Siapa disini peminat Burger Prosperity? Ha, baru-baru ini kami terjumpa resepi burger kegemaran ramai ini di Facebook Mohd Faiz Fitri Iberahim. Dia telah berkongsi resipi mudah untuk membuat Burger Prosperity Homemade ala Mekdi supaya semua peminat burger ini dapat nikmati bila-bila masa saja. Jom kita lihat cara-caranya!
Resipi Mudah Burger Prosperity Homemade Ala Mekdi:
Bahan-bahan:
-
Roti Frankfurter: https://shp.ee/kvw77cv?smtt=0.0.9
-
Daging kisar: https://shp.ee/nuua7n5?smtt=0.0.9
-
½ bawang besar (dipotong dadu)
-
Bawang holland (dihiris nipis)
-
2 sudu tepung gandum
-
1 gelas air
-
2 sudu besar mentega
-
2 sudu besar sos tiram
-
1 sudu besar kicap manis
-
1 sudu besar lada hitam
-
Garam (secukup rasa)
Cara-cara:
1. Sapukan mentega pada roti dan bakar.
2. Uli daging kisar menjadi bentuk sama seperti roti (ikut gambar).
3. Goreng daging, pastikan cucuk daging dengan garpu semasa digoreng. Angkat setelah selesai.
4. Kemudian, panaskan butter dalam kuali dan masukkan tepung gandum. Kacau sehingga warna keemasan.
5. Masukkan air dan kacau hingga sebati.
6. Kemudian, masukkan bawang besar, lada hitam, sos tiram, kicap dan garam. Gaul sehingga menjadi pekat.
7. Celup daging yang telah digoreng tadi ke dalam sos dan letakkan diatas roti.
8. Lengkapkan hidangan dengan bawang holand yang telah dihiris.
9. Siap untuk dihidang!
Selamat Mencuba!
Resipi ini boleh dihidang pada bila-bila masa saja – makan pagi, makan tengah hari, makan malam, semuanya sesuai. Kenyang pun kenyang, mudah pun mudah. Tunggu apa lagi, masuk dapur sekarang dan rasakan resipi Burger Prosperity ala Mekdi ini dan beritahu kami pandangan anda di bahagian komen dibawah. Selamat mencuba, Foodies!
Sumber: Mohd Faiz Fitri Iberahim
Artikel Berkaitan:
–
Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V