Food

Resepi Mudah Ayam Goreng Ala KFC Menggunakan 2 Bahan Perap Sahaja

Ayam goreng tetap antara makanan kegemaran ramai! Tapi, jika anda peminat setia ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC), anda perlu cuba resipi dari Reha Rahma ini! Dengan menggunakan dua (2) bahan perap saja anda sudah dapat nikmati rasa ayam goreng yang sangat menyelerakan. Oh, anda sedar tidak kebanyakan ayam yang jual di kedai ada kerinting-kerinting pada kulit ayam? Ha, dalam resipi ini ada mengajar cara bagaimana anda boleh menghasilkan ayam seperti itu!

Cara Mudah Membuat Ayam Goreng Ala KFC Di Rumah:

Bahan-bahan:

  • 1kg kepak ayam
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 3 sudu stok ayam pekat MAGGI
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung bestari
  • 1 mangkuk air

Cara Memasak:

ayam goreng ala kfc
Gambar: Reha Rahma (Facebook)

1. Bersihkan kepak ayam. Kemudian, masukkan serbuk kunyit dan stok ayam pekat MAGGI ke dalam mangkuk yang berisi ayam.

2. Gaul sehingga sebati. Perap ayam dalam masa 1 jam (atau lebih) di dalam peti sejuk.

Gambar: Reha Rahma (Facebook)

3. Campurkan tepung gandum dan tepung bestari ke dalam satu mangkuk. Gaul sehingga sebati. (Menurut Reha Rahma, sukatan dua tepung tersebut adalah untuk mengurangkan rasa muak apabila anda nikmati ayam goreng ini).

Gambar: Reha Rahma (Facebook)

4. Salutkan ayam yang telah diperap dengan campuran tepung tersebut.

ayam goreng ala kfc
Gambar: Reha Rahma (Facebook)

5. Masukkan ayam bersalut tepung tadi ke dalam semangkuk air yang telah disediakan dalam beberapa saat sahaja. Kemudian, salut sekali lagi dengan tepung untuk menghasilkan kerinting pada kulit ayam.

Gambar: Reha Rahma (Facebook)

6. Panaskan minyak masak dan goreng ayam menggunakan api sederhana sehingga kekuningan.

ayam goreng ala kfc
Gambar: Reha Rahma (Facebook)

7. Sedia untuk dihidang.

Adakah Anda Akan Cuba?

Bahan-bahan amatlah senang diperoleh, jadi tunggu apa lagi? Cubalah resipi ayam goreng ala KFC ini dari Reha Rahma dan beritahu kami jika anda telah cuba resipi ini dengan meninggalkan komen dibawah. Selamat mencuba!

Sumber: Reha Rahma (Facebook)

Artikel Berkaitan:

Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V

Sekarang, Episod Baru Setiap Jumaat Pada 7 Malam

Tonton Foodie Canteen di Spotify, YouTube, dan Apple Podcast atau di mana sahaja anda menonton Podcast anda dengan episod baru setiap Jumaat jam 7 malam. Selamat mendengar!

Foodie Canteen dibawakan oleh Good Foodie Media; KL Foodie, Penang Foodie, Johor Foodie, Singapore Foodie, Bangkok Foodie, Halal Foodie dan Foodie 大马吃货.

Tags

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close
Close