NewsUncategorized

Pembaharuan Pasport Kini Hanya Boleh Dilakukan Secara Atas Talian! Begini Caranya

Tahukah anda bermula 11 Mei 2022, pasport hanya boleh diperbaharui secara atas talian! anda tidak lagi dibenarkan untuk pergi ke pejabat untuk renew passport dan “walk-in” cuma dibenarkan kepada pemohon kali pertama, warga emas, OKU, dan kanak-kanak. Selain itu, anda cuma dibenarkan untuk “walk-in” sekiranya pasport anda sudah hilang atau rosak.

Cara Mudah Untuk Memperbaharui Pasport Secara Atas Talian

Pastinya ramai yang terkejut dengan berita ini, tetapi jangan risau. Cara untuk memperbaharui pasport secara atas talian (online) sebenarnya sangat mudah dan boleh dilakukan dengan pantas. Pastikan anda sediakan pasport lama anda terlebih dahulu supaya anda boleh rujuk dengan mudah.

Langkah 1: Buka portal ini

https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport?fbclid=IwAR2PVBit5daD-BL96kIeBWt9_xMue-0-vzCqPgnQ9uqyqJeu6xJ4H8D60cE

Langkah 2: Click ‘SETUJU’ setelah selesai membaca terma dan syarat

Gambar: @Portaleservice

Langkah 3: Isi semua maklumat seperti yang diminta

Langkah 4: Anda akan diberikan senarai pejabat untuk anda ambil pasport baru.

Langkah 5: Tarikh pengambilan akan ditentukan berdasarkan hari dan masa anda mengisi borang online. Sekiranya anda renew sebelum pukul 3.00 pm hari bekerja, anda boleh dapat dalam hari yang sama.

Langkah 6: Muat naik gambar mengikut kriteria yang telah ditetapkan

  • Berlatar belakang putih
  • Pakaian bewarna gelap
  • Untuk wanita bertudung, tudung wajib berwarna gelap
  • Muat naik gambar anda dalam bentuk softcopy

Langkah 7: Lakukan pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit (FPX)

  • Permohonan Biasa (13 – 59 tahun): RM200
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM100

Langkah 8: Pastikan anda simpan resit!

Langkah 9: Untuk proses pengambilan, anda harus lakukan sendiri (tidak boleh menggunakan wakil). anda akan dikehendaki untuk menunjukkan;

  • Kad IC
  • Pasport lama
  • Resit bayaran

Untuk pemohon bawah umur 18 tahun:

  • Harus hadir bersama penjaga
  • bawa sijil lahir

Cuma Isi, Bayar Dan Ambil

Mudah je bila buat atas talian kan? Setelah selesai semua urusan online, anda cuma perlu tunggu untuk dihubungi dan anda boleh terus ambil pasport baru!

Artikel Berkaitan: 

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close