Resepi

8 Resepi Kek Mudah Menggunakan Air Fryer Yang Anda Boleh Cuba Dirumah

Siapalah pencipta air fryer ni ye? Hebat betul! Macam-macam jenis juadah boleh dimasak menggunakan peranti dapur ni. Nak menggoreng pun boleh, panggang pun boleh, nak masak kek pun boleh! Dan yang paling penting proses memasaknya lebih sihat dan rasanya tetap sama. Disini kami kongsikan 10 resepi kek air fryer yang mudah untuk anda cuba di rumah.

8 Resepi Kek Yang Boleh Dimasak Menggunakan Air Fryer

1. Basque Burnt Cheesecake

Bahan-bahan:

  • 250gm Cream Cheese
  • 200ml Whipping Cream
  • 3 Biji Telur Gred A/B/C
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 Sudu besar tepung gandum
  • 1 Sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan creamcheese, whipping cream, telur, gula, tepung gandum, esen vanilla dan secubit garam dalam blender dan kisar sehingga sebati dan gebu.
  2. Tuangkan adunan dalam loyang dan biarkan selama 3 minit.
  3. Masukkan loyang yang telah diisi adunan tadi ke dalam Air Fryer dan tetapkan suhu 180°C dengan anggaran masa 25 minit.
  4. Selepas 25 minit, keluarkan dan biarkan dalam 10 minit dan panaskan sekali lagi dalam Air Fryer dengan suhu 160°C selama 10 minit.
  5. Sejukkan semalaman dalam peti ais untuk dapatkan tekstur yang cantik.

Sumber: Cikza

2. Kek Pisang Coklat

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan gula (nak manis tambah lagi)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 8 buju pisang berangan yang telah ranum
  • secubit garam

Untuk hiasan:

  • Coklat cip
  • Badam nib

Cara Penyediaan:

  1. Ayakkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat.
  2. kisar telur, minyak masak, gula, garam dan pisang.
  3. Masukkan bahan-bahan yabg telah dikisar ke dalam bekas. Kemudian masukkan bahan kering. Kaup balikkan sehingga rata.
  4. Masukkan adunan kek tadi ke dalam dulang.
  5. Taburjan perhiasan coklat cip dan badam nib.
  6. Panaskan dahulu air fryer dengan suhu 180°C selama 5 minit. Kemudian masukkan adunan kek tadi dan bakar dengan suhu 160°C selama 20 minit (ikut saiz dulang dan kuantiti).
  7. Sedia untuk dihidang.

Sumber: Nur Hani

3. Kek Sarang Semut

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 3 sudu marjerin
  • 4 biji telur
  • Esen vanila
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara Penyediaan:

  1. Masak gula sehingga keperangan kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit.
  2. Masukkan marjerin kedalam gula dan sejukkan sekejap.
  3. Pukul telur, esen vanila dan susu pekat sehingga agak kembang.
  4. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau rata.
  5. Masukkan gula yang dimasak tadi dan gaul semua sehingga sebati.
  6. Sapu loyang bersaiz 6″ dengan marjerin.
  7. Tapis dan tuang adunan kedalam loyang.
  8. Bakar pada suhu 170°C dalam 20-25 minit sehingga masak.

Sumber: Liza Rahman

4. Kek Span Pandan

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sudu besar ovalet
  • Pewarna hijau
  • 1 penutup esen pandan / kelapa pandan
  • 3 sudu besar minyak / mentega yang dicairkan
  • 1 cawan tepung naik sendiri

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kedalam pengisar kecuali tepung.
  2. Kisar sehingga sebati
  3. Tuang adunan kedalam mangkuk.
  4. Masukkan tepung dan kaup balik sehingga rata.
  5. Tuang adunan kedalam loyang.
  6. Bakar didalam Air Fryer dalam suhu 170°C selama 20 minit.

Sumber: Azima Mohd Said

5. Kek Marble

Bahan-bahan:

  • 227g mentega Anchor – unsalted
  • 170g tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 5 biji telur – gred B
  • 150g gula kastor
  • 1 sudu besar Ovalate
  • 1 sb esen vanila
  • 2 sudu besar gliserin
  • 2 sudu besar air sejuk
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • sedikit air panas.

Cara Penyediaan:

  1. Adunkan mentega, tepung dan susu tepung bersama sehingga gebu dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, gula kastor dan ovalate. Putarkan semua sehingga kembang.
  3. Campurkan kedua-dua adunan dan gaul sebati.
  4. Seterusnya masukkan esen vanila, gliserin dan air sejuk kedalam adunan dan kaup balik sehingga rata.
  5. Bahagikan adunan tersebut kepada dua bahagian.
  6. Bancuh serbuk koko dan sedikit air panas sehingga menjadi pes dan masukkan kedalam salah satu bancuhan yang telah dibahagi tadi. Gaul rata adunan tersebut.
  7. Sediakan loyang 8″. Tuang adunan berselang seli diantara adunan putih dan coklat.
  8. Bakar didalam Air Fryer dengan suhu 200°C selama 25 minit.

Sumber: Ai Artkid

6. Kek Oren Sunquick

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur (gred b)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1/2 cawan oren sunquick
  • 1 sudu teh oren pes/flavour
  • 2 cawan tepung naik sendiri (Diayak)

Cara Penyediaan:

  1. Pukul semua bahan kecuali tepung sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin kertas.
  4. Panaskan Air Fryer suhu 130’C sehingga lampu padam (anggaran 3 minit)
  5. Masukkan acuan muffin ke dalam air fryer ke dalam air fryer dan bakar selama 15 minit.
  6. Keluarkan kek dan sejukkan.
Sumber: Hanieliza Kamarudin

7. Kek Lobak Merah

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung kek
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 3 biji telur gred A
  • 1 cawan gula perang
  • 1/3 cawan badam disangai dan blend kasar
  • 1/2 cawan parutan carrot
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara Penyediaan:

  1. Putar gula, minyak dan telur sehingga gebu.
  2. Masukkan esen vanila
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup balik.
  4. Masukkan badam.
  5. Masukkan parutan carrot dan kacau manja.
  6. Tuangkan ke dalam loyang saiz 6 inci disapu butter dan ditabur tepung.
  7. Masukkan adunan tadi ke dalam air fryer suhu 120, masa 50 minit.
Sumber: HanyKhairul Azizi

8. Kek Oreo 2 Bahan

Bahan-bahan:

  • 4 paket oreo
  • 2 kotak kecik susu dutch lady coklat

Cara Penyediaan:

  1. Blend susu dengan oreo (tak perlu buang krim)
  2. Tuang dalam cawan kertas.
  3. Bakar pada suhu 170 C selama 17 minit.

3 Airfryer Yang Anda Boleh Dapat Di Shopee

Sekiranya anda masih belum lagi memiliki air fryer, anda boleh tengok pilihan yang ada ni!

1. PerySmith x Bossman Kaden 3L Mini Air Fryer: https://shp.ee/7y5apyt

2. Monda 4.8L Air Fryer (Pink): https://shp.ee/5uqhh7t

3. Mloong Air Fryer 3.8L (Black): https://shp.ee/ua6f3va

Selamat Mencuba!

Wah, nampak sedap semuanya! Resepi yang mudah seperti ini sesuai untuk dicuba bersama anak-anak kecil. Nanti bila anda dah berjaya buat kek mengikut resepi-resepi yang kami kongsi ni, jangan lupa untuk kongsi dengan kami di ruang komen ya.

Artikel Berkaitan:

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close