Food
Resipi Mudah Donut Ayam KrupKrapKrupKrap, Dengan Sos Cheesy Garlic
Hi, Foodies! Makan petang apa hari ini? Kalau masih tengah fikir, kami ada resipi Donut Ayam yang dikongsikan oleh Puan Ena Mohd Arip (Facebook). Katanya, resipi ini dia dapat dari Tiktok @/sibungbung. Ha, donut ini bukan sebarang donut. Donut ini kita akan campur dengan ayam dan kentang, lepas tu kita salut dengan tepung dan serbuk roti. Dengar tak? Hasilan krupkrapkrupkrap donut ini. Tambahan lagi, kalau dimakan dengan sos cheesy garlic. Ha, tunggu apa lagi. jom kita lihat cara membuat Donut Ayam KrupKrapKrupKrap dan Sos Cheesy Garlic ini!
A. Donut Ayam:
Bahan-Bahan
- 400 gram ayam (dicincang)
- 2 biji kentang (direbus & dilenyek)
- 1 biji bawang besar (dicincang)
- 3 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 kiub pati ayam
- Serbuk lada hitam
- 1/2 cawan serbuk roti
- 2 biji telur (dikacau)
- Tepung jagung
- Tepung bistari
- Serbuk roti
Cara Penyediaan
1. Masukkan ayam, kentang, bawang besar, bawang putih, kiub pati ayam, serbuk lada hitam dan ½ cawan serbuk roti didalam mangkuk.
2. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati dan masukkan ke dalam piping bag.
3. Paipkan inti ayam keatas dulang. Paipkan supaya dapat menjadi bentuk donut.
4. Bekukan donut didalam peti ais selama 1 jam.
5. Untuk menggoreng, ambil donut yang sudah dibekukan tadi dan salutkan dengan campuran tepung, kemudian telur dan akhir sekali serbuk roti.
6. Masukkan kedalam air fryer dengan suhu 180C selama 7-10 minit ATAU goreng biasa sehingga donut menjadi warna perang keemasan.
7. Siap dan boleh dihidang!
B. Sos Cheesy Garlic:
Bahan-Bahan
- 2 keping keju cheddar
- 1 sudu mayonis
- 2 sudu mentega
- 1 cawan susu
- 1 sudu serbuk bawang putih
- Lada hitam
Cara Penyediaan
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga pekat menggunakan api perlahan.
2. Siap untuk dihidang!
Selamat Mencuba!
Ha, resipi dah pun kita lihat? Walaupun resipi bukan macam donut biasa, tapi senang kan? Tambah lagi dengan Sos Cheesy Garlic tu, memang sesuai untuk dimakan bukan masa makan petang saja. Late night snack, pun boleh! Jadi, jangan lupa cuba dan kongsi resipi ini dengan rakan-rakan anda! Selamat mencuba, Foodies!
Sumber: Ena Mohd Arip (Facebook)
Artikel Berkaitan:
–
Shopee Promosi Baru: https://shp.ee/mwksseq
Lazada Harga Rendah Setiap Hari: https://c.lazada.com.my/t/c.Y5ZB6V