MICHELIN Guide

MICHELIN Guide 2023 Kuala Lumpur & Penang Kini Di Malaysia Dengan 97 Pemenang

MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan bangganya mempersembahkan 97 senarai pilihan pertama mereka bagi restoran-restoran di Malaysia. Menerusi senarai yang diumumkan, 4 restoran telah diiktiraf dengan one MICHELIN star bagi masakan berkualiti tinggi manakala 32 restoran dianugerahkan Bib Gourmand kerana menawarkan makanan lazat pada harga yang berpatutan. 

97 Pemenang MICHELIN Guide 2023

MICHELIN Guide Malaysia 2023

MICHELIN Guide Malaysia 2023
Photo: De. Wan 1958 (Facebook)

Di antara 97 restoran yang tersenarai, one MICHELIN Star telah dianugerahkan kepada dua restoran di Kuala Lumpur: Dewakan, sebuah restoran yang menyajikan masakan moden Malaysia dengan pengetengahan asal-usul masakan menerusi penggunaan hasil tempatan dan asli, dan DC. by Darren Chin bagi masakan klasik Perancis dengan pengkhususan pada makanan laut serantau serta hasil tempatan.

Pemenang MICHELIN 1-Star 2023

Manakala dua restoran yang dianugerahkan one MICHELIN Star di Pulau Pinang adalah: Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery, sajian masakan Peranakan yang dihasilkan menerusi resipi turun-temurun Chef Aunty Gaik dengan penggunaan ramuan berkualiti; dan Au Jardin, bagi sajian Eropah sofistikated diberi nafas tempatan.

“Pemilihan pertama kami di Malaysia mengetengahkan kepelbagaian jenis masakan yang ditawarkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Menerusi pemilihan ini, ia membawakan kepelbagaian makanan dan mencerminkan keunikan budaya pelbagai etnik Malaysia,” ujar Gwendal Poullennec, International Director of the MICHELIN Guide

“Ini hanyalah permulaan bagi perjalanan gastronomi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Para juri kami amat berpuas hati dengan inovasi baru masakan Malaysia ; gabungan unik warisan masakan tradisional dan evolusi pelbagai makanan kebangsaan. Kemeriahan bandar seperti Pulau Pinang, yang mempunyai beberapa restoran Bib Gourmand, amat memberangsangkan dan mengujakan bagi pasukan juri kami, yang tidak sabar untuk menjelajah lebih banyak bandar di Malaysia, dan merasai tawaran yang pelbagai bakat tukang masak tempatan.”

4 Restoran Dianugerahkan One MICHELIN Star

DC by Darren Chin (Kuala Lumpur) diiktiraf dengan one MICHELIN Star bagi menu empat hingga tujuh hidangan yang ditawarkan dengan satu hidangan khusus bagi vegetarian. Jenis hidangan merangkumi masakan Perancis klasik sehinggalah ciptaan istimewa dengan pengaruh Jepun yang dimasak dengan kemahiran luar biasa.

Dewakan (Kuala Lumpur) dianugerahkan one MICHELIN Star bagi menu kepelbagaian hidangan dengan harga tetap yang menggambarkan keunikan Malaysia dari pelbagai aspek. Bahan tapai atau kering yang dihasilkan sendiri digunakan secara meluas dengan gabungan pelbagai herba serta buah-buahan mengikut musim. 

Au Jardin (Pulau Pinang) diiktiraf kerana pertukaran menu bulanan mereka yang mempamerkan hidangan Eropah sofistikated dengan suntikan nafas tempatan. Setiap hidangan yang disajikan telah melalui fikiran yang teliti; dari roti Sourdough buatan sendiri dihidangkan bersama mentega tomato kepada pembersih mulut yang pasti meninggalkan kejutan positif buat pelanggan.  

Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery (Pulau Pinang) merangkul one MICHELIN Star bagi sajian masakan Peranakan yang diolah daripada resipi rahsia turun-temurun menggunakan bahan berkualiti. Bahan yang digunakan dihasilkan sendiri termasuklah Pai Tee dan Gulai Tumis yang dimasak menggunakan pes kari yang mengandungi lebih daripada 8 jenis ramuan.

32 Perusahaan Makanan Dianugerahkan Bib Gourmand

Sebanyak 32 restoran dan perusahaan makanan pilihan juri bagi masakan berkualiti dengan harga berpatutan dianugerahkan Bib Gourmand dengan 15 daripadanya berada di Kuala Lumpur dan baki 17 di Pulau Pinang. 

