Resepi

Resepi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam (Koay Teow Thng) Yang Mudah Untuk Disediakan

Siapa yang selalu singgah kopitiam mesti dah biasa menikmati kuey tiau sup ala masakan cina ini atau lebih dikenali sebagai Kuey Teow Thng. Walaupun kuahnya jernih tapi rasanya, pehhh.. Mengancam! Nak nak lagi bila dipadankan dengan sos cili kicap dan ‘garlic oil’. Tambahan pula, ianya sangatlah mudah untuk disediakan. Mereka yang sibuk bekerja mesti cuba resepi daripada Nurha Muhammad ni.

Resepi Kuey Teow Sup Ala Kopitiam

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Fish ball dan fish cake
  • Kiub pati ayam.
  • Garam
  • Minyak bijan
  • Serbuk lada sulah
  • Sawi
  • Cili padi
  • Kicap masin
  • Bawang putih
  • Minyak masak
  • Kuey Teow

Cara Penyediaan:

  1. Rebus isi ayam sehingga mendidih.
  2. Masukkan fishball dan fishcake.
  3. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam, minyak bijan dan lada sulah.
  4. Keluarkan isi ayam dari kuah sup. Sejukkan dan carik isi ayam.
  5. Sambil tunggu sup masak, sila cuci kuey teow untuk buang lebihan minyak dan toskan.
  6. Celur sawi sehingga layu kemudian angkat dan rendam didalam air sejuk. Setelah itu, toskan sawi tersebut.
  7. Untuk menyediakan sos cili kicap, potong cili padi dan campurkan dalam kicap masin.
  8. Untuk menyediakan garlic oil, cincang 1 labu bawang putih. Masukkan minyak di dalam kuali kecil dan goreng bawang putih tadi sehingga kekuningan. Tutup api dengan segera untuk elak bawang putih daripada kehangusan.
  9. Ketika menghidang, masukkan kuey teow ke dalam mangkuk, susun isi ayam dan sawi. Seterusnya, sendukkan sup beserta fishball dan fishcake kedalam mangkuk.
  10. Masukkan cili kicap dan garlic oil mengikut citarasa masing-masing.

Selamat Menjamu Selera!

Mudah je kan? Kalau anda dah cuba resepi ni, kongsilah dengan kami di bahagian komen ya!

Sumber: Facebook

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close