NutellaViral Food

10 Idea “Tortila Wrap Viral” Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah

Senang je!

Seperti yang kita tahu, resepi tortila wrap kini semakin hangat dikongsi di media sosial. Bukan main banyak lagi gabungan bahan yang boleh kita cuba ya? Nak sediakan pun mudah, bahan-bahan pun senang untuk dicari. Dan yang paling penting, rasanya sangat sedap dan mengenyangkan! Sesuai untuk mereka yang nak kurangkan pengambilan karbo. Jom kita tengok kompilasi resepi tortila wrap ni!

10 Kombinasi Inti Tortila Wrap Yang Mudah Untuk Disediakan

Apa yang menariknya tentang resepi tortila ini adalah cara lipatan tortilanya yang kemas dan mudah. Ini akan mengelakkan bahan daripada berterabur semasa makan.

@ellcarter1#fyp #foryoupage #food♬ Sexy Bitch (feat. Akon) [Extended] – David Guetta

1. English Breakfast

  • Sosej (digoreng dan belah dua)
  • Telur Hancur
  • Kacang Panggang
  • Salad dan tomato (dihiris)

2. Burger Keju

  • Daging burger (siap di panggang)
  • Sos tomato / sos cili
  • Tomato dan salad
  • Keju cheddar

3. Pencuci Mulut Perancis

  • Nutella
  • Pisang  (dihiris)
  • Strawberi (dihiris)

4. Kebab

  • Daging cincang (digoreng dengan sos cili, sos tiram dan sos tomato)
  • Timun (dihiris)
  • Tomato (dihiris)
  • Mayonis

5. Mentega Kacang dan Jem

  • Mentega kacang
  • Jem (perisa kegemaran anda)
  • Pisang (dihiris)
  • Cip Coklat (ikut citarasa)

6. Smores

  • Cip coklat (atau coklat yang dihancurkan)
  • Biskut Graham
  • Gula-gula marshmallow Mini

7. Pizza

  • Peperoni daging (dimasak siap)
  • Sos Tomato Untuk Pizza
  • Keju Mozzarella
  • Nenas (dipotong kiub)

8. Ala KFC

  • Ayam goreng tepung
  • Tomato (dihiris)
  • Salad
  • Sos cili dan mayonis

9. Tuna

  • Tuna dalam tin
  • Mayonis
  • Salad
  • Sos mustard

10. Vegetarian

  • Telur hancur
  • Kobis ungu dan lobak merah (dihiris)
  • salad dan jagung
  • Mayonis dan garam secukup rasa

Siap Untuk Dibakar, Grill, Atau Dimasak Dalam Air Fryer

Setelah siap dilipat, anda cuma tinggal masak sahaja. Sekiranya anda menggunakan grill, gunakan api sedang dan grill selama 1 minit sebelum diterbalikkan. pastikan tortila berwarna keperangan. Kalau menggunakan air fryer pula, masak selama 5 ke 7 minit. Tortila wrap ini sangat mudah untuk disediakan jadi tiada masalah kalau anda nak cuba bersama anak-anak anda.

Artikel Berkaitan:

Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close