Perusahaan Makanan Bib Gourmand di Kuala Lumpur 

Ah Hei Bak Kut Teh merupakan sebuah kedai berusia 30 tahun yang menjual Bak Kut Teh dengan adunan ramuan lebih 16 herba Cina. Pelanggan boleh memilih hidangan dengan rusuk, perut, usus atau daging perut. 

Aliyaa memberikan tawaran lokasi ideal untuk merasai pengalaman masakan Sri Lanka. Daging lembu, daging kambing, ayam, makanan laut atau sayur-sayuran diadun mesra dengan rempah istimewa untuk rasa yang mengagumkan. 

Anak Baba mendapat pengiktirafan juri MICHELIN Guide untuk masakan Peranakan asli dengan unsur rasa Indo-Melayu bersama pengaruh Cina. Hidangan Nasi Lemak dengan ayam goreng mengiurkan mendapat pujian sebulat suara dari juri. 

Congkak (Bukit Bintang) terletak di sebuah kawasan perumahan tidak jauh dari pusat negara, perusahaan ini wajib dikunjungi bagi rasa asli tempatan hidangannya. Set Nasi Ambeng yang popular dalam kalangan warga tempatan menawarkan kepelbagaian tekstur dan kombinasi yang lazat dengan sambal, pasti memikat hati setiap pelanggan.

Dancing Fish menyajikan rasa Indo-Melayu klasik yang menambat hati pelanggan untuk kembali. ‘Dancing Fish’ merupakan hidangan istimewa di mana ikan digoreng sempurna dengan isi yang masih lembut dengan luaran yang rangup. Hidangan sambal dan sos memikat juga merupakan kegemaran ramai atas sebab-sebab baik yang tidak disangkal.

De. Wan 1958 menawarkan rasa tempatan asli yang diolah oleh chef tersohor Malaysia, Chef Wan. Dari salad limau bali dengan udang rangup yang digandingkan bersama sos kerabu limau, atau hidangan bakar-bakar yang hadir dengan padanan pelbagai pilihan sos memikat, ia pasti menambat selera semua.

Hai Kah Lang memastikan hanya tangkapan segar dihidangkan kepada pelanggan. Restoran ini menyajikan pelanggan pelbagai pilihan mee makanan laut. Pelanggan baru disarankan untuk memasan mee campuran yang mengandungi ketam, kerang, sotong dan udang di dalam sup tulang ikan manis. 

Heun Kee Claypot Chicken Rice (Pudu) menghidangkan nasi periuk tanah (claypot) menggunakan dapur arang. Menu di restoran ini turut menawarkan pelbagai jenis sup, sayuran dan hidangan tambahan untuk melengkapkan pilihan makanan. 

Hing Kee Bakuteh (Jalan Kepong) menghidangkan sup seimbang dengan herba ringan dan rasa manis yang nipis. Versi kering yang disajikan dengan tekstur yang lebih pekat juga enak. 

Lai Fong Lala Noodles dulu merupakan sebuah gerai tepi jalan yang kini menghuni rumah kedai dua tingkat. Restoran ini popular dengan hidangan Lala Bihun mereka. Kuah beraroma memikat dengan arak cina dan halia, manakala mee yang dijual enak disajikan dengan udang. 

Nam Heong Chicken Rice terkenal sejak 80 tahun yang lalu dalam kalangan warga tempatan bagi hidangan Nasi Ayam Hainan mereka. Terdapat dua jenis ayam yang ditawarkan : ayam ternakan dengan daging yang padat dan kurang lemak dan ayam kampung dengan daging yang lebih lembut dan berlemak.

Nasi Ayam Hainan Chee Meng (Jalan Kelang Lama) merupakan kedai ruji makanan tempatan sejak 1965. Perusahaan keluarga ini kini diuruskan oleh generasi kedua dan ketiga. Ayam tempatan bagi masakan hidangan ayam Hainan istimewa mereka digunakan untuk rasa yang lebih asli. 

Restoran Pik Wah merupakan sebuah kedai tersembunyi yang menyajikan masakan Cina asli merangkumi bukan sahaja masakan Kantonis, malah hidangan sukar ditemui, seperti daging katak dan rusa. Hidangan periuk tanah (claypot) mereka juga terkenal bagi kualiti yang tiada tandingannya. 

Sao Nam menyajikan hidangan istimewa phở bò – sup mee beras dengan hirisan daging lembu. Memakan masa lebih 10 jam, sup yang dihasilkan kaya dengan rasa yang lazat. 

