Resepi

Resepi Mudah Lasagna Daging Menggunakan Roti Gardenia

Tak perlu gunakan pasta pun

Memang tak dapat disangkal lagi, Lasagna adalah antara makanan Italian yang paling digemari oleh rakyat Malaysia. Tapi, tak semua tempat jual kepingan pasta lasagna, jadi macam mana nak masak kalau tak ada pastanya? Jangan risau, sebab ada banyak lagi cara lain untuk kita gantikan pasta lasagna dengan bahan lain yang mudah untuk kita dapati. Antaranya, roti gardenia!

Resepi Lasagna Daging Menggunakan Roti Gardenia

Inti/ Sos Daging

Bahan-bahan:

  • 400g daging kisar
  • 1 tin sos Prego spaghetti
  • 1 sudu cili kisar
  • 2 biji lada benggala (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 5 ulas bawang putih (dicincang)
  • Sos cili secukupnya
  • Serbuk lada hitam
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging kisar dan masak sampai empuk. Boleh masukkan sedikit air supaya cepat masak.
  3. Masukkan sos Prego, sos cili dan kacau.
  4. Masukkan lada benggala.
  5. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.
  6. Siap dan ketepikan.

Sos Putih

Bahan-bahan:

  • 5 sudu besar mentega
  • 3 sudu tepung gandum
  • 500ml susu segar
  • 2 keping keju cheddar

Cara-cara:

  1. Cairkan mentega didalam periuk dan masukkan tepung gandum.
  2. Gunakan api perlahan dan kacau. Pastikan tepung tidak berketul.
  3. Masukkan susu dan keju. Kacau sebati sehingga keju cair.
  4. Letakkan di sebelah. Sos akan pekat setelah sejuk.

Cara Menyediakan Lasagna

  1. Gunakan Roti Gardenia, gelek roti bagi nipis dan celup dengan susu.
  2. Susun roti satu lapis didalam loyang.
  3. Susun selang seli. Lasagna, sos daging, dan sos putih. Susun mengikut urutan.
  4. Pastikan lapisan terakhir adalah sos putih.
  5. Taburkan keju mozzarella diatas. Lebih banyak lebih sedap.
  6. Bakar pada suhu 150°C selama 30-40 minit sehingga bahagian atas berwarna keperangan.
  7. Siap untuk dimakan!

Selamat Mencuba!

Laa… Mudah je nak buat Lasagna rupanya! Jadi ingat ya, kalau tiba-tiba anda mengidam nak makan lasagna, bolehlah anda cuba resepi mudah ini! Tak perlu susah-susah cari pasta lasagna. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close