiah Menarik!

Serlahkan kreativiti anda dengan balang Ramadan edisi terhad Nutella ini dan berpeluang untuk menang! Pertandingan foto Facebook Nutella berlangsung sehingga 1 Mei. Sebanyak  20 pemenang akan dipilih untuk menerima Pembakar Ketuhar Electrolux bernilai RM149!

 

Cara untuk menyertai:

  1. Beli balang Ramadan edisi terhad Nutella di mana-mana kedai peruncit utama
  2. Ambil gambar dan tunjukkan cara anda berbuka puasa dengan Nutella serta detik-detik Iftar anda dengan balang Ramadan Nutella edisi terhad
  3. ‘Post’ gambar anda di Facebook atau Instagram menggunakan hashtag #NutellaRamadan

Jadikan detik Ramadan anda lebih istimewa dengan Nutella hari ini!

#Nutellamazing #NutellaRamadan

Pautan: Facebook | Instagram

Baca JugaBerbaloinya Iftar Bersama ShopeeFood! Mudah Pun Iya, Jimat Pun Iya

Now Playing, Catch New Episodes Every Friday At 7PM

New Shopee Deals: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Everyday Low Price https://lzd.la/page

Kami ingin menjemput anda untuk menyertai Grup Telegram kami. Kami akan sering berkongsi mengenai makanan, promosi, hadiah (giveaways)dan penemuan menarik terkini di Malaysia. Jadi, klik butang dibawah untuk sertai!

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close