Wong Mei Kee memukau para pelanggan dengan hidangan char siew (babi panggang), ayam panggang dan siew yok (perut babi panggang). Siew yok yang dihidangkan mempunyai kulit yang rangup dengan daging yang lembut, sesuai dinikmati dengan sos cili buatan sendiri. 

 

Perusahaan Makanan Bib Gourmand di Pulau Pinang 

Bridge Street Prawn Noodle merupakan sebuah perniagaan keluarga sejak tahun 1960an dan menjadi pilihan penduduk tempatan bagi Mee Udang Hokkien. Menyajikan kuah udang yang pedas dengan rasa yang amat enak, ia kini diuruskan oleh generasi ketiga keluarga tersebut. 

Communal Table by Gēn menyajikan hidangan moden gabungan citarasa Peranakan dan Malaysia yang dihasilkan dengan ramuan tempatan. Hidangan istimewa di sini yang patut dinikmati – Dada Itik dengan ban kukus, popular kerana kulitnya yang rangup dihidangkan bersama sos masam unik. 

Duck Blood Curry Mee’s lokasinya yang tersembunyi di dalam kafe gaya Malaysia tidak menghalang pelanggan untuk berkunjung. Mee dihidangkan dengan kuah kari putih masin-manis diperbuat dengan santan, cukup lemak dan menakjubkan. Padankan dengan babi panggang dan cili sos buatan sendiri untuk rasa yang lebih lazat.

Green House Prawn Mee & Loh Mee menerima MICHELIN Bib Gourmand kerana pelanggan setia lebih tiga dekad mereka. Mee udang Hokkien dan Loh Mee di sini mendapat pujian pelanggan bagi rasa ‘umami’ di dalam sup. 

Ivy’s Nyonya Cuisine merupakan restoran peranakan ringkas yang menyajikan set menu bernilai. Restoran ini terkenal dengan kari ayam Kapitan yang menawarkan rasa seimbang dan daging yang lembut serta Joo Hoo Char (sayur campur tumis sambal) yang amat pedas. 

Ming Qing Charcoal Duck Egg Char Koay Teow menyambut ulang tahun ke-20 mereka pada tahun 2022. Pelanggan tetap boleh dilihat beratur sebelum waktu pembukaan mereka untuk Char Kuey Teow yang dimasak dengan telur itik di atas arang api. Kuey teow yang dihidangkan mempunyai wokhei yang sempurna dan sesuai dimakan bersama telur mata separuh masak. 

Moh Teng Pheow Nyonya Koay diasaskan pada 1933, perniagaan ini tidak asing lagi bagi penduduk tempatan kerana kuih aslinya. Pada tahun 2016, generasi kedua keluarga ini membuka tempat duduk al fresco di belakang kilang bagi keselesaan pelanggan. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan Kuih Lapis, Kuih Talam, Ang Ku Kueh dan Nyonya Chang, semuanya dibuat segar. 

Neighbourwood menyajikan hidangan Eropah dengan pengaruh Asia dan pilihan makanan panggang. Menu berubah dengan kerap tetapi tiga hidangan utama yang sesuai untuk perkongsian: Ayam separuh panggang, pinggang babi Berkshire dan Ikan en papillote.

Penang Road Famous Laksa memperoleh kemasyhurannya dengan sajian kuah sardin yang memaparkan kedalaman rasa dan nikmat luar biasa. Char koay teow dengan telur itik juga tidak boleh dilepaskan.

Rasa Rasa’s Kombo Nyonya menetapkan jaminan untuk pengalaman makan yang memuaskan. Nasi lemak pandan dihidang sempurna di atas daun pisang dengan pilihan hidangan tambahan dan sambal buatan sendiri.

Sardaarji menyajikan hidangan India Utara di kedainya di Little India. Hidangan yang mesti dicuba ialah: Amritsari yang dibuat dengan ikan merah, sup lentil hitam dan pencuci mulut gulab jamun. Persembahan langsung instrumen India meningkatkan pengalaman dan memeriahkan suasana.

Taman Bukit Curry Mee mendapat MICHELIN Bib Gourmand untuk hidangan mee karinya. Selama lebih 40 tahun, gerai ini berbangga dengan kuah kari yang diperbuat daripada santan dan pes kari pedas. Pelanggan tidak akan pernah puas dengan kerang separuh masak mereka yang sarat dengan rasa manis dan jus berair.

Teksen ialah tempat makan ringkas yang telah memenangi hati pelanggan dengan hidangan tradisional Kantonis dan ciptaan gabungan makanan dengan sentuhan tempatan. Barisan panjang pada waktu puncak menunggu untuk merasai tauhu buatan sendiri yang digoreng, serta hidangan yang diaduk dengan asam tumis atau sambal.

