Resepi

Resipi Viral Puding Roti Menggunakan Roti Pandan Gardenia Yang Lazat

Hi Foodies! Puding roti merupakan antara pencuci mulut yang sedap dan mudah untuk disediakan, sesiapa boleh cuba. Malah, terdapat pelbagai resepi puding roti yang anda boleh cuba. Namun, sekali sekala kita cuba resepi puding roti pandan yang menggunakan roti pandan viral dari Gardenia. Nak tahu cara mudah untuk menyediakkannya? Jom baca resepi yang mudah ini yang dikongsikan oleh Rozita Daud menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Puding Roti Pandan Viral:

Bahan-Bahan

Cara Penyediaan

  1. Letakkan tepung jagung, santan, telur dan sedikit garam dalam bekas dan gaul sehingga rata. Jangan sampai ada ketul-ketul tepung jagung dan biarkan seketika.
  2. Ambilkan roti pandan dan potong tepi. Tepi jangan dibuang. Kisar kering untuk dijadikan bahan hiasan nanti.

3. Untuk larutkan agar-agar, panaskan air. Letakkan agar-gar dan gula pasir. Kacau sehingga larut dan masukkan bahan-bahan yang telah digaul tadi.

4. Masak sehingga kilat, kena selalu kacau untuk elakkan puding berketul-ketul.

5. Ambil loyang dan letakkan campuran puding dalam bekas tersebut. Letakkan kepingan roti.

6. Tuangkan campuran puding selebihnya untuk tutup roti.

7. Taburkan serbuk tepi roti yang dikisar tadi dan letakkan puding dalam peti ais untuk sejukkan.

8. Bila puding sudah mengeras, keluarkan dari peti ais dan siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba!

Puding roti pandan ini mudah sahaja untuk disediakan. Nanti kalau ada lebihan roti pandan Gardenia, boleh lah cuba resepi ini.

Sumber: Rozita Daud

Artikel Berkaitan:

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Tonton Episod Baru Foodie Canteen Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close