Thara diterajui oleh pasukan dapur asli daripada Thailand, dan makanan di sini adalah asli dan disediakan dengan bahan-bahan segar. Tom Yam makanan laut dan pembuka selera Miang Kam adalah hidangan lazat wajib cuba!

Theeni Pandarams menawarkan jumlah hidangan besar dengan biryani mereka yang dihidangkan di atas daun pisang, memberikan rasa dan tekstur yang enak. Hidangan wajib cuba termasuklah ikan dalam periuk tanah (claypot). Pilihan jenis ikan termasuklah pari, jerung dan ikan tenggiri. 

Tho Yuen mendapat MICHELIN Bib Gourmand untuk masakan Kantonisnya. Berdiri teguh selama lapan dekad, kedai teh ini masih membuat dim sum mereka dengan cara tradisional, setiap hari pada jam 3:30 pagi. Selain dim sum, mee goreng, bee hoon dan bebola ikan juga wajib untuk dicuba.

Wan Dao Tou Assam Laksa’s resipi rahsia keluarga lebih 50 tahun diturunkan kepada pemilik generasi ketiga. Sup laksa yang terkenal memberikan keseimbangan rasa yang baik antara rasa manis, masam dan kepedasan. 

MICHELIN Special Awards

Semasa juri MICHELIN Guide menjamu selera, juri juga turut meneliti ahli perkhidmatan profesional yang layak untuk menerima MICHELIN Special Awards. Bagi edisi julung MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, juri MICHELIN telah menemukan tiga penerima yang layak. 

MICHELIN Service Award: Leanne Lim, Dewakan (One MICHELIN Star, Kuala Lumpur)

Leanne Lim merupakan seseorang yang penuh dengan semangat, mempunyai pemerhatian yang teliti serta bagus dalam menyantuni pelanggan. Beliau merupakan seorang yang amat ramah dan mempunyai pengetahuan yang amat luas mengenai sajian yang disajikan di restoran. 

MICHELIN SOMMELIER AWARD: Mahamad Hafiz Bin Abdullah, DC. by Darren Chin (One MICHELIN Star, Kuala Lumpur)

Mahamad Hafiz Bin Abdullah menerima pujian daripada juri MICHELIN Guide atas reputasi dan pengalamannya dalam industri makanan dan minuman tempatan. Dia mempunyai pengetahuan wain yang luas dan diiktiraf untuk cadangan wain serta padanannya.

Anugerah Khas MICHELIN

MICHELIN Young Chef Award: Lim Yan You, Au Jardin (One MICHELIN Star, Penang)

Chef Lim Yan You (32 tahun) adalah warganegara Malaysia, berbangsa Cina dan merupakan Chef De Cuisine di Au Jardin. Beliau telah bekerja dengan pemilik Chef Su selama 8 tahun dan merupakan graduan dari sekolah masakan tempatan Pulau Pinang.

Lebih Banyak Rekomendasi Di Aplikasi MICHELIN Guide 

Senarai pilihan penuh MICHELIN Guide Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 2023 akan tersedia secara percuma di laman web dan aplikasi MICHELIN Guide. Restoran-restoran tersebut akan menyertai pilihan hotel MICHELIN Guide, yang menampilkan tempat paling unik dan menarik untuk menginap di Malaysia dan seluruh dunia. Lawati web MICHELIN Guide, atau muat turun aplikasi percuma untuk iOS dan Android, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai restoran dalam senarai pilihan dan menempah hotel di seluruh dunia.

MICHELIN Guide Malaysia 2023

Setiap hotel dalam Guide dipilih bagi gaya, perkhidmatan dan personalitinya yang luar biasa; sesuai bagi semua bajet dan setiap hotel boleh ditempah terus melalui web dan aplikasi MICHELIN Guide. Pilihan untuk Malaysia menampilkan hotel hebat di negara ini, termasuk perintis kelestarian seperti JapaMala, pusat peranginan bandar seperti The Ruma, percutian pulau mewah seperti The Datai, dan kotej tradisional Bon Ton Antique Wooden Villas.

Tahniah untuk semua pemenang! Semoga lebih banyak lagi yang mendapat anugerah ini tahun hadapan!

Sumber: MICHELINE Guide Press Release

Pautan: Website | Facebook

Juga Baca: ‘Let Me Win’ Kereta ISUZU D-Max 1.9L 4×4 AT Premium & Hadiah Bernilai Sehingga RM300,000 Dengan Membeli-Belah Di Avenue K

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close